Tempat Penyimpanan Emas Terbesar Di Dunia Ada Di Malaysia.Tak Siapa Sangka Ini Lokasi Sebenarnya.

Amalan Dunia Kehidupan OH WANITA

Perhiasan emas secara tradisinya milik aksesori yang disukai oleh wanita. cincin berkilat dengan batu permata, rantai dengan loket cantik dan gelang adalah berbeza untuk menekankan keindahan alam semula jadi dan menunjukkan semua harta.

Emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia. Pada zaman dahulu pemakaian barang perhiasan emas adalah suatu kemestian bagi wanita sebagai simbol kecantikan serta kekayaan kerana nilainya yang berharga dan boleh diwarisi. 

Kini pemakaian barang perhiasan emas yang berlebihan tidak sesuai kerana faktor keselamatan disebabkan kadar jenayah yang tinggi. Emas kini digunakan sebagai pelaburan, pelindung harta dan pengelak kebocoran wang. Sifat emas yang unik seperti sentiasa berharga, dikenali dan laku seluruh dunia, kalis inflasi, tidak dapat dibinasa walau terbakar atau bencana alam menjadikan emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang unggul.

Emas juga merupakan aset yang paling popular dan dikenali juga sebagai aset pelaburan. Kebanyakan para pelabur akan membeli emas dan menjadikannya sebagai pelindung terhadap apa-apa krisis dan kemerosotan ekonomi. Emas memang tidak pernah lapuk. Malah sejak beratus-ratus tahun nilainya bukan semakin susut tetapi semakin bernilai. Sangat menguntungkan bagi sesiapa yang suka menyimpan emas ini. Lebih-lebih lagi yang menyimpan emas lama.

Berkenaan dengan emas ini. Tahukah anda di mana tempat penyimpanan emas terbesar di dunia? Adakah bilik kebal tempat penyimpanan aset bernilai di dunia ini ada di Malaysia? Jawapannya adalah tidak. Mana mungkin Malaysia dijadikan tempat untuk menyimpan kira-kira 497,000 jokong emas.

Tempat penyimpanan emas yang terbesar di dunia adalah di New York. Tempat yang dikenali dengan nama New York Federal Reserve itu digunakan untuk menyimpan emas dari pelbagai negara. Bilik kebal yang dimuatkan dengan emas itu berada kira-kira 24 meter di bawah tanah.

Pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sana selepas Perang Dunia Kedua. Pemegang akaun yang meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan khas. Bilik kebal ini juga menyimpan kira-kira 497,000 jokong emas dan memiliki hampir 122 tempat bagi meletakkan emas.

Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai 260 billion dolar atau bersamaan 1.1 Trillion ringit (RM1,134,510,000,000.00). Antara pemegang akuan penyimpanan emas yang terbanyak ialah IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia.

Apa yang lebih menarik lagi adalah pekerja di sana perlu memakai kasut keselamatan yang mempunyai besi kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram. Disebabkan beratnya yang sedemikian rupa ia boleh menyebabkan kaki petugas di sana cedera teruk atau patah.

Bilik kebal yang memiliki bertrillion emas ini dilindungi beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Walaupun bilik kebal ini berada 24 meter di bawah tanah namun ia mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang yang terperangkap di dalam bilik tersebut.

SUMBER RUJUKAN : DAILYRAKYAT

9 SEBAB PERLU SIMPAN EMAS:

  • Emas kali inflasi: Kira-kira 1400 tahun dahulu di zaman Nabi Muhammad SAW, harga 1 dinar boleh membeli seekor kambing. Zaman sekarang 1 dinar masih boleh beli seekor kambing yang harganya sekitar RM670 – RM750.
  • Membeli emas dapat elak kebocoran wang: Wang kertas sangat mudah dibelanjakan berbanding emas. Apabila kita tukar wang kertas kepada emas dapat mengekang sifat boros.
  • Menyimpan emas menanam sikap suka menabung: Apabila sudah mula simpan emas kita akan sentiasa mahu menambah jumlah emas simpanan kita.
  • Simpan emas tidak menjadikan kita miskin: Orang kata simpan emas ini adalah orang kaya. Anda tidak perlu tunggu kaya baru nak simpan emas kerana emas boleh dibeli serendah 1gram. Beli emas tidak menjadi anda miskin.
  • Jangan biarkan kekayaan kita dirompak: Kita merasakan dengan duit kertas didalam bank menjadikan kita kaya tetapi sebenarnya kekayaan kita dirompak secara senyap. Kalau kita simpan emas sudah pasti nilainya akan meningkat saban tahun berbanding duit semakin susut nilainya.
  • Emas boleh dijadikan modal pusingan: Anda boleh pajak emas di ArRahu untuk mendapatkan pinjaman pusingan modal perniagaan. Pinjaman anda mematuhi syarak. Apabila perniagaan anda menguntungkan boleh tebus semula emas yang dipajak. Anda dapat balik emas anda tanpa berkurang beratnya.
  • Emas tiada luput tarikh: Kelebihan simpan emas anda tidak perlu bimbang luput tarikh dan nilai semakin negatif. Nilai emas akan meningkat seiring dengan tahun.
  • Emas adalah simpanan untuk dilupakan: Berbanding duit simpan didalam bank gatal tangan untuk dibelanjakan berbanding emas fizikal rasa sayang untuk dibelanjakan. Kalau beli hari ini jual esok sekali pun anda akan rugi. Tujuan beli emas adalah untuk simpan. Beli banyak ketika murah dan jual ketika harga naik.
  • Emas adalah asset pelaburan: Anda boleh mula dengan kos rendah simpan emas serendah 1gram dan ditambah dari semasa ke semasa. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi.

4 SEBAB KENAPA WANITA SUKA PERHIASAN EMAS.

Dari kesemua logam di dalam dunia ini, emas mempunyai 4 karektor unik yang menjadi kegilaan manusia khususnya kepada golongan hawa, dan kenapa wanita suka akan logam tersebut

1 .Kilauan

Emas mempunyai kilauan yang menjadi daya tarik. Lumrah wanita ingin rasa dihargai, jadi dengan berhias dengan emas, semulajadi lelaki akan lebih terpesona.

2.Permintaan Tinggi

Sedia maklum, emas di dunia mempunyai bekalan terhad. Jadi, sedikit sebanyak harga emas perhiasan juga dipengaruhi dengan pasaran supply-demand. Jadi, wanita yang memiliki barang kemas umpama ada prestij atau kedudukan tinggi melambangkan status mereka (memiliki emas)

3.Daya Tahan

Sifat emas yang tidak berkarat dan tahan lama membuatkan logam ini sesuai dijadikan perhiasan “everlasting”. Jika sudah bosan pun dengan design lama, barang kemas ini boleh saja dijual semula untuk membeli emas perhiasan yang baru.

4 .Ada Harga

Emas ada harga. Generasi lama kita membeli barang kemas untuk dijadikan simpanan kecemasan jangka lama. Jika dalam keadaan sesak, barang kemas ini boleh dijual atau digadai untuk mendapatkan duit. Emas pakai juga boleh diturunkan kepada anak², sebagai aset masa depan.

Walaupun sudah banyak dalam pasaran emas berbentuk jongkong dan syiling, emas perhiasan masih ada peminatnya khusunya daripada kaum wanita. Ini kerana, kebanyakkan berpendapat “Sambil melaram, Sambil melabur”.

5 Tips Cara Pemakaian Barang Kemas Oleh Rozita Che Wan.

Apabila bercerita tentang barang kemas semestinya emas menjadi pilihan kegemaran kaum Hawa. Setiap reka bentuk terperinci memainkan peranan bila ingin mengenakan dengan busana yang diingini. Semestinya setiap kaum Hawa ingin menonjol bila tiba
masanya hari atau majlis khas.

Antara koleksi barang kemas yang menjadi pilihan kaum Hawa ialah koleksi Oro Italia 916 dari Habib yang menggunakan teknologi terkini dari Itali.

Koleksi yang digemari ramai ini menjadi buah mulut orang ramai sewaktu mereka melihat artis kegemaran tanah air mereka, Rozita Che Wan memperagakan rantai, gelang dan cincin Oro Italia 916 dengan penuh gah dan anggun.

Antara tips-tips pemakaian emas yang dicadangkan oleh Rozita Che Wan:

1. Rantai labuh sangat sesuai untuk mereka yang memakai hijab
2. Cincin yang kecil boleh ditindihkan bersama cincin lain untuk tampakkan gaya
3. Gelang turut boleh ditindihkan bersama gelang lain mengikut kesesuaian warna
4. Anting-anting candelier sesuai untuk mereka yang berhijab
5. Cincin yang mempunyai reka bentuk yang besar sesuai dipakai di jari tengah.

SUMBER: MURAI.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *