Seru kaum muda untuk jauhi segala budaya asing. Kini Budaya K pop dilarang di Korea Utara.

Dunia Hiburan ISU SEMASA OH POLITIK

Siapa yang tidak kenal dengan negara korea utara? Salah satu negara yang terkenal akan kebijakannya yang terbilang ‘kejam’ dibandingkan dengan negara lain ini memang selalu menarik perhatian.

Korea Utara merupakan negara yang terletak di Asia Timur, yang memiliki ibu kota bernama Pyongyang dan berseberangan dengan Korea Selatan. Negara ini memang terkenal memiliki peraturan yang pelik dan berbeda jauh dengan negara lainnya.

Korea Utara baru-baru ini memperkenalkan undang-undang baru untuk membasmi segala jenis pengaruh asing. Negara yang dipimpin Kim Jong Un ini akan menghukum dengan keras siapa saja yang mengonsumsi atau memakai film, pakaian, dan “bahasa gaul” asing.

Surat khabar milik pemerintah Korea Utara (Korut), Rodong Sinmun, memberi peringatan kepada generasi muda tentang bahaya mengikuti budaya pop Korea Selatan (Korsel). Media Korea Utara menyiarkan amaran kerajaan kepada generasi muda supaya tidak menggunakan bahasa slanga dari Korea Selatan yang terkenal dengan K-pop dan menyuruh mereka bertutur dalam bahasa standard Korea Utara.

BBC melaporkan, amaran juga diberikan kepada mereka agar tidak menggunakan gaya, gaya rambut dan muzik Korea Selatan. Mereka yang didapati melanggar undang-undang boleh menghadapi hukuman penjara atau bahkan hukuman gantung.Akhbar Rodong Sinmun memberi amaran kepada golongan milenial mengenai bahaya mengikuti budaya pop Korea Selatan.

“Penembusan ideologi dan budaya mereka lebih berbahaya daripada musuh yang memegang senjata,” menurut artikel berkenaan.

Ia menekankan bahawa bahasa Korea berdasarkan dialek Pyongyang lebih unggul, dan bahawa orang muda harus menggunakannya dengan betul.

Korea Utara baru-baru ini berusaha untuk membasmi bahasa slanga Korea Selatan, misalnya seorang wanita memanggil suaminya ‘oppa’ – yang bermaksud ‘abang’ tetapi sering digunakan untuk merujuk kepada teman lelaki. Pengaruh asing dipandang sebagai ancaman terhadap rejim komunis Korea Utara, dan pegangan tertinggi Pemimpin Tertinggi, Kim Jong-un.

Beliau baru-baru ini melabel K-pop sebagai ‘keganasan yang membarah’ yang merosakkan pemuda Korea Utara, menurut New York Times. Sesiapa yang ditangkap dengan sejumlah media atau pengaruh dari Korea Selatan, Amerika Syarikat atau Jepun kini akan dikenakan hukuman gantung . Mereka yang tertangkap akan dipenjara selama 15 tahun.

sumber: Utusan Malaysia.

Peminat Kpop Kongsi Journey Ambil Suntikan Vaksin. Sekali Ini Pula Yang Warganet Minta Padanya.

Gempak ! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video kisah perjalanan seorang pemuda yang teruja untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19. Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny’s Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pesakit Covid-19 menjadi perhatian warganet.

“Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak,” komen seorang warganet berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok. “Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) vaksin.” “Nak pergi (ambil) vaksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem.” antara komen-komen warganet lain.

Zani selepas discaj dari PKRC di Maeps, Serdang.

Pemuda berkenaan, Muhammad Izzani Islahuddin memberitahu, dia merupakan bekas pesakit Covid-19 selepas dijangkiti virus itu tanpa gejala pada 1 Februari lalu. Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, Selangor selepas mengalami gejala ketika hari ketujuh menjalani kuarantin di rumah.

“Setelah tiga bulan dijangkiti Covid-19, saya berpeluang untuk menerima suntikan vaksin. Saya tahu pesakit Covid-19 yang telah pulih mempunyai risiko untuk dijangkiti semula. Vaksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Zany pada mulanya berasa sedih apabila dijangkiti Covid-19.

Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jangkitan itu di tempat kerja. “Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian.

Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin

“Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dugaan yang menimpa saya,” ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan suntikan vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu.

Zany (kiri) bergambar kenangan bersama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin di PWTC.

Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pada 2 Jun. “Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima suntikan vaksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video.

“Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin,” katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu. Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Zany mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video ‘survivor’ sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih Covid-19. “Patutnya nak buat selepas ‘survive’ dijangkiti Covid-19. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang. Bila tiba janji temu untuk ambil vaksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pesakit Covid-19 kepada penerima suntikan vaksin Covid-19. Tak sangka video ‘journey’ saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop,” katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *