Ikan dijual dengan harga 20 sen. Habis dijual dalam 1 jam.

Amalan berita Kehidupan

KUANTAN, Dalam masa kira-kira sejam, 165 kilogram ikan selayang segar berharga 20 sen seekor habis dijual pada program jualan amal, di sini, semalam.

Program jualan amal itu dikhususkan untuk golongan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dapur Infaq Ummah.

Setiausahanya, Zahir Shah Zahid berkata, ikan selayang yang dibekalkan nelayan tempatan dan satu keluarga hanya boleh membeli sekilogram dengan harga RM5 sahaja.

Tambahnya, sebelum ini pihaknya pernah menjual ayam segar pada harga RM5 seekor untuk setiap keluarga.

“Kalau kita lihat kebanyakan yang datang pada hari ini semua daripada penerima bakul makanan Dapur Infaq Ummah Kuantan.

“Jadi matlamat kita adalah membantu meringankan beban golongan memerlukan itu tercapai apabila lebih 100 keluarga mendapat manfaat daripada program jualan ini,” katanya.

Badrul Jamili berkata, bekalan ikan diperoleh daripada pemborong di Pasar Borong Kuantan dengan harga berpatutan.

“Kita tidak penting keuntungan, sebaliknya mahu memastikan golongan memerlukan tidak kelaparan,” katanya.

Sementara itu, pembeli, Syahrul Hazwan Irdin, 45, berkata, aktiviti jualan amal sebegini banyak membantu golongan terkesan seperti dirinya.

“Terima kasih kepada NGO Dapur Infaq Ummah kerana membantu kami yang terjejas dari segi pendapatan mendapatkan bekalan barangan basah pada harga murah.

“Saya harap program sebegini dapat diteruskan sepanjang PKP,” katanya.

SUMBER: MalaysiaGazette.

Wanita Ini Kongsi Detik Pahit Apabila Dirinya Hampir Kehabisan Wang Sampai Boleh Terfikir Untuk Lakukan Perkara Ini. Ianya Berlaku Hanya Kerana Terlalu Obses Mahu Beli Sesuatu Ini.

Mira tertekan gara-gara dia hampir muflis selepas tersilap percaturan kerana membeli rumah tanpa berfikir panjang. Siapa sahaja yang tidak mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri?

Tambahan pula apabila melihat pencapaian sesetengah individu yang mampu membeli kediaman pada usia yang muda, sudah pastinya ia menyuntik rasa kagum dan perasaan makin berkobar-kobar untuk mengecapi perkara yang sama.

Namun membeli kediaman bukanlah semudah yang disangka, jika tersalah percaturan, silap haribulan diri sendiri yang merana. Begitulah juga kisah wanita ini yang hampir sahaja muflis kerana keputusan dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa perancangan betul.

Lebih parah, wanita ini juga terlintas mahu menamatkan riwayat sendiri kerana terlalu buntu. Hanya mahu dikenali sebagai Mira, wanita ini berkata pengalaman pahit itu berlaku kira-kira empat tahun lalu ketika dia membeli kediaman pertama pada usia 24 tahun.

Mira berkongsi pengalamannya di Twitter untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.

“Ia adalah kediaman jenis apartment kos rendah. Ketika saya buat keputusan untuk beli, saya fikir cukup sekadar kita ada wang untuk membiayai wang muka (down payment) sebanyak 10 peratus. Waktu itu saya bekerja dan dapat buat sales sehingga empat hingga lima digit sebulan. Dalam masa sama, saya ada bisnes sendiri juga, jadi cukuplah untuk down payment. 4euio2[\Tanpa saya sangka, rupa-rupanya banyak lagi caj dan bayaran yang diperlukan selepas itu. Kos yang perlu dikeluarkan sangat banyak untuk bayaran-bayaran ini semua. Ditambah pula dengan title strata, proses sangat lama. Bayangkan, duit banyak dah keluar tapi hal rumah masih tak settle,” ceritanya.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, lebih memburukkan keadaan, bisnes yang diusahakannya sedikit merosot dan dalam masa yang sama kontrak kerjanya tamat.

“Saya naif juga masa tu… iyalah muda lagi. Cadang beli rumah tu untuk investment sebab saya tinggal dengan ibu bapa. Tapi cara saya salah, ditambah tak ada ilmu, tak buat research, pengurusan kewangan tak pandai, shopaholic. Masa tu saya rasa betul-betul tak mampu dengan keadaan kewangan yang makin teruk. Duit makin tak ada, mana nak ‘cekau’ untuk bayar loan lagi.

Kalau lakukan sesuatu pada diri, saya hanya susahkan ibu bapa nak tanggung hutang. Kata-kata tu yang buat saya sedar.

“Saya keluar dari rumah selama dua hari untuk mencari ketenangan. Memang masa tu saya terlintas nak lakukan sesuatu pada diri sebab terlalu buntu. Mak saya tahu saya keluar, dia nasihatkan supaya jaga diri dan jangan buat benda bodoh. Saya ingat kata-kata peguam saya, kalau nak buat sesuatu, tolong fikir orang lain juga. Kalau lakukan sesuatu pada diri, saya hanya susahkan ibu bapa nak tanggung hutang. Kata-kata tu yang buat saya sedar,” ujarnya yang kini pekerja di sektor swasta dan turut mempunyai bisnes sendiri. Bercerita lebih lanjut, Mira berkata pengalaman tersebut menjadi pengajaran paling berharga di dalam hidupnya.

Sebelum membeli rumah, seseorang dinasihatkan untuk mengambil tahu serba sedikit ilmu hartanah. Gambar hiasan. Foto: The Star

“Akhirnya saya lepaskan semua. Saya terima hakikat kesan akibat keputusan tersebut. Ia adalah pengalaman yang sangat berharga dalam hidup. Alhamdulillah, sekarang saya dah okay. Saya sekadar buat perkongsian di Twitter untuk share pengalaman. Ada impian untuk beli rumah, tapi saya nak selesaikan dulu komitmen lain, buat perancangan yang betul dan pastikan kewangan stabil. Pengajaran daripada kisah saya ni, tak perlulah rushing dalam bab beli rumah. Ia keputusan yan besar, jadi dapatkan ilmu dan rujuk pada pihak yang ada pengalaman. Periksa juga status kewangan sendiri. Ingat, tak semestinya ada duit bermakna kita mampu beli rumah. Dan tak semestinya ada rumah pada usia muda itu satu pencapaian… sebaliknya ia adalah komitmen,” ujarnya lagi.

Tular Dermawan Ini Sanggup Keluarkan Duitnya Sendiri Hanya Untuk Laksanakan Food Bank. Sekali Warganet Terkejut Dengan Umurnya.

PORT DICKSON, 4 Feb (Bernama) — Prihatin dengan nasib keluarga susah, seorang pemuda mengambil inisiatif mewvjudkan ‘Food Bank’ sendiri menggunakan duit poketnya bagi membolehkan mereka yang memerlukan tidak kelaparan. Anak kelahiran Port Dickson, R. Praviin, 20, berkata pr0jek berkenaan telah dimulakannya sejak empat tahun lepas ketika masih menvntut di tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini.

‘Dermawan muda’ itu berkata semuanya bermula apabila beliau terkesan dengan nasib rakan sekolah yang datang daripada keluarga susah dan sejak itu dengan bantuan guru, beliau mula membantu menyumbangkan makanan asas seperti beras, gula, tepung, susu dan minyak masak dari rumah ke rumah. Ketika zaman persekolahan, saya dibekalkan oleh ayah belanja sekolah sebanyak RM20 seminggu dan daripada jumlah itu, saya menyimpan sebanyak RM13 bagi tujuan menderma dan berjaya mengumpul sekitar RM100 hingga RM200 sebulan. Ketika itu, saya hanya mampu membantu 10 keluarga susah yang terpilih di daerah ini. Bagi menambah dana, saya juga ada buat kerja sampingan seperti mencuci kereta. Saya tidak mampu membantu dalam skala yang besar, jadi saya buat sekadar mampu dengan misi tidak mahu ada yang berlapar di Port Dickson,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat pada masa akan datang, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata setakat ini dua ‘Food Bank’ telah berjaya diwvjudkannya iaitu di Batu 9, Teluk Kemang dan di Taman Mewah, Jalan Pantai, di sini.

“Saya memang suka membantu orang ramai…saya nak bantu dari segi pendidikan, makanan dan m!si saya nak jadikan Port Dickson satu daripada daerah sifar lapar,” katanya dan menambah inisiatifnya itu turut disokong keluarga.

Praviin yang kini bekerja di kedai membaiki penyaman udara milik bapanya yang terletak di Batu 9 Teluk Kemang di sini turut mengalu-alukan sumbangan pihak lain bagi membantu mereka yang susah. Beliau yang kini menerima upah sebanyak RM1,000 sebulan telah memperuntukkan sebanyak RM400 bagi keperluan ‘Food Bank’ yang dilaksanakannya.

“Setakat ini inisiatif yang saya lakukan mendapat maklum balas positif daripada masyarakat setempat dan mereka yang memerlukan. Saya juga mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak yang ingin tampil menghulurkan bantuan, boleh menghubungi melalui talian 017-3234033,” katanya. Sumber: BERNAMA

Lepas Pinjam RM20 Minta Pula Bantuan Lain. Aktivis Ini Mohon Maaf Dan Cerita Punca Dia Terpaksa Tolak Beri Bantuan

Baru baru ini,aktivis masyarakat Syed Azmi ALhabshi kongsi pengalaman beliau dihubungi seorang ibu yang merupakan antara penerima bantuan beberapa kali dari pertubuhan yang diasaskan beliau sebelum ini,”Assalam Encik Azmi…. Saya tak pasti saya bodh ikut kehendak anak atau memang ibu-ibu akan rasa macam saya rasa. Ni anak yang paling kecil enam tahun.”Malam ni merajuk, tak nak makan tak nak (minum) susu. Tidur dalam keadaan perut kosong. Sambil menangis, tertidur,” kata Syed Azmi mengimbas semula mesej berkenaan, yang dikongsikannya di laman Facebook beliau.

Ia bermula selepas si anak mengikut bapanya pergi menghantar mesin tebng pokok dan terdapat sebuah khemah permainan berwarna merah jambu di luar rumah.Syed Azmi berkata, si ibu memaklumkan bahawa khemah tersebut begitu dihajati oleh anaknya itu dan pernah dijanjikan oleh suaminya untuk membelinya.

Dah lama sangat dia nak, dari umur empat tahun. Masa tu ayah dia janji tunggu ada duit ayah beli. Lepas tu senyap, ingatkan dia lupa.”Hari ni meraung-raung tuntut janji. Tak tahu nak pujuk dah. Dia duk ulang-ulang dari dulu suruh beli tapi ayah ibu tak beli-beli sampai tahap kena marah. Last-last merajuk.

Bukan tak pernah ada duit, tapi kami dahulukan mana yang penting. Bagi kami ni sekadar mainan je. Tapi bila dia tertidur dalam air mata, perut kosong…. terkilan juga,” ujar Syed Azmi memetik kata-kata wanita itu.Untuk pengetahuan, Syed Azmi yang merupakan pengasas badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Untuk Anak Kita (Puak Payong) berkata, wanita berusia 36 tahun itu merupakan ibu kepada empat anak dan juga suri rumah.

Beliau berkata, wanita itu mahu meminjam sebanyak RM20 untuk membeli khemah permainan untuk anak bongsunya itu.Sehari sebelumnya, Syed Azmi telah memberi bantuan kepada wanita itu lebih RM300 untuk keperluan barang dapur, bil elektrik, makanan untuk sekeluarga termasuk tayar motosikal.

Antara mesej wanita itu kepada Syed Azmi. foto facebook Syed Azmi.Tambah beliau, kelengkapan persekolahan anak-anak wanita itu juga telah diselesaikannya dan sebanyak RM1,000 disalurkan kepada keluarga tersebut pada Disember lalu.”Minta duit buat cermin mata, bila saya dah bagi kata dah buat dah lepas tu minta duit lebih pakai baiki motor, saya kata okay. Ni nak minta pinjam,” katanya.

Bersikap tegas, Syed Azmi memberi jawapan tidak untuk meminjam wang kepada wanita wanita itu.”Saya rasa janji mak ayah pada anak memang kena mak ayah kotakan sendiri, ini jawapan saya. Bukan nak buatkan saya rasa bersalah. Jangan janji pada anak, mereka takkan lupa,” ujarnya.

Bercakap mengenai semua kes yang dikendalikan, Syed Azmi mahu penerima bantuan belajar untuk mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri mereka.”Kalau kita berikan, dia akan nampak peluang untuk sentiasa minta, minta, minta dan sentiasa tunjuk pada anak nak itu ini. Dan dia akan rasa senang jaja kisah sedih dan dapat.

“Sampai bila dia belajar nak bertanggungjawab? Dalam kes ini janji dia pada anak. Kalau senang dapat, kita tak nak jadikan mereka penagih bantuan.”Maaf, saya tak setuju. Dia kena berusaha dulu. Paling kurang tunjukkan usaha dulu. Tak boleh nak cepat dapat. Itu tak boleh. Jangan biasakan,” katanya.

Walaupun mengasihani anak wanita itu, Syed Azmi tetap dengan pendiriannya yang mahu membimbing keluarga dalam kalangan penerima bantuan.”Saya sarankan si ibu untuk minta anak buat kerja rumah dan bagi hadiah (khemah mainan) sebagai upah. Tapi dia senyap saja (tidak memberikan respons).

“Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu. Jangan manjakan anak… usaha tu penting, jika ada usaha sedikit pun, pasti saya bagi.”Manjakan anak ini kena bertempat, tak nak jadi Anakku Sazali. Kita kena bimbing. Biarpun tegas dan dia bukan seorang dalam bab macam ni. Harap jadi pedoman. Maafkan saya apa-apa pun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *