Seronok Berbual Dengan Penjual Pasar Siti Khadijah. Sekali Dia Speaking Terus Tergamam Warganet.

Amalan Kehidupan Pengetahuan

Dialek merupakan bahasa yang dituturkan oleh seseorang yang digunakan untuk berkomunikasi, tetapi menggunakan bahasa daerah atau negeri masing2. Itu merupakan dialek.

Sebut saja Kelantan, semua orang tahu akan loghatnya yang tersendiri. Sesungguhnya tutur kata yang dikeluarkan oleh orang-orang Kelantan, kadang-kadang diperli dan dijadikan jenaka. Kalau bercakap bahasa standard (bahasa inggeris), maka ada yang akan akan perli dan pasti akan ada suara-suara nakal yang berjenaka.

Negeri Kelantan terkenal dengan dialek Kelantan yang unik dan tak semua orang luar fasih menuturnya. Lain pula yang terjadi apabila seorang pengguna di aplikasi Tik Tok memuatnaik sebuah video iaitu seorang peniaga di pasar Siti Khadijah yang boleh bertutur bahasa Inggeris.

Peniaga tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Sue itu memjual pelbagai jenis barang2 termasuk jenis ubi iaitu ubi Keladi dan ubi itik dan termasuklah banyak lagi barang2 lain.Keunikan tersebut membuatkan pengguna Tik Tok yang dikenali dengan nama @wxkdonno telah memuatnaik video mak cik sue bertutur dengan bahasa inggeris.

Mungkin juga mak cik sue belajar bahasa inggeris kerana ramai pengunjung luar yang mengunjungi Pasar Siti Khadijah memanjangkan tempat tersebut adalah salah satu destinasi pelancong.

Walaupun unik tetapi usaha itu harus dipuji kerana itu boleh menjadi salah satu tarikan kepada orang luar untuk mengunjungi Pasar Siti Khadijah.

Banyak Perniagaan Yang Menggunakan Modal Yang Kecil Tapi Membawa Pulangan Yang Besar. Ini Antara Ideanya Dan Tips.

3 Perniagaan modal yang kecil tapi membawa pulangan yang besar sekiranya anda bijak menguruskannya.

Perniagaan sememangnya boleh memberikan pulangan yang sangat besar jika kena pada tempat dan gayanya dalam perniagaan terdapat 1001 jenis perniagaan yang mudah untuk dilakukan tetapi boleh memberikan keuntungan yang besar, berikut kami berikan 3 jenis perniagaan yang mampu berikan keuntungan yang besar walaupun dengan gunakan modal yang kecil.

Menjual Nasi Yang Sedap

Cuba anda lihat dikawasan-kawasan berdekatan rumah anda yang mempunyai penduduk yang ramai ataupun menjadi tempat laluan utama.  Sekiranya anda menjumpai tempat sebegini kami sarankan anda untuk menjual nasi bungkus yang sedap kepada mereka. Untuk menjual nasi bungkus yang bernilai rm4 sebanyak 150 bungkus bukanlah perkara yang sukar RM150 x 4 = RM600 dan keuntungan bagi perniagaan nasi selalunya 50% ini bermakna pendapatan bersih anda sehari rm300 x 30 hari = RM9000 sebulan Keuntungan bersih.

Berniaga Buah Potong

Antara Port terbaik untuk jual buah potong adalah tempat yang ramai pengunjung kanak-kanak, di luar masjid, ataupun taman-taman riadah. Keuntungannya untuk penjualan buah selalunya sekitar 40% – 50% andaikan anda menjual RM1/plastik dan sehari anda berjaya menjual 300 plastik ini bermakna sehari anda memperoleh keuntangan kasar RM300 dan keuntungan bersih RM150 x 30 hari = RM4500 sebulan keuntungan bersih.

Agent Jualan Produk

Ramai yang tidak tahu bahawa seorang agent jualan mampu memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan dan antara agent jualan yang mampu menjana pendapatan RM10,000 adalah agent jualan kereta,agent insurance,agent coway dan kalau anda berminat untuk menjadi salah seorang agent jualan coway anda boleh baca di laman webnya. Banyak lagi agent jualan yang mampu memberikan anda pulangan yang sangat lumayan termasuk menjadi agent farida atau agent jualan tudung neelofa.

Kesimpulannya kesemua jenis perniagaan ada cabaran yang harus ditempuhi dan bagi kami perkara utama untuk menentukan kejayaan perniagaan adalah lokasi jadi kami sarankan kepada anda sebelum memulakan sebarang perniagaan cuba anda teliti dan mengkaji lokasi yang ingin anda jalankan perniagaan jika mempunyai pontensi barulah anda mulakan perniagaan anda. Kami harap dengan post 3 Perniagaan modal kecil tapi untung besar ini mampu memberikan sedikit sebanyak idea untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri.

Bekas Pelajar Pintar Ini Dedah Kisah Kesusahan Yang Dia Alami Pada Zaman Sekolah Dulu. Kini Tak Sangka Dia Dikenali Sebagai Usahawan Terkenal.

Dahulu dan kini… Ahmad Shahir melalui pelbagai dugaan sebelum bergelar usahawan berjaya. Segelintir budak-budak sekarang relaks saja apabila mendapat keputusan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), susulan kisah Instafamous yang gagal dalam akademik.

Selain kisah yang tular itu juga, terdapat usahawan dan personaliti media sosial yang memperoleh keputusan gagal SPM, mahu menunjukkan bahawa sesiapapun masih boleh berjaya dalam hidup meskipun gagal dalam akademik. Enggan mempromosikan budaya gagal dalam pelajaran, seorang pemuda sebaliknya mempunyai pendirian yang berbeza dengan mempamerkan keputusan cemerlang dalam SPM.

Kecoh mengenai perkongsian foto salinan sijil SPM miliknya dengan keputusan 10A yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. Pendek kata semua keputusan peperiksaan pemuda ini dengan ‘straight A’, termasuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sijil SPM milik Ahmad Shahir dengan keputusan ‘straight A’.

Bukan orang kaya

Bukan mahu berlagak, namun anak kelahiran Marang, Terengganu ini mempunyai alasan tersendiri untuk berkongsi kisah kejayaannya kepada masyarakat. “Ala, bolehlah kau budak pandai. Keluarga kayalah tu. Ni sure lahir-lahir pandai. Kau dari dulu hebat, bolehlah,” demikian antara kata-kata yang diterimanya.

Siapa sangka, di kala kita enak menikmati ayam goreng makanan segera sehingga menjilat jari, usahawan ini sebenarnya pernah struggle untuk merasai keseronokan itu ketika zaman kanak-kanaknya. “Saya lahir daripada keluarga yang kalau nak makan ayam KFC tu, saya kena dapat markah tinggi, kena dapat nombor satu baru boleh dapat makan ayam goreng tu.

“Itu pun mungkin setahun sekali. Dulu keadaan keluarga saya, ayam goreng tu memang susah gila nak dapat,” ujar pengasas bersama Biscochiz, Ahmad Shahir Ismail sambil menjelaskan beliau bukan dilahirkan dalam keluarga berada. Bagaimanapun, anak kepada seorang guru wanita dan penjawat awam ini menjadikan pendidikan sebagai keutamaan dalam keluarga.

Pendek kata kalau tak score, habislah! Tidak minat belajar itu bukan perkara biasa, tetapi dididik sampai ada minat dan kesungguhan, itu yang luar biasa. “Kalau tak belajar, mak dan arwah ayah siap pegang rotan. Saya bukannya suka sangat belajar, tetapi ada benda memang kena paksa. Kalau boleh, saya nak main guli petang-petang, main (kereta) Tamiya dengan rakan-rakan,” ujar pemuda berusia 36 tahun itu.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, keinginannya untuk bermain permainan video seperti rakan-rakan lain, Playstation turut diduga sebaik melangkah ke sekolah menengah.

Member saya masa kecil dulu tu ramai ada Playstation 1, tapi saya tak ada. Setiap kali balik dari rumah member, mesti saya tanya dekat mak, kenapa Shahir tak boleh ada Playstation? Kenapa kawan Shahir, mak bapa dia belikan? Sampaikan mak saya pun naik angin, dia kata ‘stop pergi rumah kawan tu’. Dulu, saya ingat mak ayah jenis tak sayang saya, tak boleh nak bagi apa yang saya nak,” kata beliau.

Kenangan… Ahmad Shahir (bulatan merah) bersama guru dan rakan-rakan.

Kerja keras

Namun realitinya, Ahmad Shahir berkata, dibesarkan dalam keluarga sebegitu membuatkan segala-galanya perlu dibuktikan dengan usaha, kesungguhan dan kejayaan.

“Nak ayam goreng, nak mainan, kena belajar rajin-rajin. Saya kena usaha keras daripada kecil lagi untuk mendapatkan sesuatu. Nasihat itu tanda sayang mak dan arwah ayah. Saya tahu mak dan arwah saya bekerja keras nak sara saya dan adik-beradik. Saya pernah tengok mereka balik kerja penat, ada banyak kali stay up malam-malam nak dapatkan duit lebih. Daripada situlah saya nampak kena kerja keras. Mak dan ayah pernah pesan, Kalau nak berjaya, respek cikgu, dengar cakap cikgu, jangan nak melawan. Jadi, itu yang saya amalkan sejak kecil. Selalu duduk depan. Cikgu suruh buat homework, saya buat. Kena marah dengan cikgu? Saya diam je, sebab itu memang salah saya sebab tak ikut cakap cikgu. Saya bangga mak ayah didik saya macam tu,” kata beliau sambil menambah ibunya yang kini berusia 60 tahun.

Dek kerana didikan ibu bapa yang mementingkan pendidikan dan respek pada guru-guru yang mendidik sehingga mendapat ‘straight A’, Ahmad Shahir bersyukur dapat menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Vanderbilt di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dengan biasiswa penuh selama empat tahun sehingga 2006.

“Saya dulu bukan reti speaking, tapi saya berusaha untuk belajar. Saya tak nak mak ayah kecewa. Saya tahu mak dan arwah ayah tak mampu nak sponsor saya belajar di luar negara macam keluarga lain. Itu sebab saya berusaha bersungguh-sungguh. Dan bila saya dah tamat pengajian di Universiti Vanderbilt, saya terharu sampai menangis bila mak dan ayah sanggup datang ke AS untuk meriahkan majlis konvokesyen saya. Mereka sanggup menyimpan selama berbulan-bulan untuk tanggung perbelanjaan terbang ke AS. Bukan sahaja mendidik, mereka juga berusaha untuk capai apa yang dihajati dan ia dibuktikan dengan bersama saya di bumi Amerika!” kata beliau dengan nada teruja.

Isteri Ahmad Shahir, Wan Nurasyikin bersama produk keluaran Biscochiz.

Berpengalaman menjadi jurutera selama dua tahun. Ahmad Shahir nekad untuk mencuba nasib dalam pelbagai bidang jualan dan pemasaran sejak 2008. Pernah merasai kesusahan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, ternyata banyak mengajar beliau mengenai erti kehidupan yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *