Pakai volkswagen tapi kantoi meniaga tanpa modal . Sanggup ambil ayam orang untuk meniaga ayam golek.

berita Dunia ISU SEMASA

Tatkala beberapa negeri sudah diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti perniagaan, ramai orang merebut peluang tersebut bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, lain pula terjadi di negeri Kedah apabila seorang pembekal ayam segar mengalami kerugian apabila ayam-ayamnya diambil sekitar pukul 4 pagi pada minggu lalu. Seorang pembekal ayam segar terpaksa menanggung kerugian apabila ayam-ayamnya diambil sekitar jam empat pagi beberapa hari lalu.

Berkongsi kejadian yang dialaminya di satu group Facebook, peniaga berkenaan memberi amaran kepada pembekal ayam segar lain untuk berhati-hati akan aktiviti yang tidak bermoral dilakukan indivdu tersebut.

Masuk kedai ambil ayam

Bagi memastikan dirinya tidak menuduh sebarangan, pembekal ayam berkenaan memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki yang memakai pelitup muka berwarna merah sedang mengambil ayam di kedainya.

Kejadian ‘mengambil ayam’ itu disedari oleh pembekal ayam segar apabila dia melihat rakaman CCTV dan mendapati ada sebuah Volkswagen Golf GTI meletakkan kereta di hadapan kedainya pada pukul sekitar 3.30 pagi.

Alangkah terkejutnya apabila dia melihat rakaman CCTV dari dalam kedainya pula apabila ada seorang lelaki memanjat masuk ke dalam lalu mengambil stok ayam segar yang disimpan di dalam tong ais.

Namun cerita tersebut tidak terhenti di situ sahaja kerana individu tersebut dirakam menjalankan perniagaan ayam golek dipercayai di hadapan medan selera Bandar Puteri Jaya di sekitar kawasan Sungai Petani.

Difahamkan bakul-bakul yang digunakan untuk meletakkan ayam segar tersebut turut mengambil daripada pembekal ayam segar dari lokasi lain. Menurut pemilik bakul tersebut, individu itu sudah lama melakukan kegiatan ‘mengambil ayam’ di sekitar kawasan Sungai Petani dan kali ini semua aktiviti mereka telah terakam pada CCTV sebagai bukti.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan dikatakan berniaga Ayam Golek dipercayai menggunakan ayam yang telah diambil itu.

Terdesak pun tak halalkan cara

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, segelintir warganet facebook beranggapan lelaki berkenaan terdesak akan keadaan sekarang namun itu tidak menghalalkan perbuatannya.

Rata-rata orang ramai mengkritik tindakan individu tersebut yang menaiki kereta ‘sporty’ import namun mengambil ayam segar milik orang lain untuk dijadikan modal jualan perniagaan ayam golek mereka.

Dengan bukti-bukti yang terakam pada CCTV ini, para netizen berharap kesemua individu tersebut akan ditangkap oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat dan dikenakan hukuman yang setimpal setelah menyebabkan kerugian kepada pembekal ayam segar yang tidak bersalah.

Tular Situasi Nenek Yang Terpaksa Mengambil Barang Orang Tanpa Izin Hanya Untuk Sesuatu Ini. Sekali Tak Sangka Orang Sekeliling Sanggup Lakukan Ini Pada Nenek Tersebut.

Seorang nenek berusia 50 tahun dikerumuni orang ramai di tempat awam selepas cuba mengambil barang tanpa izin salah seorang penjual di pasar. Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas (30 Januari) kira-kira jam 5.45 petang di Pasar Mandiraja, Banjarnegara, Jawa Tengah dan video yang dirakam orang awam ketika itu mula viral di media sosial. Menurut Kompas, ketika kejadian nenek itu telah mengambil beg peniaga di situ namun tindakannya disedari individu yang bertindak menjerit  dan membuatkan orang di sekeliling terkejut.

Selepas mendengar peniaga itu teriak, peniaga yang lain bersama-sama dengan pengunjung yang berada di pasar tersebut terus mengejar nenek tersebut yang cuba melarikan diri. Sebaik saja ditangkap, nenek itu dikerumuni dan diserang oleh orang ramai yang turut bertindak mengasarinya.

Seorang individu dikatakan bertindak mencengkam leher dan bahagian belakang tudungnya namun nenek itu langsung tidak melawan dan hanya mendiamkan diri. Melalui video itu seseorang didengari berkata, Bukan hanya dikasari dan berlaku provokasi, nenek itu juga hanya mampu merelakan diri ketika diarak beramai-ramai oleh orang awam untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Selepas diserahkan kepada polis dan disoal siasat, nenek itu mengaku terpaksa mengambil kerana sudah kelaparan dan tidak mempunyai wang untuk makan. Dia hanya hidup seorang diri kerana suami dan anaknya berhijrah ke bandar dan sudah lama tidak menghubunginya. Jadi pelaku ini hidup sebatang kara, suami dan anaknya merantau. Dia bingung enggak punya uang, akhirnya nekat nyopet buat makan sehari-hari.”

Individu yang terkena itu dikatakan tidak membuat laporan polis kerana mengasihani nasib nenek itu. Pada hari yang sama jam 9 malam pihak polis telah menemui nenek itu bersama individu tersebut dan saksi kejadian. Nenek itu menangis ketika membuat pengakuan dan berjanji tidak akan mengulanginya. Dia akui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengambil kerana memerlukan wang untuk makan.

“Individu sudah memaafkan dan tidak akan melanjutkan laporannya ke pihak berwajib, diselesaikan secara kekeluargaan, toh cuma hilang Rp 100.000 (RM28.96).”

Pihak polis juga turut memberi sumbangan beras dan barangan makanan lain kepada nenek itu. Dia juga turut diarahkan untuk lapor diri kepada polis setiap Isnin dan Khamis dan akan diberikan bantuan makanan serta wang untuk pengangkutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *