Guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.

berita Covid 19 Infomaklumat ISU SEMASA OH PENDIDIKAN Semasa

Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.

Namun seperti negara lain, Malaysia juga tidak lari daripada golongan antivaksi yang cuba mempengaruhi orang ramai daripada menerima vaksin. Gerakan antivaksin digerakkan oleh golongan yang menolak penggunaan vaksin, antaranya menggunakan media sosial, dengan fahaman bahawa vaksin mengandungi bahan yang tidak selamat.

Guru-guru perlu mendapatkan suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka Oktober depan. – gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.

Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan tidak wujud kluster sekolah sebaik sesi pembelajaran bermula pada 3 Oktober depan.“Kami terkilan dengan tindakan 779 guru di Johor yang menolak vaksin. Ini memberi persepsi dan kesan kurang menyenangkan bagi seluruh warga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang iaitu kira-kira 779 guru di Johor menolak untuk me­nerima vaksin Covid-19.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Aminuddin Awang mengakui mereka tidak pernah menerima laporan mengenai guru menolak vaksin sehinggalah dedahkan baru-baru ini.

Katanya, sekiranya wujud aduan sekali pun ia hanyalah mengenai kelewatan segelintir guru menerima tarikh temu janji suntikan vaksin tersebut.“Kita tak pernah terima aduan seperti itu, biasanya ia (aduan) tentang guru yang belum terima tarikh suntikan. Itulah yang biasa kami tekankan sebelum ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, beliau yakin semua guru yang dijadualkan kembali mengajar di sekolah pada 3 Oktober depan telah menerima suntikan vaksin sepenuhnya.“Jika masih ada yang belum lengkap divaksin sekali pun, masih ada masa lagi untuk mereka disuntik sebelum sesi persekolahan tersebut dibuka jadi tidak timbul masalah di situ,” katanya.

Sumber: Kosmo.

Tarikh Buka Sekolah Terkini Dilewatkan Kepada 3 Oktober 2021 – KPM.

Tarikh Buka Sekolah Susulan PPN / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Beliau berkata, bagi negeri-negeri Fasa Dua, pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan manakala bagi Fasa Tiga, pembukaan penuh dibenarkan.

“Ini adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)… jadi, kita tidak boleh menyatakan 1 September akan buka semua (sekolah). Keselamatan murid adalah keutamaan kerajaan.

Hari ini, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.Namun, jika terdapat keperluan untuk membuat perubahan KPM akan memaklumkan lebih awal.

Berdasarkan SOP MKN, Pelan Pemulihan Negara menggariskan perkara berikut:

  • Fasa 1 : Sekolah tidak akan dibuka
  • Fasa 2 : Untuk Murid Kelas Peperiksaan Sahaja (Ting. 5 & 6)
  • Fasa 3 : Boleh untuk murid kelas biasa Tertakluk kepada penilaian risiko negeri tersebut

Pada 17 Julai lalu, KPM memaklumkan ketetapan pembukaan sekolah secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September selepas mengambil kira kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan sekolah.

Berita Baik Untuk Pelajar Tingkatan 5 Dan 6. Terkini Khairy Jamaluddin Dedahkan Pelajar Tingkatan 5 Dan 6 Akan Mula Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Bulan Julai ini.

Berita baik untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal mengambil peperiksaan bagi tahun ini! Menurut The Star, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima dos pertama vaksin bermula Julai ini.

Khairy berkata, pelajar tingkatan 5 dan 6 ini akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang mana suntikan tersebut akan dilaksanakan di sekolah. Kita kena bagi vaksin kepada mereka pada awal persekolahan. Bila menteri pendidikan buat keputusan untuk benarkan pelajar ke sekolah, kita akan beri suntikan kepada mereka bermula pertengahan Julai atau awal Ogos bergantung kepada kes harian. “Mereka pergi sekolah dan akan disuntik di sana,” katanya.

Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF) juga memutuskan semalam untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Perkara itu juga dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin yang berkata, ia susulan daripada menerima kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

Menurut Khairy lagi, data peperiksaan tahunan yang diterima daripada Menteri Pendidikan juga menunjukkan terdapat 357,000 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan yang berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya boleh kembali ke sekolah semula. Semoga adik-adik kita yang menduduki peperiksaan ini dapat kembali belajar seperti biasa di sekolah semula. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemberian vaksin kepada senarai pekerja ini akan tetap dijalankan sepanjang SPP. KJ tampil akan wujudkan fasa ini.

 Kuala Lumpur: Pemberian vaksin kepada pekerja sektor ekonomi yang sedang teruk yang beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mewujudkan fasa keempat iaitu kawalan wabak selepas melihat penularan kes pandemik Covid-19 dalam kalangan sektor industri.

“Memang wujud fasa keempat iaitu fasa kawalan wabak, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) membuat keputusan untuk memulakan pemberian vaksinasi kepada sektor ekonomi yang kritikal terutama bagi sektor yang perlu beroperasi sepanjang SPP.

Antara sektor terbabit adalah pembuatan, eksport, logistik, tenaga utiliti dan lain-lain. Sekarang ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang bekerjasama dengan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan dan agensi kerajaan lain untuk melaksanakan fasa keempat ini,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan anak syarikat Kementerian Kesihatan (KKM), Protecthealth Corporation Sdn Bhd untuk menguruskan pengendalian suntikan bagi fasa empat itu.

“Vaksinasi kepada sektor industri ini bagi mempercepatkan pelaksanaan PICK dalam industri,” katanya. Sementara itu, Khairy berkata, vaksinasi kepada petugas media seperti dijanjikan bermula pada hari ini di Putrajaya. Hari ini, 98 pengamal media daripada agensi media tempatan dan antarabangsa sudah mula menerima vaksinasi di Putrajaya. Pada masa akan datang, lebih ramai pengamal media seluruh negara akan dapat tarikh temu janji bagi vaksinasi,” katanya.

Menurutnya, CITF sedang mendapatkan senarai nama daripada Jabatan Penerangan untuk memastikan petugas media mendapat perlindungan daripada Covid-19 apabila terpaksa menjalankan tugas secara fizikal sewaktu SPP.

Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *