Viral lelaki ini menangis kerana lama tak dine in. Sebak dapat minum teh tarik di kedai mamak.

Covid 19 Hiburan

Sudah berapa lama kita tidak dapat duduk semeja di kedai makan menikmati juadah dan berborak dengan rakan-rakan. Pastinya ramai yang merindui momen tersebut kerana ia sudah menjadi lumrah kita sebelum adanya pandemik.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberi sedikit kelonggaran di negeri-negeri yang sudah beralih ke fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi makan dan minum di kedai.

Hirup teh tarik di kedai mamak.

Selain itu, pihak kerajaan juga turut membenarkan mereka yang sudah lengkap tempoh dua dos vaksin untuk makan dan minum di kedai serta memasuki premis-premis perniagaan.

Justeru itu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @kenanganmengusikjiwaa, dia telah memuat naik video seolah-olah menangis ketika menghirup teh tarik di kedai mamak bersama rakan-rakannya.

Sudah berapa lama kita tidak dapat duduk semeja di kedai makan menikmati juadah dan berborak dengan rakan-rakan. Pastinya ramai yang merindui momen tersebut kerana ia sudah menjadi lumrah kita sebelum adanya pandemik.

Walaupun video tersebut sememangnya satu lakonan dan ekspresi wajah ketika menangis juga hanya dibuat-buat, namun ramai warganet yang rasa terwakili dengan luahan seperti itu.

Masing-masing mengakui rindu suasana melepak di kedai makan bersama rakan-rakan dan ada juga yang mengakui sebak kerana ada diantara rakan yang sering menghiburkan telah ‘pergi’ terlebih dahulu disebabkan Covid-19.

sumber:Ohmymedia.

Negeri Fasa 1 PPN dibenarkan ‘dine in’ mulai esok.

Kuala Lumpur: Kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap diperluaskan dengan antaranya aktiviti ‘dine in’ dibenarkan di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dicapai dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan beliau hari ini.

Katanya, Sidang Khas MKN itu membincang dan mempertimbangkan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal MKN untuk memperluaskan lagi kemudahan sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi Fasa 1 PPN.

“Sidang Khas MKN bersetuju untuk memberikan kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang menerima vaksinasi lengkap bagi negeri di dalam Fasa 1 PPN.

“Antara kemudahan tambahan yang dibenarkan adalah dine-in. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis rumah kelab juga dibenarkan.

“Justeru, saya ingin menyarankan kepada pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga dibenarkan bagi negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya.

Namun, katanya, ia terpakai di dalam daerah yang sama sahaja bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti lain yang turut dibenarkan termasuk perkelahan dan perkhemahan yang mana penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Sidang Khas MKN juga bersetuju memberikan kemudahan tambahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran bagi Fasa 1 PPN dan seterusnya.

“Kemudahan yang dibenarkan secara amnya adalah seperti operasi pasar malam dan pasar minggu adalah dibenarkan,” katanya.

Katanya, kesemua kemudahan yang diumumkan hari ini akan mula berkuat kuasa pada esok.

“Pertimbangan yang dibuat pada hari ini mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang melebihi 50 peratus.

“Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos ini,” katanya.

Wanita Ini Keluar Hanya Untuk Beli Barang Dan Sudah Mengikuti Semua SOP Yang Diberikan. Sekali Tak Sangka Dirinya Tetap Disahkan Positif Dan Lagi Sedih Apabila Tahu Sesuatu Ini.

Setiap orang pasti sudah didedahkan dengan SOP normah baharu ini. Perkara ini dapat mengelakkan kebarangkalian seseorang itu daripada terkena virus yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. Namun, wabak masih boleh merebak walaupun sudah sebaik-baiknya mematuhi SOP.

Tengah sarat mengandung kena COVID-19…keluar cuma pergi beli barang dapur

Cukup mengejutkan, itulah yang dialami oleh wanita bernama Nanie apabila disahkan positif. Lebih menyedihkan apabila dia kini sedang sarat hamil. Dalam video berkenaan, dapat disaksikan Puan Nanie telah dijemput menaiki ambulans. Sebelum itu dia dikatakan mengalami gejala-gejala jangkitan pendemik ini seperti demam, pening kepala, muntah dan tiada deria rasa.

Keluar cuma pergi beli barang dapur…kakak doakan semoga adiknya dan baby kuat

Menurut Luna, adiknya itu tidak mengetahui dari mana punca terkena jangkitan itu kerana dia dikatakan keluar dari rumah untuk membeli barangan dapur di supermarket berdekatan sahaja. Dalam pada itu, wanita berkenaan mendoakan Nanie dan baby di dalam kandunganya supaya sentiasa kuat dan selamat.

Orang mengandung memang berisiko…kawan tempat kerja pun sama pregnant sah positif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menceritakan pengalaman orang terdekat mereka juga mengalami situasi yang sama seperti wanita dalam video tersebut. Mereka juga memberitahu orang mengandung sememangnya berisiko tinggi untuk terkena COVID-19 serta turut mendoakan keselamatan kedua-dua bakal ibu dan baby.

Sumber: TikTok lunahsputra1 via ErinSakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *