Tular si kecil terbaring depan pintu ingatkan kena tindakan ini rupanya si kecil sedang bertantrum dengan ibu.

Amalan OH WANITA Pengetahuan

Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.

Bagi para ibu yang mempunyai anak kecil, bertabahlah melayani karenah mereka yang tak terduga itu. Mungkin agak memeningkan namun, ia akan menjadi satu moment yang bakal dirindui satu ketika nanti.

Baru-baru ini tular seorang pengguna Tiktok ini apabila anaknya tiba-tiba buat hal, baring dan berguling di koridor rumah. Meskipun tidak menangis dan mengganggu jiran tetapi si ibu boleh tepuk dahi melihat gelagat anaknya itu.

Bagi yang tidak pernah mengalami situasi tersebut mungkin akan menganggap tindakan si ibu sedang mendenda anak kerana dibiarkan baring seperti itu tetapi apabila meninjau ke ruangan komen rata-ratanya faham dan pernah berada di posisinya apabila anak tiba-tiba ‘bertantrum’ tak tentu pasal.

5 tanda tantrum anak anda itu teruk sangat dan sukar dikawal.

Anak tantrum ini disebabkan banyak faktor. Apabila kehendaknya tak dipenuhi, lalu dia akan tunjuk perasaan di hadapan orang sekeliling. Tapi kalau anak tunjuk 5 tanda ini, BAHAYA!

Secara praktikal, perangai anak mengamuk atau tantrum ini akan berlaku bila anak anda sudah masuk usia kanak-kanak dalam dua tahun ke atas. Menurut pakar yang berpengalaman, terdapat 5 tanda anak kecil mengamuk yang paling tahap dewa nak kawal.

Kenapa agaknya? Ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya pada anak dan orang sekeliling. Sebaiknya, anda tahu cara betul untuk kawal anak kecil mengamuk atau tantrum ini. 

Anak kecil mengamuk membabitkan emosi seperti marah, sedih dan kecewa. Sebagai ibu bapanya, bantu si kecil anda dan katakan padanya bahawa anda sayangkannya. Sebab itu, anda perlu banyak bersabar ketika anak kecil mengamuk. 

1.Agresif dengan orang sekeliling .

Kalau anak kecil mengamuk, dia mula menumbuk, menendang dan mencakar, ini adalah sangat bahaya.

Walaupun ia nampak normal, tapi anda harus cool down dia cepat. Nanti tak pasal-pasal satu badan anda dicakarnya! Aduhai. 

Anak kecil mengamuk ini biasanya disebabkan perasaan kecewa bila tak dapat sesuatu yang mereka nak. Misalnya mereka nak mainan tapi anda tak nak beli jadi mereka merajuk lalu mengamuk. Jadi bila tantrum, mereka akan buat fizikal agresif seperti menyakitkan orang lain.

Sebagai ibu bapa, anda harus beri nasihat dan bimbingan. Ajar dia guna perkataan saja bila rasa nak mengamuk. Bukan guna kekerasan tangan atau kaki.

Kemudian anda peluk tubuh dan cakap lemah lembut ke telinganya. Pujuknya secara halus. 

2.Menyakitkan diri sendiri.


Ini yang paling kritikal bila anak kecil mengamuk. Mereka cenderung ingin menyakitkan diri sendiri. Itu tanda tekanan perasaan dan tak puas hati.

Semasa anak kecil mengamuk atau tantrum, ia membabitkan mental yang tak terurus seperti menggigit, mencalarkan tubuh, tendang sesuatu benda atau hantuk kepala ke dinding.

Ini merupakan salah satu masalah perkembangan emosi kanak-kanak yang menyebabkan kesakitan serius. Namun sebagai ibu bapa anda tetap harus perhatikan mereka.

Jangan biarkan dia mengamuk seorang diri bimbang dia menyakitkan dirinya.

3.Tantrum yang berpanjangan.

Biasanya, anak kecil mengamuk ini hanya ambil masa lebih kurang beberapa minit saja. Terutama di khalayak ramai atau orang awam.

Tapi jika ambil masa lama sampai 25 minit, fuh memang agak mencabar!

Relaks and cool ya ibu bapa semua. Ada cara yang betul untuk mengendalikan anak yang mengamuk atau tantrum ini, seperti mengajak mereka ke kawasan yang lebih sunyi atau jauh dari orang sekeliling. Kemudian, pujuk dengan berhemah.

4.Kerap kali tantrum.


Penting untuk anda kira sebanyak mana anak kecil mengamuk. Adakah ia berlaku 5 kali sehari atau 10 kali dalam sebulan? Ha… anda harus peka tau kemudian buat nota sikit.

Selain itu, anda harus sentiasa menasihati anak supaya berkelakuan baik dan tidak mengamuk seperti selalu. Pasti dirinya akan berubah secara perlahan-lahan kerana diri mereka masih mudah dilentur.

Macam pepatah melayu kata, lentur buluh biar dari rebungnya.

Ada dua cara yang boleh tangani masalah tantrum anak. Pertama terus pergi ke pediatrik neuropsikologi supaya mereka tahu apa yang terjadi seperti permasalahan dalam keluarga.

Keduanya, berjumpa terus dengan psikologi kanak-kanak untuk bincangkan emosi anak yang sukar dikawal.

5.Sukar untuk ditenangkan.


Yalah kadang bila anak kecil mengamuk, ibu bapa akan naik pitam! Kemudian anda paksa mereka untuk senyap. Ini sebenarnya salah satu cara dan tindakan yang salah.

Cara yang betul adalah ajar anak berlatih bernafas seperti tarik nafas dan kira sampai 10. Kemudian mintanya hembus perasaan negatif yang hadir dalam dirinya. Baru berul!

Kemudian bila anak nampak okey sikit. Mintanya beri penjelasan kenapa dia mengamuk tadi. Tapi ingat, jangan sesekali pukul ketika anak kecil mengamuk tapi minta penjelasan dengan baik dari mereka. Malah ia membuatkan kemahiran komunikasi anak bertambah baik.

Kadang, anak ini dia saja nak bermanja sebab itu buat perangai pelik. Itu menandakan dia perlukan rasa sayang dari kedua ibu bapanya dan mereka bukan anak nakal!

Bagaimana anda hadapi anak tantrum? jom kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *