Kalau salah polis laju saja orang viral. Ramai yang sebak melihat kesan penggunaan penutup muka di muka polis ini.

Covid 19 KESIHATAN

Pandemik COVID-19 ancaman terbesar manusia dengan kadar mortaliti tinggi. Kini, masalah COVID-19 begitu kritikal sehingga Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pengisytiharan darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak itu di Malaysia.

Petugas barisan hadapan paling banyak berurusan dengan orang ramai semasa pandemik dan ternyata COVID-19 memberi kesan kepada masalah kesihatan mental seperti stres, selain kebimbangan dan kemurungan.

Di saat kita berhadapan dengan virus covid 19 yang makin hari makin teruk ini, pasukan barisan hadapan merupakan pasukan yang paling banyak berkorban. Antaranya ialah polis, doktor, jururawat dan banyak lagi hero yang tidak didendangkan. Pasukan barisan hadapan berjuang siang dan malam untuk memastikan kita semua selamat dan selesa bersama keluarga masing-masing sedangkan mereka bertungkus lumus sepanjang hari.

Satu perkongsian video telah dimuatnaik oleh pengguna media tiktok yang jelas memaparkan keletihan dan dapat dilihat di wajah salah seorang pasukan barisan hadapan iaitu seorang polis yang siap ada kesan penggunaan penutup muka yang berpanjangan pada wajahnya itu jelas menunjukkan bahawa beliau berkerja keras.

Wajah yang letih dan tidak bermaya itu membuatkan ramai warganet yang meluahkan rasa sedih dan berbangga kerana negara kita ini ramai yang sanggup berjuang siang malam untuk melawan virus cov1d 19 ini.

Hasil perkongsian tersebut mendapat beribu tontonan dan komen daripada warganet yang masing-masing memuji usaha tersebut. Semoga hasil usaha kita semua ini berbuah dan berhasil untuk menurunkan jangkitan yang hari demi hari semakin menaik walaupun jangkitan tersebut tidaklah pada tahap yang membimbangkan.

Dah Lewat Malam Pun Masih Lagi Semangat Bekerja. Warganet Terhibur Lihat Gelagat Frontliner Hilangkan Tekanannya.

Menjadi frontliner bukanlah perkara yang mudah. Mereka terpaksa tinggalkan kehidupan mereka demi menjaga pesakit-pesakit bagi pekerja penjagaan kesihatan. Ada yang terpaksa memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang panas untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti Covid. Bukan semua orang mampu jadi frontliner. Tapi lain pula dengan cerita kalini. Dalam kepayahan yang dihadapi oleh mereka, ada juga pekerja garis hadapan yang gembira dengan kerjanya. Siap menari-nari lagi ye.

“Seronok betul tengok dia orang ni”

Semalam, dalam perkongsian @Rafi.Aimann, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya.  Dalam video tersebut, Rafi menunjukkan enam orang rakan frontliner nya sedang menari mengikut rentak lagu Tiktok. Mereka merupakan pekerja barisan hadapan yang ditugaskan di Pusat Belia Antarabangsa Cheras. Walaupun mereka bekerja hingga lewat malam tapi mereka masih kelihatan bersemangat. Aksi yang ditunjukkan dalam video tersebut buat warganet yang menontonnya geli hati. Ada yang panjat tong sampah dan ada juga yang menari sambil angkat tong sampah. Min pun terhibur tengok. Haha.

“Ramainya bagi support

Rata-rata warganet yang menonton video yang mendapat lebih daripada setengah juta tontonan ini memberi kata-kata semangat kepada mereka. Ada yang mengucapkan terima kasih kerana membantu dalam menangani kes Covid di Malaysia. Thank you frontliner! Min tertarik untuk berkongsi beberapa komen daripada warganet tentang video ini.

Meskipun kerja yang dilakukan mereka agak mencabar, namun ianya mengajar mereka erti peng0rbanan. Warganet berharap agar ramai lagi anak muda yang turut serta dalam aktiviti sukarelawan dengan niat yang baik. Jangan mengalah, kami sentiasa ada di belakang. Fighting! Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pesakit COVID19 Dan Frontliner Selamba Berzumba. Warganet Terhibur Dengan Perkongsian Yang Dibuat.

Seperti yang sedia maklum, bilangan kes Covid-19 di Malaysia masih bertambah saban hari. Usaha kerajaan untuk mengasingkan mereka yang terkena Covid-19 adalah dengan menempatkan mereka di hospital kerajaan atau di dewan yang besar seperti MAEPS, Serdang, Selangor.

Walaupun dalam kuarantin, pesakit Covid-19 di MAEPS Serdang masih boleh menghiburkan hati mereka dengan usaha dari barisan frontliner. Korang boleh tengok dorang berzumba dalam video @abampareh kat bawah ni. Ceria betul!Amboi, bukan main enjoy semua ye. Dah macam kem jati diri zaman sekolah dulu admin tengok. Harap semua pesakit cepat sembuh dan frontliner diberikan kekuatan untuk bekerja ye.

Betul, kita patut ucapakan terima kasih kepada forntliner yang tak berhenti-henti bekerja bagi mengekang wabak ini. Sempat lagi tu nak bersenam dengan pesakit. Memang terbaik lah!Itulah yang admin cakapt tadi. Macam kem zaman sekolah dulu. Masing-masing enjoy dan dapat kawan baru.Extra effort macam ni bagus sebab kita kena kekal positif dengan enjoy. Kalau menyendiri takut jadi sakit lain pulak. Biar Covid je negatif, mntal kekal positif. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *