Mempunyai pengawal peribadi dan harta RM1 Billion dalam bank akaun sendiri. Choupette Jadi Kucing terkaya dalam sejarah dunia.

Haiwan kucing OH HIBURAN selebriti

Biasa kita dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan

Mereka yang pernah membela kucing pasti tahu, kos yang diperlukan untuk menjaga haiwan comel ini bukanlah murah. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti makanan, pasir, barang mainan dan ubat-ubatan.

Boleh dikatakan, seseorang itu memerlukan sejumlah wang memandangkan kucing tidak boleh bekerja dan tidak memiliki duit. Namun, semua ini berbaloi dengan kecomelan dan kerenah haiwan ini yang mampu menghiburkan hati.

Choupette mungkin antara kucing yang terkaya yang mempunyai peniagaan dan akaun bank sendiri di planet ini.Choupette seekor kucing baka Birman yang diiktiraf sebagai kucing yang paling kaya di dunia meskipun ia tidak mampu untuk bercakap dan bekerja seperti manusia.

Kucing kaya ini merupakkan buah hati milik Karl Lagerfield, seorang pereka fesyen dan tunjang belakang jenama Chanel. Karl bertanggungjawab dalam mereka koleksi siap pakai buat jenama itu. Hubungan Karl dan Choupette begitu akrab, sehingga Karl menganggap mereka berdua sudah berkahwin.

Dilaporkan, Choupette dijaga dengan dua pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dan bermain dengan kucing berwarna putih ini. Jadi, agak sukar untuk mana-mana individu mendekati haiwan ini, apatah lagi cuba untuk membuat jahat.

Kehidupan yang dimiliki oleh Choupette juga mewah persis anak raja. Beliau juga sudah biasa dengan kehidupan mewah seperti naik pesawat peribadi, dimanjakan dengan beg-beg berjenama contoh LV yang direka khas untuknya serta makan kaviar san salmon salai dari restoran terbaik di paris. Kucing ini memiliki iPad sendiri.

Karl Lagerfield, pereka fesyen channel mewasiatkan dan meninggalkan harta bernilai $200 juta (RM 828.20 juta) kepada Choupette. Meskipun ditinggalkan dengan wang yang begitu banyak, Choupette turut memiliki wang sendiri hasil daripada kontrak menjadi model dan pengiklanan. Difahamkan, Choupette memiliki £3 juta (RM 17.3 juta) hasil daripada pekerjaan ini sahaja.

Buat anda yang mahu melihat perkembangan hidup Choupette, anda boleh mengikuti Instagram peribadi kucing ini di choupettesdiary.

Top 5 Jenis Kucing di Malaysia Paling Popular.

Malaysia adalah negara yang majorotinya adalah masyarakat beragama Islam, kebanyakan daripada mereka sangat meminati haiwan kucing yang berkaki empat ini.  Daripada kucing jalanan sehinggalah kepada kucing domestik. Asalkan kucing, pasti kita minat kan?

Kucing ataupun nama saintifiknya “Felis catus” adalah spesies domestik mamalia omnivor bersaiz kecil. Ia adalah satu-satunya spesis domestik dalam keluarga Felidae dan sering dirujuk sebagai kucing domestik untuk membezakannya daripada ahli keluarga liarnya yang lain. Jenis kucing ladang atau kucing liar agak kekok hubungannya dengan manusia. 

Berbeza pula dengan kucing domestik, ia amat dihargai dan disayangi manusia kerana ia seolah wujudnya persahabatan dan keupayaannya untuk memburu haiwan perosak seperti tikus. 

Hampir kira-kira 60 baka kucing terdapat di seluruh dunia. Namun tahukah anda, jenis kucing apakah yang paling popular di Malaysia? Jom lihat satu persatu jenis kucing yang sangat terkenal di Malaysia.

1.  Maine Coon.

Sebut sahaja ‘Maine Coon’ pasti ramai dalam kalangan kita yang mengenali jenis kucing yang bersaiz besar ini. Maine Coon merupakan kucing yang paling popular di dunia kerana kecomelannya dan saiznya yang agak besar, malah beratnya boleh mencecah sehingga 12 kilogram.

Mukanya mungkin kelihatan amat garang dan bengis, namun kucing jenis ini amat manja dan senang bergaul. Ciri-ciri jenis kucing ini adalah mempunyai bulu yang tebal dan amat panjang. Bulu di bahagian sekitar leher amat kembang dan menyerupai bulu leher singa.

Kucing ini gemar berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi ‘chip’ yang unik untuk memberitahu sesuatu ataupun meluahkan isi hatinya.Asal kucing ini adalah daripada Amerika Syarikat dan kini telah dibiakkan di Malaysia oleh para pencinta kucing. Jangka hayat mereka sekitar 13 tahun dan harganya sangat mahal mencecah puluhan ribu.

2.  Parsi / Persian

Kucing Parsi atau Persian adalah jenis kucing berbulu panjang yang dicirikan oleh wajah bulatnya dan muncungnya yang pendek. Ia juga dikenali sebagai ‘Persian Longhair’ di negara-negara barat. Di rantau Timur Tengah, mereka dikenali sebagai kucing ‘Shirazi’ manakala di Iran mereka dikenali sebagai kucing ‘Shiraz’.

Diiktiraf sebagai kucing mewah sejak abad ke-19, ia telah dibiak pertama oleh orang inggeris dan kemudiannya oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pembiakan selektif yang dijalankan oleh penternak telah menghasilkan dengan pelbagai jenis warna bulu. Namun kacukan yang ekstreme telah menyebabkan penciptaan jenis muka yang rata. 

Baka jenis kucing parsi yang bermuka rata ini mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan. Penyakit buah pinggang polikistik keturunan dan penyakit hati adalah lazim dalam baka ini. Pada tahun 2015, ia disenaraikan sebagai baka kedua yang paling popular di Amerika Syarikat mengikut Persatuan Cat Fanciers.

3. Munchkin

Kucing munchkin merupakan jenis kucing yang berkaki pendek dan melucukan. Ia sangat peramah dan manja. Kucing ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil kerana sesuai dijadikan teman, namun harganya juga agak mahal.

Fizikalnya yang berkaki pendek tidak menghalangnya untuk melakukan aktiviti seperti kucing lain. Namun begitu, kucing ini tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak kerana sistem sendinya tidak sekuat kucing lain. Jadi bagi anda yang inginkan kucing yang bersantai dan melucukan, Munchkin adalah pilihan yang tepat.

4.  Bengal.

Jika anda meminati jenis kucing yang eksotik yang tidak ganas dan berbahaya, Bengal mungkin pilihannya! Kucing ini juga dipelihara oleh usahawan kosmetik iaitu Dato’ Aliff Syukri. Harganya pula mencecah RM30 ribu.

Kucing ini di ‘cross-breed’ atau kacukan bersilang diantara kucing domestik dan kucing Leopard Asia. Apa yang menarik tentang kucing ini adalah corak bulunya persis harimau bintang. Kucing ini amat aktif, lasak dan memerlukan perhatian yang banyak. 

Jika anda sentiasa sibuk dengan kerja seharian, kucing ini tidak sesuai untuk dipelihara oleh anda kerana ia perlu diberi perhatian. Kucing ini mempunyai jangka hayat sehingga 16 tahun dan berasal daripada Amerika Syarikat. Beratnya pula boleh mencecah sehingga 15 paun.

5. Kucing Biasa / Kucing Kampung.

Jenis kucing ini pasti dimiliki oleh semua pencinta kucing di Malaysia. Untuk mendapatkannya pula amat senang dan harganya tidak mahal. Cara penjagaannya amat mudah dan pemakanan mereka pun tidak memerlukan makanan yang mahal.

Kucing kampung biasanya amat aktif dan lasak. Mereka juga mahir memburu tikus dan haiwan berbisa. Jangan terkejut ya jika mereka membawa pulang buah tangan bangkai buruan mereka kepada anda, itu tandanya mereka menyayangi anda.

sumber: Bidadari.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *