Muzium aiskrim yang terkenal di seluruh dunia lupanya dekat sahaja dengan Malaysia. Ketahui perkara ini sebelum ke sana .

Dunia OH TRAVELOGUE Viral

SINGAPURA: Anda mungkin sudah maklum bahawa Muzium Aiskrim yang terkenal di seluruh dunia akhirnya membuka pintunya di Singapura pada 19 Ogos lalu. Gedung serba merah jambu yang menduduki kawasan seluas 60,000 kaki persegi di Dempsey itu pastinya daya tarikan yang tepat jika anda mahu mengemas kini ruang Instagram anda dengan ‘perisa’ baru lagi segar.

‘Museum of Ice Cream’, atau singkatannya MOIC, berasal dari Amerika Syarikat. Daya tarikan yang amat dinanti-nantikan itu menyediakan 14 pemasangan imersif yang cukup menakjubkan.

Dari ‘terowong’ menggunakan 10,000 pisang dan bilik yang dihiasi cermin merata hinggalah kolam dibanjiri taburan aiskrim setiap sudut di muzium itu tidak akan membuat anda berhenti menangkap gambar.

Lebih dari sekadar menyediakan latar menarik untuk bergambar, muzium itu juga diterapkan dengan ciri-ciri menyeronokkan untuk seisi keluarga atau teman-teman. Misalnya, sebuah permainan istana melompat untuk membakar kalori.

Harga tiket bermula dari S$38 untuk dewasa. Sekalipun ia bukanlah daya tarikan yang paling murah di sini, tiket-tiket sudah laris dijual sejak pembukaannya diumumkan pada awal tahun ini.

Namun, jika anda tidak pasti sama ada berbaloi untuk berbelanja bagi tiket ke MOIC, berikut kami bawakan jawapan bagi soalan-soalan yang ditanya mengenai pengalaman di muzium itu.

Perlukah anda divaksin sepenuhnya untuk mengunjungi MOIC?

Jawapan: Ya, untuk masuk, pemegang tiket perlu lengkap divaksin atau menunjukkan hasil negatif yang sah bagi ujian COVID-19 yang diambil dari sebuah klinik. Ia mestilah diambil dalam tempoh 24 jam sebelum lawatan ke MOIC.

Kumpulan sehingga lima orang dibenarkan dan kanak-kanak tidak divaksin berusia 12 tahun dan ke bawah boleh menyertai kumpulan itu jika semuanya datang dari isi rumah yang sama.

Pemegang tiket yang belum divaksin sepenuhnya boleh membuat penjadualan semula kunjungan mereka ke suatu tarikh kemudian.

Perlukah anda memakai pelitup ketika bergambar?

Jawapan: Pelitup hanya boleh ditanggalkan apabila anda sedang makan atau minum sepanjang anda berada di dalam premis. Pelitup juga boleh ditanggalkan semasa anda berada di salah satu daripada lima bilik ‘Yum yum Zones’ yang dikhususkan di mana aiskrim disediakan.

Cari tempat duduk yang dilabel ‘Yum Yum Zone’.

Berapa banyak aiskrim yang boleh anda makan sebenarnya?

Jawapan: Seberapa banyak yang terdaya kerana tiada had dikenakan! Kos aiskrim sudahpun termasuk dalam harga tiket.Terdapat perhentian di sepanjang laluan sehala di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis aiskrim – ada yang menawarkan perisa tempatan. Perisa-perisa aiskrim akan ditukar pada setiap tiga bulan.

Adakah ia sesak? Adakah kapasiti pengunjung dikurangkan?

Jawapan: Berdasarkan laporan-laporan, buat masa ini, MOIC beroperasi pada kapasiti 25 peratus iaitu lebih rendah berbanding kapasiti 50 peratus yang dibenarkan untuk daya tarikan pada masa sekarang.

Bagaimana pula dengan prosedur pembasmian kuman?

Jawapan: Permukaan kerap dibersihkan dan disembur cecair pembasmi kuman.

Pekerja pembersihan di setiap ruang akan mengelap permukaan setiap dua jam. Cecair pembasmi kuman untuk tangan juga disediakan di kebanyakan sudut muzium itu untuk kegunaan tetamu.

Apa lagi yang patut saya tahu sebelum pergi ke sana?

Jawapan: MOIC sarat dengan pengalaman deria. Seperti yang dinyatakan di atas, ia lebih dari sekadar tempat bergambar. Sebagai contoh, telefon di ruang ‘Scream’s Diner’ bukan perhiasan gambar semata-mata – cuba anda angkat dan dengar.Pendek kata, apa yang anda lihat di sana mungkin berfungsi sepenuhnya seperti buai buah-buahan di ‘Playscape’.

Sementara itu, di satu lagi ruang yang diilhamkan oleh taman permainan lama, anda boleh melompat tingting atau bermain gelang hula hoop.

‘Museum of Ice Cream’ terletak di 100 Loewen Road. Dibuka dari Khamis hingga Ahad, 10.00pagi hingga 11.00 malam (ditutup Isnin-Rabu). Tiket berharga dari S$38. Lebih banyak info boleh didapati di sini. 

Sejarah Perkembangan Aiskrim Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sebelum Ini.

Sejarah perkembangan aiskrim berkembang dengan mekarnya keseluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada abad yang ke-20 disebabkan oleh terciptanya peti sejuk yang murah dan mampu milik pada pertengahan abad ke-20.

Seharusnya kita berterima kasih kepada Oliver Evans seorang pencipta dari Amerika Syarikat yang telah mereka mesin peti sejuk yang pertama pada tahun 1805. Disebabkan oleh inovasi oleh Oliver Evans, pada tahun 1915 peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes. Maka di pertengahan abad yang ke-20 wujudlah kedai aiskrim dan pelbagai jenis aiskrim dengan berbagai perisa.

Cara Tradisional Sebelum Kewujudan Peti Sejuk

Sebelum wujudnya peti ais moden, aiskrim merupakan satu hidangan mewah yang hanya dihidangkan pada majlis yang istimewa dan terulung sahaja. Ini kerana proses pembuatannya memerlukan usaha, kesabaran dan tenaga kerja yang tinggi.

Bongkah ais dari tasik dan kolam yang keras membeku pada musim sejuk akan dipotong dan disimpan didalam lubang bawah tanah atau disimpan dalam tempat simpanan khas yang di perbuat daripada kayu atau bata. Kebanyakkan pemilik ladang atau pengusaha pertanian termasuk Presiden Amerika iaitu George Washington dan Thomas Jefferson memotong bongkah ais pada musim sejuk untuk di gunakan dipanas semasa musim panas.

Frederic Tudor yang kenali sebagai Boston’s Ice King merupakan pengasas Tudor Ice Company, dimana beliau menjalankan perniagaan membekalkan ais yang dipotong dari tasik di sekitar New England ke Caribbean, Eropah serta India.

Tahukan Anda 4 Jenis Aiskrim Ini Datang Dari Mana?

Ais Krim Sundae

Aiskrim sundae mula wujud pada penghujung abad ke-19. Terdapat beberapa orang individu yang telah mengaku bahawa merekalah orang yang pertama mencipta aiskrim sundae, tetapi seperti Robert Green juga dakwaan mereka tidak disusuli dengan bukti yang dapat menyokong pengakuan mereka.

Ada sumber menyebut aiskrim sundae terhasil disebabkan oleh bantahan terhadap Blue Laws, dimana mengikut Blue Laws pada setiap hari Ahad penjualan barang-barang tertentu termasuk soda adalah dilarang.

Selain individu terdapat juga beberapa buah bandar seperti Buffalo, Two Rivers, Ithaca, dan Evanston mengaku bahawa aiskrim sundae berasal dari bandar mereka.

Ais Krim Kon

Homemade Dark Chocolate Ice Cream in a Cone

Populariti aiskrim kon dan banana split mula meningkat naik pada awal abad ke-20. Sebutan pertama perkataan kon yang di tulis didalam buku Mrs. A. B. Marshall’s Book of Cookery pada tahun 1888 adalah merujuk kepada bekas aiskrim yang boleh dimakan.

Dalam salah satu resipinya iaitu “Cornet with Cream”, beliau menjelaskan bahawa kon yang dihasilkan adalah diperbuat daripada badam dan dibakar didalam ketuhar. Aiskrim kon mula dipopularkan di St. Louis World’s Fair USA pada tahun 1904. Bermula disinilah maka lahirnya ais krim jenama Cornetto.

Baskin-Robbins

Pada tahun 1945 Baskin-Robbins telah ditubuhkan. Pada awalnya pembukaan pada tahun 1946 Baskin-Robbins hanya menawarkan 21 jenis perisa aiskrim sahaja. Pada tahun 1953 jumlah perisa telah ditambah kepada 31 jenis yang diguna pakai sebagai strategi pemasaran mereka yang berpaksikan kepada ideologi syarikat iaitu “one for every day of the month”.

Pada hari ini Baskin-Robbins telah berkembang dengan sekembang-kembangnya di 7300 lokasi pelusuk bumi tidak terkecuali Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada penghujung Disember 2013 di Amerika Syarikat sahaja mereka mempunyai hampir 2500 cawangan dan 4800 cawangan bertaburan dimerata ceruk bumi dengan lebih 1000 jenis variasi aiskrim yang telah dicipta.

Soft Aiskrim

Salah satu pembangunan terulung didalam industri aiskrim pada abad ke-20. Pada abad ini lahirnya “soft ice cream” yang lembut di bibir serta cair di mulut. Wujudnya “soft ice cream” ini kerana para pengeluar ais krim mahu menjimatkan kos pengeluaran. Kandungan “soft ice cream” adalah campuran udara yang lebih dalam penghasilan aiskrim berbanding aiskrim biasa.

Sumber: Dailyrakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *