154 kucing akan di buat seperti ini selepas dijumpai dalam operasi penyeludupan haiwan. Membuatkan peminat haiwan sangat marah.

Dunia Kehidupan kucing

Pihak berkuasa Taiwan menghadapi kritikan atas keputusan untuk menghilangkan nyawa 154 kucing yang diselamatkan dari operasi penyeludupan haiwan.

Peminat haiwan sangat marah setelah kucing-kucing itu diselamatkan pada hari Sabtu, membuat bantahan untuk mengubah undang-undang dan menaikkan hukuman.

Baka kucing seperti British Shorthair, Russian Blue, Ragdoll dan Shorthair Amerika Persian mempunyai nilai anggaran $10 juta New Dolar Taiwan (RM1,510,735).

Kesemua kucing tersebut ditemui di sebuah kapal nelayan dari China, diletakkan dalam 62 sangkar kucing, kira-kira 40 di barat daya Taiwan.

Menerusi laporan The Guardian, Pegawai kerajaan memilih untuk menghilangkan nyawa kesemua kucing tersebut kerana tidak diketahui asalnya dan berisiko tinggi mendapat biosekuriti.

Pencinta kucing serta penduduk di sana berang hingga trending di laman Twitter, mempersoalkan mengapa kucing-kucing tersebut tidak mendapat rawatan atau dimasukkan ke dalam kuarantin terlebih dahulu sebelum mengiklankan untuk diadopsi.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dalam sebuah pernyataan mengatakan bahwa dia sedih dengan berita itu dan perubahan undang-undang harus dipertimbangkan agar binatang yang diseludup dapat diperlakukan dengan lebih berperikemanusiaan.

Dalam catatan media sosialnya lewat malam, dia menambahkan: “Kita harus, melalui pindaan undang-undang, memungkinkan unit-unit penegak hukum untuk melaksanakan pelaksanaan kes tersebut agar dapat lebih sesuai dengan semangat kemanusiaan dan sistem boleh menjadi lebih luas. “

Sumber: Verst.com

Pemuda Ini Sampaikan Trauma Gara Gara 2 Ekor Kucing Telah Pergi Sebab Satu Sakit Ini. Nasib Baik Dah Jumpa Petua Mujarab.

Selepas dua ekor kucing milik Faizal telah tiada akibat parvo, dua lagi kucing yang lain turut dijangkiti sakit sama. Perasaan pilu di hati, tak siapa mampu mengerti. Begitulah luahan seorang jejaka apabila dua ekor kucing miliknya telah tiada, dipercayai terkena jangkitan virus parvo baru-baru ini. Menurut Mohd Faizal Maklip, 32, kehadiran kucing-kucing itu bagaikan melengkapi kehidupannya selama ini. Namun kini, semuanya tinggal kenangan dan sukar untuk dia menerima hakikat bahawa dua bulus kesayangan sudah pergi buat selamanya, tinggalkan dia dan dua ekor kucing lain.

Si Hitam merupakan kucing pertama yang dibela Faizal sekali gus memberi kesan cukup mendalam buat dirinya

“Kucing pertama saya bela merupakan kucing liar yang selalu datang ke kawasan rumah. Hari-hari saya bagi makan, sangat manja. Setiap kali balik kerja, kucing tu sambut di pagar. Jadi saya ambil keputusan untuk bela sejak lebih setahun lalu. Saya gelarkan ia ‘Si Hitam’. Akhirnya Si Hitam telah pergi pada 30 Mei lalu. Seekor lagi kucing saya, baka Munchkin, pun telah pergi kerana parvo beberapa hari sebelumnya,” ujarnya.

Mesra disapa Faizal, perancang perkahwinan dan jurusolek itu bagaikan tr4um4 selepas dua kucing miliknya telah tiada dalam tempoh yang singkat. Lebih pilu, dua lagi kucing belaannya yang masih hidup, turut menderita virus itu sehingga perlu diberi rawatan dan perhatian tanpa henti setiap hari. “Ketika dua ekor kucing saya yang telah tiada tu menghidap parvo, saya berhabis ribuan ringgit pergi buat rawatan dan beli ubat, tapi tak sembuh sehinggalah mereka mati.

Lepas ia pergi, saya tiga hari tak makan. Kering air mata, memang melalak pada malam ia tiada.

“Kemudian dua lagi kucing saya kena virus sama. Saya ambil nasihat pemilik-pemilik kucing lain, mereka suruh saya rebus ‘daun helikopter’ dan beri kepada kucing. Setiap jam bagi mereka minum air rebusan itu serta beri makan. Benda tu macam magic, mujarab. Hari ketiga dah nampak perubahan. Saya baca komen, semua cakap benda sama. Kucing ketiga dan keempat diberi air rebusan daun itu, sekarang dah back to normal.

Faizal cukup terkesan dengan kematian dua kucing itu.

“Namun saya difahamkan virus itu bertahan enam bulan ke setahun. Jadi saya akan cuci rumah dengan cecair peluntur setiap hari. Saya masih takut ia akan berjangkit lagi. Saya juga masih kuarantin dua kucing itu dalam sangkar mereka,” ujarnya. Menurut jejaka yang menetap di Melaka itu, dia juga masih sedih setiap kali mengimbas detik kehilangan dua kucingnya. “Si Hitam tidur atas badan saya setiap malam. Lepas ia , saya tiga hari tak makan. Kering air mata, memang melalak pada malam ia tiada. Tiga jam saya pangku ia n4z4k, saya terbaca mesej seorang kenalan, dia minta saya berbisik kepada kucing.

Faizal menetap di Melaka dan mula membela kucing sejak lebih setahun lalu.

“Saya berbisik, kalau nak pergi, saya izinkan. Kalau tak, kena lawan sakit tu. “Si Hitam pergi sambil pandang muka saya,” ujarnya dalam nada sebak. Dalam pada itu, Faizal turut berkongsi video kehilangan kucingnya menerusi Facebook. Untuk rekod, mStar menerusi segmen Xpose (I-SUKE) turut berkongsi mengenai virus itu menerusi laporan pada 28 Mac lalu.

Panleukopenia atau parvo adalah keadaan di mana sel darah putih kucing berada pada tahap rendah dan ia berbahaya jika berlaku terutamanya pada anak kucing. Sakit ini disebabkan oleh virus dan dapat tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata. Kucing jalanan atau kucing peliharaan yang bebas berkeliaran sangat berisiko dengan sakit ini. Parvo boleh menyebabkan kehilangan terutamanya bagi kucing yang berusia setahun ke bawah.

Sumber : dedah.co

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *