Banyak perlu dibaiki.Tidak berani berjanji hijab sepenuhnya. Isteri Bad Indigo kini tampil berhijab menutup aurat.

Amalan artis Hiburan OH WANITA

Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya.

“Saya masih belajar untuk ke arah itu (berhijab) dan tidak berani untuk berjanji 100 peratus mengatakan saya telah berhijab penuh. Apa-apa pun saya akan cuba yang terbaik”.

Itu jawapan yang diberikan oleh penyanyi, Ashira Aziz ketika dihubungi Kosmo! Online berhubung perkongsian sekeping fotonya berhijab (menutup aurat) dalam Instagram malam tadi.

Ujar Ashira atau nama lengkapnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, berkata, perasaan untuk berhijab dan menjadi lebih baik tiba-tiba muncul ketika dia menjalani rawatan dan kuarantin kendiri selepas dijangkiti Covid-19 sekitar penghujung Julai lalu.

“Masa saya sakit baru-baru ini (positif Covid-19), saya tertanya-tanya sama ada saya akan hidup lagi atau tidak pada keesokan hari. Saya sempat bertaubat atau tidak? Biasalah kita manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan”.

“Tiap-tiap malam saya terfikir tentang perkara itu (akhirat dan waktu bila dia akan pergi). Lebih-lebih lagi apabila saya susah hendak bernafas sehingga saya menjadi takut,” jelasnya.

Kata pelantun lagu Di Ombak Resah itu lagi, suatu hari ketika bersendirian di dalam bilik, dia membelek-belek aplikasi jualan secara dalam talian dan tertarik dengan beberapa helai tudung yang dijual pada harga murah.

“Mungkin Allah SWT nak gerakkan hati saya ketika itu. Saya rasa cantik sangat tudung tersebut dan harganya juga murah iaitu serendah RM5 sehelai. Jadi saya beli beberapa helai”.

“Ketika memotong gelang selepas disahkan bebas daripada Covid-19 baru-baru ini, saya telah mula berhijab, tetapi tidaklah sempurna lagi,” katanya.

Ujar Ashira yang juga isteri kepada penyanyi, Bad Indigo itu lagi, beberapa kejadian yang berlaku disekelilingnya termasuk kematian ibu tirinya, Norma Ariffin dan pemergian rakan artis iaitu penyanyi Siti Sarah Raissuddin akib4t Cov1d-19.

“Selain terkesan akibat diri sendiri dijangkiti Covid-19, pemergiaan beberapa insan yang saya kenali seperti Mak Norma (ibu tiri) dan Siti Sarah turut meninggalkan keinsafan dalam diri,” katanya.

Mengakui berasa agak ‘malu’ untuk mendedahkan imej terbaharunya itu, Ashira berharap selepas ini jika hendak keluar rumah, dia akan tetap mengenakan hijab di kepalanya dan memohon doa daripada peminat untuk membulatkan hati menutvp aur4t.

“Kalau Allah SWT restui saya, benda itu (menutup aurat) akan berlaku juga. Insha-Allah,” jelas Ashira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Kosmo.

Tular Wanita Ini Kekal Tenang Walaupun Dikatakan Berpurdah Mengikut Trend Artis. Sekali Ini Komennya.

Syarifah sering menerima komen negatif di media sosial, namun tak pernah ambil hati mengenainya. Mula mengenakan purdah sejak berumur 13 tahun, perjalanan gadis muslimah ini ternyata mencuri perhatian ramai. Kini berusia 23 tahun, Nur Syarifah Shahirah Osmarul turut menjadi inspirasi kepada sebilangan kaum hawa menerusi dakwah yang dilakukan dengan cara tersendiri. Mesra disapa Syarifah, dia mengakui sering menerima mesej-mesej individu yang menyuarakan hasrat untuk mengikut jejak langkahnya.

“Saya sering kongsi gambar di media sosial untuk beri inspirasi kepada kaum hawa yang lain. Walaupun ‘bertutup’ sebegini, kita masih lagi boleh berfesyen seperti biasa… tapi kena tahu batas-batasnya. Ramai juga yang mesej, yang nak ubah ikut berpakaian macam saya. Saya sangat gembira, ada yang free hair tapi dah berubah selepas dia kenali saya. Sangat seronok bila dapat beri inspirasi dan lihat orang lain berubah juga,” ujarnya.

Dia mula berpurdah ketika berusia 13 tahun.

Menurut gadis dari Kuantan, Pahang itu, dia juga tak terlepas menerima komen kritikan di media sosial. Malah, ada yang mendakwa dia sekadar mahu menarik perhatian umum dan berpakaian sebegitu kerana mahu mengikut trend selebriti sahaja.

Ada yang kata saya tiru Neelofa, sedangkan saya dah lama pakai.

“Saya berpurdah sejak umur 13, ketika itu saya belajar di madrasah dan Alhamdulillah konsisten sehingga ke hari ini. Saya terima banyak komen negatif. Ada yang kata saya tiru Neelofa, sedangkan saya dah lama pakai. Ada juga yang kata saya berpurdah untuk tarik ajnabi. Saya tak hiraukan komen negatif, kita tahu diri kita bagaimana,” ujarnya.

Syarifah bersyukur dapat beri inspirasi kepada sebilangan kaum hawa yang mengikuti perjalanannya.

Menurut Syarifah lagi, dia juga terkejut apabila satu video yang dihasilkan secara suka-suka baru-baru ini meraih lebih 300,000 tontonan di Instagram. Dalam video itu, dia turut menyatakan ayat ‘Pantai Timur darahku, utara seleraku’ sehingga mengundang perhatian ramai. Jelas Syarifah, dia turut menerima ramai pengikut baharu penangan video tular itu yang mana rata-ratanya berasal dari negeri utara. “Saya buat video itu ikut trend saja. Tak sangka viral. Naik beberapa ribu followers, ramai yang dari utara,” ujarnya berseloroh. Untuk rekod, Syarifah kini memiliki lebih 95,000 pengikut Instagram.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *