Tular video kereta ini cuba mengambil kesempatan ke atas orang lain. Tiba tiba laju cucuk kereta depan dan ini terjadi.

Dunia ISU SEMASA Semasa Viral

Pernah tak kita dengar tentang ‘orang yang suka buat kacau di jalan raya’ yang gemar melakukan masalah dan jelas sekali ia amat berbahaya kepada pengguna yang lain, namun gelaran apa pula yang perlu kita beri kepada mereka ini yang suka mengambil kesempatan ke atas orang lain ketika berada di tol.

Seringkali kita dengar tentang idaman wanita wanita di Malaysia terhadap lelaki yang memakai kereta jenama Honda Sentimen ini merupakan realiti pada zaman sekarang di mana lelaki yang menaiki kereta honda mempunyai market value yang tinggi, dianggap kaya dan label setia.

Sejak kebelakangan ini, kes di jalan raya dilihat semakin menjadi-jadi sehingga mengundang kepada pergaduhan dan kecederaan. Golongan tidak bertanggungjawab ini sering menimbulkan ‘masalah’ kepada pengguna jalan raya yang lain. Terbaru, viral di media sosial mengenai satu video yang dipercayai berlaku angkara ‘orang yang buat kacau di jalan raya’ jalan raya.

Menurut daripada video yang dikongsi oleh pengguna Tiktok bernama jannahalias_sofea telah berkongsi sebuah rakaman video dashcam di mana dia berjaya menggagalkan cubaan sebuah kereta Honda City yang cuba menyelit dibelakangnya untuk mengelak dari membayar tol di laluan Touch ‘n Go.

Daripada rakaman video dashcam tersebut, lelaki ini telah membuat keputusan yang bijak dengan memperlahankan lalu memberhentikan kenderaannya apabila melepasi palang tol agar kereta Honda City itu terpaksa mengundurkan lalu ‘tersangkut’ di laluan tol tersebut.

Setelah berjaya mengenakan Honda City tersebut, lelaki itu tinggalkan kawasan tol tersebut dengan satu gelak panjang kepuasan. Anda boleh dengar dengan jelas ‘gelak kepuasan’ lelaki ini selepas mengajar pemandu honda city  yang cuba mengelak dari membayar tol melalui dua video yang kami kongsikan di atas.

Harapnya selepas ini orang ramai boleh mengambil iktibar dan menjadi pengguna jalan raya yang amanah dengan membayar tol setiap kali menggunakan laluan tersebut.

Hantaran ini telah mendapat ratusan komen dari orang ramai yang turut sama berasa puas hati melihat gelagat kereta honda tersebut yang terkantoi itu.

Dalam satu insiden lain, kini tular video proton waja pula sangkut tidak lepas mencucuk, elak dari bayar tol.

Terbaru kejadian hampir sama berulang tapi kali ini membabitkan sebuah Proton Waja pula. Menerusi TikTok, seorang wanita telah memuat naik insiden berkenaan yang berjaya dirakam dashcam miliknya dipercayai dilaluan keluar Touch n Go Plaza Tol Ebor Selatan, Shah Alam.

Menerusi video tersebut yang bertarikh 21 Ogos 2021, dia yang sedang mendekati laluan Touch N Go tol berkenaan bagaikan sudah menyedari kewujudan kereta Waja tersebut yang sebelum itu sudah berada rapat dibelakangnya.

Namun sebaik membuat pembayaran, kenderaan tersebut berterusan ‘menghimpitnya’ dari belakang menyebabkan dia yakin bahawa pemandu tersebut sememangnya berniat untuk mengelak dari membayar tol.

Perlahankan kenderaan sebelum berhenti

Enggan memberikan peluang, dia kemudian terus bertindak memperlahankan keretanya sehingga menyebabkan kereta tersebut terpaksa berhenti betul-betul sebelum palang.

Melihatkan palang sudah ditutup sepenuhnya wanita tersebut terus memecut laju sambil tertawa.

Dia taknak bayar! Padan muka!

Tindakannya pantasnya kemudian dipuji rakannya. Menerusi rakaman tersebut dia turut memaklumkan kepada rakannya bahawa dia sudah menyedari tindakan kereta terbabit mencucuk rapat

“Aku pandailah sebab aku nampak dia dah rapat,” kata wanita tersebut kepada rakannya.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warga TikTok hingga berjaya meraih 875 ribu tontonan, 1886 komen dan 1071 perkongsian.

Rata-rata dilihat berpuas hati dengan aksi spontan wanita tersebut yang disifatkan berani dengan tindakannya. Malah ramai memuji tindakannya yang peka dengan keadaan sekeliling sewaktu sedang memandu.

Si Bulus Ini Setia Menunggu Tuannya Di Parkir Kereta Dengan Harapan Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Tuannya.

Menyebut tentang haiwan yang setia, pasti ramai yang akan menjawab anjing adalah haiwan yang paling setia dan cenderung untuk melindungi tuannya. Berlainan dengan kucing yang lebih gemar menundukkan tuan mereka. Tetapi sebenarnya, kucing juga merupakan haiwan yang setia walaupun tidak sesetia anjing.

Kucing memiliki personaliti yang unik di mana ia menyayangi tuan mereka tetapi enggan mematuhi arahan tuan. Pakar haiwan menyatakan bahawa salah satu tips untuk membuatkan kucing setia dengan anda adalah anda terlebih dahulu perlu memaparkan kesetiaan dan memenuhi seg4la keperluan mereka. Dalam erti kata yang lebih mudah, jika anda ‘membelai mereka, maka mereka juga akan membelai anda’. Begitulah yang terj4di kepada seekor kucing terbiar yang sentiasa berada di sebuah kawasan parkir bawah tanah dan ‘bermesra’ dengan orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Menurut seorang wanita, dia sering melihat kelibat kucing itu berada di kawasan parkir berkenaan. Katanya, kucing ini sangat manja dan sering menggoyang-goyangkan ekornya setiap kali melihat wanita itu menghampiri.

Namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah sedih yang pernah dilalui oleh kucing berkenaan. Dari luaran, kucing ini kelihatan gembira dan sering bermain dengan manusia. Tetapi tiada siapa pernah mengetahui siapakah pemilik asal kepada kucing yang comel ini. Sebenarnya, dahulu kawasan parkir ini dijaga oleh seorang pekerja yang bertanggungjawab mengutip bayaran parkir daripada setiap pelanggan.

Bersama-sama dengan pekerja itu, kucing ini akan menemani tuannya bekerja setiap hari tanpa rasa jemu. Bagaimanapun, sistem parkir di kawasan itu telah ditukar kepada sistem automatik dan menyebabkan pekerja tua itu terpaksa diberhentikan kerja. Lebih memilukan lagi, pada suatu hari, pekerja itu telah terlibat dalam kejadian yang tak diingini sekali gus menyebabkan mendi4ng tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangannya.

Jadi, si kucing mulai berasa resah kerana sudah lama tidak bertemu dengan tuannya lantas terus membawa dirinya ke kawasan parkir berkenaan dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya di situ. Anak kepada mendiang penjaga parkir itu pernah berusaha untuk membawa pulang kucing itu ke rumah mereka namun kucing ini tetap akan keluar rumah dan datang ke kawasan parkir itu.

Akhirnya, pihak syarikat mengambil keputusan untuk membiarkan kucing itu berkhidmat sebagai penjaga parkir yang baharu dengan bayaran gaji berbentuk makanan enak untuknya. Sememangnya bukan semua kucing akan bertindak sombong dengan manusia. Haiwan juga terbukti memiliki sifat penyayang dan setia yang sangat tinggi kepada tuan masing-masing. Justeru, janganlah kita sewenang-wenangnya mengapa-apakan mahupun melakukan penganiay44n kepada haiwan-haiwan terbiar ini.

Sumber: nepalivibes via majalah-harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *