Beg Kucing Dari Jepun Ini Mesti Dimiliki Oleh Pencinta Kucing.

kucing tips

Kalau dah pencinta kucing tu kalau boleh semua barang mesti bertemakan kucing bukan?

Anda mungkin teruja melihat beg kucing rekaan artis dari Jepun ini. Bukan sahaja boleh dibawa keluar, menyimpan barang-barang malah juga boleh dipeluk gitu. Peminat dan pembela kucing biasanya akan mengeluarkan duit untuk membeli barangan seperti ini.

Artis yang belajar sendiri bernama Pico Miho ini yang juga dikenali sebagai nekoseisaku_pico di laman Instagramnya, merupakan ibu kepada dua anak yang mula menghasilkan beg tangan beberapa tahun yang lalu.Beg kucing ini kesemuanya buatan tangan dan saiznya sama seperti kucing biasa. Setiap beg mempunyai 78 bahagian jadi beg kucing ini bukanlah satu kerja seni yang mudah dan satu hasil seni yang memerlukan masa yang banyak dan usaha yang tinggi.

Satu penghasilan beg kucing mungkin memerlukan anda untuk berbelanja sehingga $950 (RM4,002) kerana ianya unik dan ada sejenis sahaja.

Sanggup tak korang beli? Jom tengok beg-beg kucing yang dihasilkan.

Sumber: Themamamiaow

10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!

Sayang punya pasal, macam-macam kita sanggup belikan untuk kucing kesayangan kita, betul tak? Saya percaya semua pemilik kucing sedar, kucing kita bukan sekadar perlu makan dan minum semata. Ia perlukan lebih dari itu.

Jadi kali ini, saya ingin kongsikan 10 jenis barang yang anda patut pertimbangkan untuk dihadiahkan kepada kucing kesayangan anda tu. Apa barang-barang tersebut? Jom saksikan senaraian dibawah ini.

(1) Automatic Food Dispenser

Kalau anda jenis yang agak jarang berada di rumah dan tak dapat untuk berikan makanan kepada kucing anda mengikut masa dan jadual yang konsisten, maka dengan menggunakan Food Dispenser ini segala masalah anda akan selesai.

(2) Nail clipper (pemotong kuku) khas untuk kucing

Kucing secara semulajadi memang suka menggaru. Kalau kita biarkan, mungkin mereka akan menggaru di tempat-tempat yang tak sepatutnya, contohnya seperti di sofa.

Jadi sekali sekala, kita perlu potong kuku kucing tu. Lebih-lebih lagi untuk kucing yang memang kita bela indoor. Pemotong kuku untuk manusia kurang sesuai untuk digunakan bagi memotong kuku kucing.

(3) Toilet untuk kucing

Untuk toilet kucing, saya gunakan yang sama jenis macam kat gambar dibawah ni.

Pertama, setiap kali kucing nak membuang, dia akan korek-korek pasir dalam besen tu. Kadang-kadang bila korek terlalu kuat, akan ada pasir-pasir yang bercampur dengan najis akan bertaburan kat lantai. Kedua, dari segi bau, memang akan semerbak.

Bila guna jenis yang ada penutup macam dalam gambar kat atas tu, at least pasir dah tak berterabur atas lantai dan bau busuk pun agak kurang. Ya, sistem toilet macam dalam gambar diatas ada sistem kawalan bau busuk.

Kalau tak nak guna macam dalam gambar kat atas untuk toilet kucing, boleh juga latih kucing untuk membuang di tandas kita. Ada alat khas untuk melatih kucing.

(4) Sunny Seat Window Mounted

Bagi mereka yang tinggal di rumah jenis apartment seperti saya, anda boleh pasang window bed ini pada tingkap rumah anda.

Bila dah pasang kat tingkap, dan kucing-kucing saya pun melepak kat tepi tingkap, macam kat bawah ni la rupa dia.

Ha… nampak tak betapa kucing-kucing ni suka tengok keluar. Bila dia duduk kat tempat macam ni, at least confident sikit dengan keselamatan diorang ni.

(5) Tempat penggaru

Nak elak kucing anda menggaru di tempat yang tak sepatutnya?Kenalah sediakan tempat menggaru khas untuk mereka. 

(6) Cave bed house sleeping bed

Ini pulak untuk tempat tidur kucing-kucing kesayangan anda.Bentuk dia memang macam gua. Kucing pasti suka

(7) Car Rear Back Seat Waterproof Carrier 

Benda ni memang perlu ada, kalau anda ada beberap ekor kucing dan anda perlu selalu bawa kucing anda tu travel ke mana-mana.

Tak perlu nak kurung kucing-kucing anda dalam kereta. Boleh biar mereka lepas begitu sahaja.

(8) Cat mesh hammock hanging bed

Tempat lepak untuk kucing.

Kalau kat rumah ada kerusi macam dalam gambar tu, boleh pasang kat situ. Hammock ni pun tak mahal sangat harganya.

(9) Fussie Cat scented litter

Pasir untuk tandas kucing. Saya rasa beli online lagi bagus. Sebabnya pasir ni agak berat. Kalau beli online, ada orang yang akan tolong hantar sampai ke depan rumah.

Kalau nak beli kat pet shop pun boleh. Cuma kadang-kadang, saya akan keluar shopping kelengkapan dapur, dan kalau nak beli pasir untuk kucing sama, memang agak berat rasanya. Jadi, saya pilih untuk beli secara online.

(10) 3 Way foldable cat and kitten tunnel

Satu lagi alat yang pasti akan disukai oleh kucing anda.

Benda ni macam terowong, jadi kucing akan bermain kejar dalam ni.

Macam mana? Menarik kan? Jom shopping untuk keselesaan kucing kesayangan kita

Sumber: sabreehussin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *