Ini sebab kenapa lelaki yang sukakan kucing layak dijadikan pasangan hidup.Beruntungnya dapat lelaki yang suka kucing.

Kehidupan Keluarga kucing OH LELAKI

Memiliki wajah yang comel, telatah yang nakal pasti akan mencuit hati wanita yang sememangnya gemar akan haiwan yang berbulu itu. Kalau ditanya mengenai haiwan berbulu ini pasti ramai wanita yang memelihara mereka untuk menemani di saat kesunyian.

Tetapi tidak banyak lelaki yang memintai untuk memelihara seekor haiwan yang comel. Ramai beranggapan memelihara haiwan berbulu seperti kucing atau arnab ini melecehkan. Mereka ini perlu dibelai dan diperhatikan seperti seorang wanita. Jadi ramai yang memilih untuk tidak memelihara haiwan ini. Tetapi terdapat keistimewaan yang dimiliki seorang lelaki jika mereka memelihara haiwan berbulu ini.

Satu kajian yang diterbitkan di carrollu.edu berkata, tahap kecerdasan pencinta kucing adalah lebih tinggi daripada pencinta haiwan lain. Pencinta kucing biasanya lebih introvert, berfikiran terbuka dan lebih sensitif daripada pencinta anjing. Jika pencinta anjing lebih aktif di luar rumah dengan haiwan kesayangan mereka, pencinta kucing lebih banyak lagi di rumah membaca buku kerana meow tidak perlu dijemput keluar dari rumah seperti woof woof.

Perkara yang pertama kita boleh lihat ialah, mereka ini terdiri daripada golongan penyayang. Lelaki seperti ini yang wanita cari, seorang yang penyayang. Pasti haiwan yang dipelihara itu akan dijaga seumpama anaknya. Bila dah ada sifat penyayang ini pasti ia juga seorang yang mudah didekati dan disenangi oleh ramai orang. Walaupun mereka tidak memelihara kucing, kita juga boleh lihat reaksinya kita bertemu dengan kucing di kedai makan. Adakah mereka akan menghalau haiwan tersebut? Jika tidak kita sudah tahu dia mempunyai sifat yang penyayang.

Pencinta kucing tahu bagaimana untuk memanjakan anda dan menghiburkan anda. Mereka tidak akan mengikuti mood yang tidak baik jika anda berada dalam mood yang tidak baik, kerana mereka tahu bahasa badan anda jika anda tidak berada dalam keadaan yang baik.Mereka tidak akan teragak-agak untuk membelai rambut anda, mengurut atau memberi anda coklat untuk membuat anda rasa lebih baik.

Di samping itu juga, lelaki yang memelihara dan menggemari haiwan ini adalah seorang lelaki yang setia. Kenapa dia seorang yang setia? Kerana dia akan sentiasa mengutamakan komitmen dalam jangka masa yang panjang. Nak jaga kucing ini bukan mudah ye, banyak perkara yang mereka perlu lakukan. Jika kucing tersebut masih ada dengannya walaupun telah bertahun, maka sudah sah la si dia itu seorang yang setia.

Lelaki yang meminati kucing ini juga seorang yang penyabar ye. Mana tidaknya, siapa boleh tahan layan kerenah kucing apabila tiba waktu manjanya. Itu belum dikira waktu nakal kucing tersebut. Siap buat party dekat telinga tuan mereka. Pasti lelaki yang mempunyai sifat sabar sahaja yang mampu melayani haiwan berbulu ini.

Mereka juga dikatakan adalah seorang yang memahami. Seorang lelaki yang menyayangi kucing akan tahu kehendak kucingnya. Dia pasti tahu tentang mood dan perasaan kucingnya itu. Caranya ini akan membuatkan ia terbawa-bawa di dalam keperibadiannya. Jadi dia lebih mudah untuk memahami hati dan mood seorang wanita yang didekatinya.

Walau bagaimanapun, lelaki yang tidak menunjukkan minat mereka terhadap haiwan ini juga dikira penyayang cuma sifat penyayangnya tidak kelihatan. Ia semua bergantung kepada anda untuk menilai hati mereka. Apa-apa pun, lelaki yang pelihara kucing nie memang idaman kalbu.

Malah dikatakan lelaki yang suka kucing ini seorang yang sangat pembersih,mana tidaknya, haiwan peliharaan dirawat dan dibersihkan walaupun mereka suka membuang air besar di mana-mana. Terutamanya dirinya sendiri. Pencinta kucing lelaki benar-benar tahu bagaimana untuk membersihkan dengan baik kerana terbiasa dengan pembersihan yang telah menjadi kebiasaan setiap hari.

Malah tidak suka sentap ,Sudah biasa untuk membersihkan kotak sampah, membersihkan rambut yang luruh, untuk membersihkan tahi kucing pun dia tidak keberatan. Bayangkan, melakukan semua tugasan seperti itu dia lakukan tanpa tersinggung. Terutama jika diminta untuk merawat apabila anda sakit. Sudah tentu dia tidak akan tersinggung dan rasa seperti disuruh-suruh.

Walaupun anda rajin shopping atau ke salon, lelaki yang mencintai kucing masih boleh santai dan tidak akan meroyan. Dia boleh menikmati masanya sendiri tanpa anda kerana dia juga akan sibuk dengan si meow.

Jika anda menyembunyikan sesuatu, seorang lelaki yang mencintai kucing dengan mudah akan mengetahui sesuatu yang tidak betul. Dia terbiasa untuk ‘menterjemahkan’ bahasa badan kucing, yang tentu saja tidak boleh bercakap jika haiwan kesayangannya mahukan sesuatu. Tambahan pula, lelaki seperti ini akan memberi ruang jika pasangan mereka tidak mahu diganggu.

Ada lelaki yang malas jika pasangannya itu menceritakan perkara-perkara remeh kerana beranggapan masalahnya tidak penting dan membuang masa. Tetapi ia berbeza dengan lelaki pencinta kucing. Mereka menghabiskan masa mereka mendengar haiwan kesayangan mereka memberitahu bahasa mereka sendiri.Oleh itu, mereka masih akan sabar menjadi pendengar anda, semua cerita anda dari yang remeh kepadanya adalah penting. Mereka tidak akan mengganggu kerana pencinta kucing adalah pendengar yang baik.

Sumber:Redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *