Ahli keluarga pelik bila burung kerumun pusara bapa. Rupanya ini yang bapa selalu buat tanpa pengetahuan keluarga.

Kehidupan Keluarga

Seorang anak digemparkan dengan sekumpulan burung merpati yang berada di sekitar kubur bapanya setiap hari. Siapa sangka semasa hayat, 4rwh bapanya sering memberi makanan kepada burung-burung setiap kali menjejakkan kaki ke tempat persemadian.

Siti Farzana Syaiffulhisham berkata, bapanya Syaiffulhisham Abdillah yang menghidap barah usus besar (kolon) telah pergi buat selamanya pada usia 54 tahun, 2 Syawal lalu. Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu, bapanya dulu sering ke Tempat Persemadian Semariang di Kuching, Sarawak untuk melawat pus4ra datuknya (bapa 4rwh).

“Ayah cukup rapat dengan atuk. Hampir setiap Jumaat, ayah tak pernah miss ziarah kubur atuk. Biasanya kami akan temankan ayah. Setiap kali datang ke kubur juga, ayah akan bawa ambuk ayam iaitu sejenis makanan untuk diberikan kepada burung-burung di sekitar kubur,” katanya sambil menambah datuknya pergi buat selamanya pada usia 78 tahun kerana sakit paru-paru berlubang.

Lebih mesra disapa Zanna, katanya, banyak burung merpati berterbangan di kawasan sekitar, namun jumlahnya bertambah selepas bapanya pergi buat selamanya. “Saya hairan kenapa semakin banyak burung selepas ayah pergi buat selamanya, dan kebanyakannya berada di sekitar kubur ayah. Bila tengok keadaan tu, tak tahu nak kata apa. Saya terharu dan rasa nak men4ngis. Teringat bila ayah nak bagi makanan kat burung, rasa sed1h,” ujarnya yang berasal dari Kuching.

Zana menyambung rutin arwah bapanya memberi makanan kepada burung-burung.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, mereka sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang diketahui hanya selepas bapanya pergi buat selamanya. “Penjaga kbvr kata ayah hari-hari ziarah kbvr atuk bersendirian selepas habis kerja. Ayah tak lupa bagi makanan kat burung-burung. Kami terkejut… ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah kbvr hampir setiap hari,” katanya sambil menambah bapanya merupakan pekerja kuari.

Kami terkejut… ingatkan ayah datang setiap Jumaat je, rupa-rupanya ayah datang dan ziarah hampir setiap hari

Zanna berkata, dia dan keluarganya kini menyambung rutin bapanya dengan memberikan makanan kepada burung-burung di kbvr. “Kami menyambung apa yang pernah dilakukan ayah semasa hayatnya. Pada masa sama, kami juga ziarah kbvr ayah dan kbvr atuk,” tambahnya.

Kenangan… Zanna (belakang, kanan) bersama keluarga.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu turut menyifatkan bapanya sebagai peramah, baik hati, penyayang dan pembersih serta rajin mengemas rumah. “Ayah pernah berpesan supaya sentiasa berbuat baik dengan orang, memaafkan orang walaupun orang tu buat j4hat kat kita,” kata Zanna. Sumber : mstar

Sayu Apabila Bapa Pergi Buat Selamanya Semasa Anak Jalani Operasi. Sekali Anak Sanggup Tolak Nasihat Doktor.

Luluh hati seorang anak apabila bapa yang disahkan positif Covid-19 telah pergi buat selamanya di Kelantan. Lebih memilukan apabila perkhabaran duka itu diterima dari jauh di Kuala Lumpur, ketika sedang menunggu untuk menjalani operasi mata di hospital. Begitulah dugaan hebat yang menimpa Nor Alwani Abd Wahab selepas bapanya berusia 65 tahun pergi buat selamanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, pagi Jumaat lalu.

Wanita berusia 38 tahun itu berkata, bapanya yang menjalani kuarantin di rumah di Rantau Panjang dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan str0k pada Khamis lalu, sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi.

“Saya diberitahu yang abah dah tak ada pagi Jumaat, pukul 8.20 pagi. Adik beritahu dalam grup WhatsApp yang jantung abah dah berhenti. Masa tu saya tengah tunggu nak buat operasi mata pukul 10 pagi. Kiranya peringkat terakhir sebelum dibawa masuk ke dewan operasi,” katanya. Mengulas lanjut, Wani berkata, dia mengalami masalah Retinal Detachment, membabitkan retina dan soket mata kiri, menyebabkan penglihatannya kabur dan berlaku titik buta. Namun, anak kelahiran Kota Bharu itu ia tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya saat mengenang detik bapanya dimasukkan ke hospital sehari sebelum operasi mata.

Bacaan Yasin bersama ahli keluarga menerusi video secara dalam talian, sehari sebelum bapa Wani pergi buat selamanya.

“Allahu sebak. Mula-mula terdiam, tak tahu nak beri reaksi macam mana. Hati dah rasa tak sedap sebab dapat tahu abah dalam keadaan teruk. Terfikir sama ada saya atau abah yang tak bangun selepas ni. Tapi sebelum operasi lagi dah dapat tahu yang abah ‘tak akan bangun dah’. Saya sedih. Tapi operasi mata saya tetap diteruskan sebab mata agak teruk dan saya juga tak boleh balik kerana abah positif Covid-19. Adik-adik yang uruskan di kampung bersama pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan bomba,” ujarnya yang merupakan anak keempat daripada 15 beradik itu.

Wani (dua, kiri) bersama arwah bapa (kiri) serta ahli keluarga.

Menurut Wani, dia kali terakhir bertemu dengan bapanya pada Jun tahun lalu, dan antara perbualan terakhir mereka berdua adalah dua minggu lepas bagi memaklumkan dirinya baru menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semester pertama. “Abah sangat suka anak-anak sambung belajar. Abah lah sebab utama saya sambung belajar. Sekarang ‘tulang belakang’ saya dah tak ada.

Doktor bius di bahagian mata, jadi operasi dalam keadaan sedar. Penglihatan ketika itu agak kabur dan hanya nampak cahaya kuning silau sahaja. Tiba-tiba saya nampak abah

“Abah berpesan, macam mana pun kita jahat pada pandangan orang, senyum je. Sebab hanya Allah sahaja yang tahu kebaikan kita. Jangan tinggalkan solat dan jangan tinggalkan sedekah. Takkan papa kedana kalau kita bersedekah,” kata Wani yang mengikuti pengajian komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Wani (kiri) berpegang kepada pesanan dan nasihat bapanya (kanan).

Wani yang merupakan pegawai tadbir berkata, operasi matanya berlangsung selama kira-kira dua jam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur, kira-kira lebih sejam selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir.

“Doktor bius di bahagian mata, jadi operasi dalam keadaan sedar. Penglihatan ketika itu agak kabur dan hanya nampak cahaya kuning silau sahaja. Tiba-tiba saya nampak abah. Alhamdulillah, operasi selama dua jam berjalan lancar. Cuma doktor pesan tak boleh banyak menangis sebab mata memang akan pedih. Memang pedih, tapi apa yang saya boleh buat. Terpaksa juga tahan pedih tu sebab menangis kerana kehilangan abah. Memang sangat sakit,” katanya yang kini dalam proses penyembuhan selepas operasi mata.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *