Pandemik menghancurkan banyak harapan dan impian ramai orang. Sengsara menjadi titik perubahan dalam karya Khai Bahar .

Amalan artis Hiburan Kehidupan

DETIK berlalu, sudah hampir dua tahun masyarakat dunia hidup dalam kegawatan pandemik. Mahu atau tidak, hidup perlu diteruskan.Daripada membiarkan putaran waktu terbuang, penyanyi Khai Bahar memanfaatkan platform media sosial sebagai medium untuknya kekal berhubung dengan peminat setiap masa.

Akui penyanyi dari negeri Indera Kayangan itu, sebagai artis sudah pasti karier seninya menerima impak akibat kedatangan pandemik, namun dia tidak melihat situasi getir tersebut sebagai penamat segala-galanya.

Asalkan ada usaha, pasti terbentang jalan luas di depan mata. Membuka ruang dan mencari jalan kedua dalam meneruskan survival, Khai menjadikan landasan media sosial sebagai penghubung nadi kariernya kepada dunia luar.

“Dalam keadaan sekarang, memang diakui saya terjejas juga. Lebih-lebih lagi dari segi perjalanan karier yang terganggu kerana tidak boleh menjalankan persembahan seperti biasa.

“Cuma mujurlah ada juga ada tawaran lain yang datang mengetuk pintu rezeki. Pada masa sama, saya juga ada perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Cukuplah untuk menampung hidup saya dan keluarga seadanya,” katanya yang turut aktif berkongsi video nyanyian dalam media sosial sebagai penghilang kebosanan buat peminat.

Sebagai manusia, jauh di sudut hati penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagu Bayang itu, emosinya pernah tergelincir sama seperti orang lain tatkala berdepan kesukaran meredah hidup dalam suasana pandemik.

Apakan daya, sedar bukan cuma dirinya seorang yang mengalami situasi sukar ketika ini membuatkan Khai memujuk hati untuk terus tegar menghela nafas kehidupan dengan semangat yang kuat.Pegangan sebegitulah yang menjadikan dia cekal menepis energi negatif seperti tekanan perasaan tatkala masalah kesihatan mental menunjukkan peningkatan ketara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan di negara ini tahun lalu.

“Kalau diikutkan sangat kepala dengan banyak memikirkan masalah dan perkara negatif, mungkin akan datang benda-benda tak elok (tekanan dan depresi).

“Sejujurnya, saya pun hampir melalui tekanan ketika menyaksikan peningkatan kes harian Covid-19 yang sangat tinggi, lebih lima angka setiap hari. Tetapi cepat-cepat saya jauhkan diri daripada dikuasai rasa sebegitu dengan melakukan perkara lain seperti bersenam dan bermain dengan anak buah,” ujarnya.

Bagi sesetengah orang, cara lain untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam emosi tekanan adalah dengan mengelakkan daripada membaca laporan media berkaitan Covid-19, termasuklah kisah-kisah tekanan perasaan, kemurungan dan bunuh diri. Begitu juga dengan berita sedih dan meruntun hiba membabitkan kesusahan orang ramai di luar sana yang bergelut meneruskan kehidupan.

Khai bagaimanapun mempunyai pendapat berbeza apabila mengakui, penting untuk dirinya mengambil tahu isu sebegitu. Moralnya cuma satu, untuk mencambahkan rasa syukur atas nikmat yang diperolehinya selama ini.

“Apabila saya baca berita tentang kesukaran hidup orang lain, terus timbul dalam diri bahawa masalah yang saya hadapi tidaklah sebesar dan sehebat orang lain. Contohnya berita-berita viral, tentang orang yang tak cukup makan dan sebagainya.

“Sedikit sebanyak, apa yang dibaca dalam media sosial menyuntik kesedaran. Sekurang-kurangnya kita masih cukup makan dan pakai. Perkara sebegitu perlu ambil tahu, tetapi jangan terlalu difikirkan sangat,” katanya.

Lagu seram pertama

Pandemik menghancurkan banyak harapan dan impian ramai orang, namun apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan walaupun terpaksa mengambil masa sedikit lama untuk merealisasikan sesebuah pekerjaan.

Terbaharu, penyanyi berusia 27 tahun itu muncul dengan single berjudul Sengsara. Menariknya, menerusi Sengsara, Khai buat pertama kali membawakan sebuah lagu berkonsep seram.

“Lagu Sengsara menjadi titik perubahan dalam karya saya. Sebab sebelum ini saya tak pernah ada lagu seram. Alhamdulillah, lagu ini dijadikan runut bunyi asli (OST) untuk filem Dendam Penunggu yang ditayangkan menerusi platform tonton Cinema tidak lama lagi.“Walaupun lagu ini disiapkan pada saat akhir dan dibikin dalam masa cukup singkat sebab kekangan PKP, tapi hasilnya sangat memuaskan.

“Saya teruja menyanyikan lagu ini sebab keistimewaannya terletak pada bahagian lirik. Lagu ini bukan mahu menggambarkan kewujudan makhluk ghaib atau menakutkan seperti hantu, tapi menceritakan tentang pembalasan dendam,” ceritanya.Tambah pemilik nama lengkap Muhammad Khairul Baharuddin itu, walaupun lagu seram memberi cabaran baharu buatnya terutama dari segi penghayatan emosi, namun dia tidak menolak untuk menyanyikan lagi karya sebegitu pada masa depan.

“Agak susah menyanyikan lagu Sengsara sebab emosi yang disampaikan sangat lain. Saya perlu hayati emosi dan perasaan yang lebih sebab lagu ini berkisar tentang dendam. Emosi kena sampai kepada peminat.“Jika sekali lagi diberi peluang membawakan lagu seperti ini, saya tidak menolak,” katanya ketika ditemu bual HibGlam baru-baru ini.

Pada masa sama, Khai turut berkongsi pencapaian yang diraihnya baru-baru ini apabila menerima anugerah menerusi JOOX Top Music Awards Malaysia (Mid Year) 2021 baru-baru ini.Menerusinya, Khai memenangi dua buah kategori iaitu Top 5 Artists: Local dan Top Fans Pick yang menyaksikan dirinya menerima sebanyak 16.9 juta undian daripada peminat.

Kategori Top Fans Pick diperkenalkan buat pertama kali pada edisi kali ini dan undian dibuka sepenuhnya kepada peminat untuk memilih artis kesayangan mereka.

“Sebelum ini saya pernah dapat juga anugerah tapi untuk lagu. Kali ini, saya dapat untuk diri sendiri. Semuanya hasil undian peminat dan umlah penstriman dalam platform JOOX.

“Saya sangat bersyukur atas anugerah ini sebab semuanya adalah hasil usaha keras peminat yang mengundi. Saya sangat menghargai apa yang mereka lakukan,” katanya.

Projek tertunda

Selain Sengsara, Khai sepatutnya muncul dengan judul lain seperti perancangan awal dalam jadual kariernya.Tetapi keterbatasan mewujudkan halangan sehingga menyebabkan pacuan kerjanya yang sepatutnya bergerak laju, terpaksa diperlahankan.

“Sepatutnya sekarang saya sudah lancarkan tiga buah lagu baharu. Tetapi sudah lebih setengah tahun, baru ada sebuah sahaja iaitu Sengsara.

“Situasi kita tak macam dahulu. Sekarang nak pergi studio rakaman pun susah. Apatah lagi nak adakan sesi perbincangan tentang lagu. Memang payah.

“Sebab itu banyak kerja tertangguh. Tapi nak buat macam mana, reda dan sabar sajalah,” katanya.

Selain nyanyian, pemenang trofi kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017 itu juga berdepan ‘pembekuan’ jadual lakonan.Kongsi Khai, penglibatannya dalam sebuah drama baharu berjudul Shakira terbitan TV3 terpaksa dihentikan seketika susulan PKP.“Sebelum PKP kembali dilaksanakan pada Jun lalu, saya sempat menjalani penggambaran selama tiga hari sahaja untuk drama tersebut.

“Karya berkenaan menyaksikan saya memegang watak utama yang kedua (second lead) bergandingan bersama Shukri Yahaya dan Janna Nick.

“Sebagai anak seni, sudah tentu saya mengharapkan agar keadaan kembali pulih dan kami dapat meneruskan kerja seperti biasa,” ujarnya menutup perbualan.

Disebabkan Pandemik Yang Melanda Dunia Pemuda Ini Tiada Job Untuk Dilakukan. Namun Seorang Badut Ini Terpaksa Bawa Bini Untuk Tidur Di Sini.

Menyedihkan, namun begitulah nasib menimpa pemain cosplay dan badut, Yulius Atma Negara Thamrin dan isterinya yang tiada tempat tinggal dan berteduh di dalam kereta sejak setahun lalu. Menurut Yulius, 30, yang mesra disapa Yan, keadaan itu berlaku selepas dia tidak menerima tawaran untuk membuat persembahan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Lebih menambah derita apabila Yan mengalami masalah kesihatan iaitu komplikasi paru-paru yang menyebabkannya terpaksa berehat pada Oktober lalu bagi menjalani operasi yang disyorkan doktor di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Yan berkata, sejak hilang punca pendapatan, dia tiada pilihan kecuali tinggal dalam kereta dan pernah diberi menumpang di rumah rakan untuk tempoh sebulan. Menurutnya, baru-baru ini, dia dan isteri tinggal di flat tidak berpenghuni dekat Ulu Tiram, tetapi hanya dapat berteduh di situ selama seminggu sebelum diminta mengosongkan kediaman berkenaan bagi mematuhi notis dikeluarkan pemaju.

” Saya mencari rezeki sebagai pemain cosplay sejak lima tahun lalu bermula dengan bekerja dengan satu syarikat sebelum berhenti untuk bergerak sendiri. Selepas bergerak solo, saya cuba cari makan sebagai badut walaupun tiada pengalaman langsung hingga pernah ditertawakan kerana solekan luntur ketika hari pertama menjual belon di satu kawasan. Namun, saya tidak putus asa dan hasil tunjuk ajar seorang sifu badut dikenali Mat Jeng Jeng, saya bergerak aktif hingga menerima banyak tawaran dan pernah meraih RM30,000 dalam sebulan,” katanya.

Meskipun pendapatannya bergantung dengan tawaran, Yan seronok kerana dapat menghiburkan orang ramai dan melakukan kerja diminatinya. Namun, segalanya berubah apabila Yan diuji dengan masalah rumah tangga dan kesihatan yang mengganggu tumpuannya terhadap kerja. Katanya, keadaan itu menyebabkan rakannya menjauhkan diri dan ada dalam kalangan mereka mengkritiknya gil4.

” Saya pernah dua kali kecundang dalam rumah tangga dan dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, namun anak sulung telah pergi buat selamanya. Bagaimanapun, jodoh saya dipermudahkan apabila dapat berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita, cuma masalah peribadi menyebabkan kami tidak tinggal sebumbung buat masa ini. Kini, saya tinggal bersama seorang lagi isteri, tetapi kami tidak mampu menyara anak dan menghantar mereka ke kampung untuk dijaga keluarga buat masa ini,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berbuat demikian kerana mereka tiada kerja tetap buat masa ini dan dan hanya mengambil upah menghantar tong barbeku. Katanya, sebagai bapa, dia tidak sanggup melihat anak berlapar serta tinggal di dalam kereta sepertinya.

” Saya sudah menemui bilik untuk disewa, cuma risau memikirkan cara mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup. Agak sukar untuk tinggal dalam kereta bagi jangka masa panjang kerana saya kini mengambil upah membuat penghantaran barang. Jadi, saya ambil keputusan berpindah ke bilik sewa, hari ini cuma kerja saya memerlukan wang sebagai modal untuk mengisi minyak kereta kerana perlu menghantar barang kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, ada rakan cosplay, Mohd Shaifuddin Rahmat, 38, serta rakan lain tampil membantu selepas mengetahui kisahnya di laman sosial. Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Yan di talian 011 13311501.

Sumber:hemtr0

Disebabkan Terkesan Dengan PKP Kali Ini Pak Badut Iklankan Ini Pula Di Facebook. Tapi Tak Sangka Tiba Tiba Ini Pula Yang Dia Dapat.

Suwaibatun atau lebih dikenali sebagai Pak Kadut menjual makanan seperti tauhu bakar. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Ini terutama mereka yang menjana pendapatan ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang berkhidmat sebagai badut sepenuh masa, Suwaibatun Nahar Mohd Juffri. Enggan berputus asa dan bergelar penganggur, lelaki berusia 45 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual makanan dari rumahnya di Simpang Renggam di Kluang, Johor.

Antara makanan yang dijual oleh Suwaibatun.

Mengakui baru berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan, Suwaibatun yang lebih dikenali sebagai Pak Kadut mengharapkan sokongan terhadap usahanya itu.

“Saya adalah seorang peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like (tanda suka). Inilah azam saya. Sokong ya,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Antara yang dijual oleh Suwaibatun adalah tauhu bakar, sosej bakar dan sate ikan atau lebih dikenali sebagai lokcing ikan serta mempelam asam boi. Bapa tiga anak itu berkata, dia berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

Pak Kadut merindui momen menceriakan orang ramai. foto Facebook Shamsusahar Eban

“Walaupun ia tidak banyak, selagi keluarga saya gembira, ia sudah mencukupi,” kata Suwaibatun. Walaupun PKP, dia masih memakai topeng badut dan melakukan gimik belon ketika menjual makanan memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah kanak-kanak.

Semasa PKP yang pertama tahun lalu, semasa melakukan pertunjukan jalanan atau di majlis tertentu, mahupun ketika saya bersiaran langsung di Facebook, saya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu termasuk penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan mereka,” katanya yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di Facebook turut membantu rakan-rakannya menjual produk mereka di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *