Seakan akan diberi peluang hidup kedua. Pasangan ini terselamat dari kejadan yang tak diingini dan ini reaksinya yang bikin sebak.

Semasa Viral

Kejadian enam tahun lalu itu masih berbekas dalam ingatan kedua-dua mereka apabila dimasukkan ke hospital selama 42 hari. Kesannya juga dirasai sehingga kini apabila baki ‘kerang ka besi’ masih berada dalam tubuh mereka yang kini meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nur Syahirah Esmadee memberitahu, kema langan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Perdana yang dipandu suaminya dan sebuah van ketika dalam perjalanan dari Mersing ke Kulai di Johor, pada 14 Oktober 2015. Wanita berusia 31 tahun itu berkata, dia mengalami luka teruk di muka, tangan dan paha, manakala suaminya juga p4tah paha, selain mengalami luka teruk di tangan dan kaki.

“Sepanjang 42 hari di hospital, kami berdua masing-masing menjalani tiga operasi. Enam hari pertama, suami ‘ditidurkan’ di Unit Rawatan Rapi. Saya di wad tanya keluarga mana suami… mereka kata jangan risau, okay, ada kat tempat lain. Saya tak dapat fikir masa tu kerana belum cukup stabil,” katanya

Kereta yang dinaiki Manshah dan Syira bertembung dengan sebuah van.

Suami Nur Syahirah, Muzzalman Shah Ismail Muzani berkata, dia hanya sedar pada hari ketujuh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Juruterbang berusia 47 tahun itu dimaklumkan dia bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi apabila jantungnya berhenti berdegup selama 55 minit. “Alhamdulillah, saya masih bernafas. Hari ketujuh tu baru saya berjumpa dengan isteri saya… dapat lihat wajahnya menangis,” katanya yang lebih mesra disapa Manshah.

Kesan luka yang dialami suami isteri ini selepas kejadian yang tak diingini.

Nur Syahirah atau Syira berkata, kejadian itu juga memberi cabaran dan dugaan besar di awal perkahwinan mereka yang ketika itu belum dikurniakan cahaya mata.

“Luka teruk di muka menyebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri. Luka teruk yang dialami suami pula boleh mengakibatkan dia hilang kerjaya sebagai juruterbang. Suami tak boleh kerja selama 16 bulan untuk recovery. Kami pergi menjalani fisi0terapi sama-sama setiap minggu,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Berem0si kerana kesan p4rut di muka, Syira mengakui bimbang suaminya akan berubah hati. “Saya rasa diri tak cantik. Saya sendiri cakap kat suami, I dah tak cantik, pakai kerusi roda pula tu… nanti you cari orang lain,” tambahnya.

Sumber:mstar

Tular Lelaki Ini Masih Kekal Positif Selepas Terjadi Kejadian Ini. Sekali Tak Sangka Rupanya Jiran Pernah Alaminya Juga.

Video yang dikongsi Syazwan sehingga kini meraih 2.2 juta tontonan di TikTok. Apa sebenarnya yang berlaku? Mungkin itulah persoalan yang bermain di fikiran jejaka ini apabila mendakwa tiga biji gelas di rumahnya pecah secara tiba-tiba. Menurut Ahmad Syazwan Mohamad, 29, ia berlaku dalam tiga kejadian berasingan di kediaman yang disewa bersama dua lagi rakannya di Shah Alam, Selangor.

Malah, kejadian terakhir pada Jumaat malam juga berjaya dirakam secara tidak sengaja yang mana video itu kini tular di aplikasi TikTok. “Masa tu dalam 10.30 malam, kami sebenarnya nak tengok movie. Dah buat jemput-jemput dan buat air. Ketika saya rakam video sedang tuang air, tiba-tiba kami dengar bunyi kaca pecah di dapur.

“Tapi kami tak terkejut. Sebab ia merupakan kali ketiga gelas pecah secara tiba-tiba. Kejadian kedua tempoh hari, ia pecah beberapa saat selepas digunakan oleh kawan saya,” ujarnya. Mesra disapa Syazwan, dia enggan mengaitkan kejadian itu dengan sebarang unsur mistik, sebaliknya cuba bersangka baik sahaja. Namun katanya, seorang jiran turut mengadu mengalami kejadian sama beberapa hari lalu.

Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib.

“Mungkin kaca tu dah expired, lama-lama akan pecah. Ditambah pula sekarang musim lockdown, kami banyak duduk rumah dan guna gelas-gelas tu. Isi air panas, air sejuk… ada kemungkinan ia boleh pecah. Saya tak terfikir ke arah mistik pun. Kemudian selepas video saya viral, ada seorang jiran hantar mesej. Katanya, gelas di rumahnya turut pecah secara tiba-tiba.

Paparan skrin video tular itu.

“Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib. Selepas kakaknya menoleh, tiada siapa pun di situ,” cerita Syazwan lagi. Dalam pada itu kata Syazwan, video yang dikongsinya sehingga kini meraih 2.2 juta tontonan di TikTok. Malah, rata-rata komen warganet turut mengaitkan kejadian gelas pecah itu dengan elemen mistik dengan pelbagai teori dan dakwaan yang menyeramkan.

“Saya memang tak fikir ke arah mistik. Melainkan kalau semua jiran satu lorong rumah saya alami benda sama, itu lain cerita. Bila gelas pecah, saya fikir mengenai kualiti kaca itu saja. Saya terima saja semua komen, mereka nak berbincang di ruangan komen dan sebagainya,” ujarnya yang sudah hampir setahun menyewa di situ. Bercerita mengenai dirinya, Syazwan merupakan seorang perunding takaful. Malah, dua rakan serumahnya juga turut bekerja dalam bidang sama. Sumber : Mstar

Doktor Ini Berkongsi Detik Misteri Yang Menimpa Dirinya. Sekali Tak Sangka Bila Diperiksa Dengan Termometer Keluar Keputusan Begini Pula.

Dr Kamarul Ariffin berkongsi kisah gangguan yang dialaminya di klinik sewaktu sedang menunggu giliran menunaikan solat Maghrib. Orang tua-tua dahulu sering melarang anak-anak mereka bermain di luar rumah apabila matahari sudah mulai terbenam.

Ini kerana waktu senja dikatakan sebagai waktu di mana syaitan dan jin keluar berpusu-pusu untuk menjalankan ‘operasi’ mereka. Pada waktu inilah gangguan oleh makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sering berlaku, sebagaimana kisah yang dialami sendiri oleh seorang doktor. Menerusi satu coretan di Facebook, doktor ini berkata gangguan tersebut berlaku ketika dia sedang menunggu giliran untuk mendirikan solat Maghrib di kliniknya.

“Aku sedang tunggu giliran nak solat, tiba-tiba terdengar amaran suhu tinggi berbunyi dari termometer di kaunter saringan yang terletak di pintu hadapan klinik. Termometer tu jenis ada pengimbas automatik. Jika ia kesan ada sesuatu di hadapannya, dia akan imbas suhu. Jika suhu 37.5 Celcius atau lebih, ia akan mengeluarkan bunyi amaran yang kuat.

Sebahagian perkongsian kisah gangguan yang dialami oleh Dr Kamarul Ariffin di Facebook.

“Aku bangun dari kerusi dan buka pintu bilik konsultasi dan mengintai ke kaunter saringan, kerana bimbang ada orang masuk ke dalam klinik. Ternyata tak ada sesiapa di kaunter itu. Mungkin ada glic pada termometer itu. Aku tutup semula pintu bilik konsultasi, dan kembali ke kerusi aku,” tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan pada perkongsian tersebut. Sungguhpun merasakan situasi yang berlaku sebentar tadi adalah disebabkan isu teknikal, namun mindanya masih tertanya-tanya punca mengapa termometer itu berbunyi sendiri.

Penggeranya berbunyi nyaring. Seram pula aku jadinya. Ada ‘benda’ bersuhu tinggi duduk di atas kerusi pesakit di sebelah aku ke?

“Tiba-tiba terasa nak cuba imbas suhu udara, jadi aku pun capai termometer dan imbas suhu di sisi aku. Di sisi aku tu ada kerusi di mana pesakit akan duduk jika dia berjumpa aku. Aku imbas suhu di paras di mana sepatutnya kepala pesakit berada jika dia duduk di situ. Teet! Teet! Teet! Pengera termometer bebunyi. Aku lihat paparan skrinnya. 37.5 Celcius. Aik! Kenapa tinggi? Aku imbas lagi di tempat yang sama untuk kepastian. Berbunyi lagi! Kali ni suhunya 38 Celcius. Sekali lagi aku cuba imbas di kerusi pesakit pada paras kepala. Skrin paparan termometer tu bertukar merah terang, dan bacaannya 42 Celcius. Penggeranya berbunyi nyaring. Seram pula aku jadinya. Ada ‘benda’ bersuhu tinggi duduk di atas kerusi pesakit di sebelah aku ke?,” doktor tersebut berkerut memikirkan situasi yang aneh itu.

Gangguan yang dihadapi oleh Dr Kamarul Ariffin berlaku ketika waktu Maghrib. -Gambar hiasan

Lantas doktor itu terus teringat untuk melakukan sesuatu bagi memastikan apa yang sedang bermain di fikirannya ketika itu. “Aku sua tangan aku dekat dengan kerusi dan sentuh tempat duduknya, kemudian aku lekas-lekas tarik tangan aku semula. Ternyata kerusi tu panas. Terus aku bangun dari kerusi aku! “Staf aku baru keluar dari bilik solat. Aku terus pergi ambil wuduk dan tunaikan solat,” katanya.

Cerita Dr Kamarul, seusai menunaikan solat Maghrib, dia lantas membacakan doa-doa khusus untuk memohon perlindungan Allah daripada sebarang bentuk gangguan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. “Alhamdulillah lepas tu dah tak ada dah berlaku situasi seumpama tadi. Mungkin benar, waktu maghrib adalah masa ‘mereka’ berkeliaran,” tulisnya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *