Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan dia. Pak cik jual kucing tepi jalan RM800 dikritik.

Amalan Haiwan kucing

Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.

Kucing adalah haiwan yang paling popular dan sangat berharga. Tular seorang lelaki yang juga merupakan peniaga makanan mendapat kritikan ramai apabila didakwa menjual kucingnya dalam keadaan haiwan itu seperti diabaikan pada harga RM800 di tepi jalan Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini.

Beberapa ahli kumpulan Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia antara yang terawal membangkitkan isu tersebut dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

“Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan ia. Sebab ramai kata orang itu banyak kali ulang kucing lain-lain,” komen Maman Razo

Tangkap layar beberapa individu yang menyifatkan kucing itu tidak dilayan dengan baik oleh tuannya.

“Kalau kita beli ibarat kita galakkan perdagangan kucing oleh pakcik ini. Kucing pak cik ini nampak terseksa,” kata Myojinie Freedie.

“Kita rasa kasihan dan terus rasa hendak beli tetapi bila periksa ini bukan pertama kali dia jual begitu. Sudah bertahun. Jadi kepada sesiapa yang murah hati mahu beli pada harga diminta saya minta fikir masak-masak,” ujar Nur Izasyafira.

“Saya ada WhatsApp pak cik itu siang tadi dia mahu jual seekor sahaja pada harga RM800. Sebentar tadi pak cik itu hantar mesej beritahu sudah ada orang beli kucing tu,” komen Ash Yusof.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam respons berhubung perkara itu berkata, perbuatan menjual kucing tanpa menitikberatkan kebajikan haiwan berkenaan merupakan satu kesalahan.

“Aktiviti jualan tidak dibenarkan jika keadaan kucing itu menunjukkan ia tidak sihat, tidak ‘fit’ untuk jualan seperti, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

“Tidak dibenarkan juga menjual kucing dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan atau terdedah serta terbuka sehingga boleh berlaku kecelakaan,” katanya hari ini. –

sumber: K! ONLINE

Adakah Islam membenarkan jual beli kucing? Apakah hukumnya?

Ramai daripada kita yang membela kucing di rumah sebagai peneman dan juga hiburan. Ada kucing yang dikutip di tepi jalan dan ada juga yang membelinya.

Hukum jual beli haiwan ini sebenarnya terpakai kepada semua haiwan-haiwan lain. Sekiranya haiwan tersebut memberikan manfaat dan faedah kepada manusia, maka ia dibolehkan. Antaranya ialah seperti jual beli lebah untuk mendapatkan madu, anjing untuk tujuan menjaga ladang dan lain-lain lagi.

Namun, bagi haiwan yang tidak mendatangkan manfaat kepada manusia, maka jual beli tersebut adalah dilarang. Antara contohnya ialah seperti kucing hutan, ular, tikus, semut dan kumbang.

Soalan berkenaan hukum jual beli kucing ini pernah ditanyakan kepada Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini. Menurut penerangan daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan, hukum jual beli kucing ini mempunyai khilaf atau perbezaan beberapa pendapat.

Pendapat ulama yang pertama menyatakan bahawa ia adalah haram secara mutlak. Pendapat ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zubair r.a. Maksud hadis tersebut ialah seperti berikut: Aku (Abu Zubair) pernah bertanya kepada Jabir mengenai jual beli anjing dan juga kucing. Jabir berkata bahawa Rasulullah SAW melarang perbuatan tersebut.”

Pendapat ulama yang kedua pula menyatakan bahawa hukum jual beli kucing adalah dibolehkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat jumhur atau majoriti ulama termasuklah ulama mazhab Syafie.

Imam Nawawi ada menyatakan dalam kitabnya, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, yang bermaksud:“Jumhur ulama mengatakan boleh dan kebolehan ini juga pada menjualnya (kucing) dan ini adalah pendapat daripada Ibn ‘Abbas, Ibn Sirin, Hamad, Malik, al-Thauri, al-Syafi’e, Ahmad, Ishak, Abu Hanifah dan ashab al-Ra’yi…”

Namun, jual beli kucing itu mestilah kucing yang memberikan manfaat seperti untuk menangkap tikus atau sebagai hiburan dan peneman. Jika kucing tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada manusia seperti kucing hutan, maka tidak sah jual beli kucing seperti ini.

Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa beliau lebih cenderung kepada hukum makruh bagi jual beli kucing ini berdasarkan larangan dalam nas.

Lebih baik kutip kucing jalanan untuk dipelihara.

Daripada kita mengeluarkan wang sehingga beribu-ribu untuk membeli kucing yang mahal, adalah lebih baik kita memelihara kucing jalanan sahaja. Sekurang-kurangnya nasib kucing jalanan lebih terjaga dan tidak berlaku pembaziran wang dengan tujuan hanya untuk membeli kucing.

Wang untuk membeli kucing itu boleh digunakan untuk tujuan dan keperluan yang lebih penting.

Pemilik Baru Kucing Jual Kucing Dengan Harga RM400. Ini Alasan Pemilik Baru Kucing Sebab Dia Jual.

Khas buat pencinta kucing,nasihat khas buat anda buatlah adoption daripada beli. Tetapi kes yang terjadi ini membuatkan kita terfikir sekiranya kita berniat untuk memberikannya kepada orang. Anda seharusnya perlu membuat penyelidikan supaya nasib kucing kucng ini terbela dan tak dia apa kan olej pemilik baru. Namun begitu, amat menyedihkan sekali bila ada orang yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk dijadikan jalan pintas bagi dapatkan wang.

Difahamkan seorang lelaki yang memiliki 2 ekor kucing peliharaannya telah diberikan kepada tuan baru, mereka berhubung menerusi Facebook Group Cat Free For Adoption (Malaysia). Siapa sangka si tuan baru itu rupanya ambil kucing yang dinamakan Tom & Jerry itu untuk kaut untung dengan menjual kucingnya berharga RM400 bagi salah seekor kucingnya kerana ia dijual secara asing-asing!

Perkara tersebut dapat diketahui selepas gambar kucing kucingnya itu diiklankan ke dala grup lain 2 minggu selepas kucing kucingnya diserahkan kepada individu tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu cuba menghubungi individu tersebut, alasan yang diberika oleh individu itu adalah kerana Tom dan Jerry itu kerap berbalah. Bahkan pemilik sebenar kucing tersebut menyatakan sepanjang dia menjaga Tom dan Jerry, kucing kucing itu mana pernah berbalah.

Gara gara itu, lelaki tersebut dan Ani Red Wolf Hassan, pengendali FB Group itu ada cuba untuk dapatkan semula kucing-kucing tersebut tapi malangnya gagal kerana kucing itu telah diberikan dengan cara sukarela.“Balai polis PJ cakap takda kes sebab Fazril Nordin dah serahkan T&J dengan suka rela hati, bukan pksaan.”Susulan dengan kes ini, ia telah mengajar Ani sebagai admin untuk lebih berhati-hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *