Dikritik memalukan negeri Terengganu. Gadis ini tekad ingin jadi jutawan Terengganu.

Hiburan Kehidupan Keluarga Viral

NIAT di hati mahu berniaga, namun video-video yang dikongsi gadis ini meraih reaksi bercampur-baur dalam kalangan warganet. Ada yang seronok menonton aksi bersahaja gadis ini bersama rakan-rakannya, malah ada juga yang meninggalkan kritikkan sehingga dia dianggap memalukan negeri Terengganu.

Siti Sofia Mahyuddin, 23, mengakui dia dihujani pelbagai komen sejak videonya tular menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.Jelasnya, dia tiada niat lain selain mahu menonjolkan diri sekali gus dapat membantu dirinya yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes.

“Kawan-kawan dalam video merupakan anak team saya. Kami berniaga produk kecantikan. Kami cuma nak buat video untuk promosi produk yang kami jual.

“Biasanya kami akan berbincang, plan skrip dan akan rakam video di kawasan rumah. Kami sanggup berpanas sehingga berpeluh untuk buat video.

“Kadang-kadang kena rakam banyak kali sehingga dapat hasil yang sempurna. Sangat struggle untuk kami hasilkan video,” ujarnya.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya video memaparkan kumpulan gadis itu melontarkan pelbagai dialog secara bersahaja, persis aksi dalam persembahan choral speaking.

Mesra disapa Sofia, dia pada mulanya agak tertekan dengan kecaman ramai sehingga terfikir untuk berhenti menghasilkan video di TikTok.

Namun katanya, sokongan orang sekeliling memberi semangat untuk dirinya terus cekal demi mengejar impian dan mencari pendapatan sampingan.

“Dulu memang malu. Tapi saya selalu berlatih depan cermin. Takut orang hina rupa paras. Lama-lama saya buang perasaan itu.

“Akhir-akhir ini sejak viral, kami shoot video di kawasan rumah pun ada orang datang tunggu dan nak tengok. Saya pun terkejut.

“Tapi sejujurnya terlampau banyak kecaman. Yang paling teruk orang kata kami tak senonoh, buat malu orang Terengganu dan macam-macam lagi.

“Awalnya saya nak marah. Saya stres, tak tahu apa salah saya. Saya berfikir sendirian mengenai hal ini sampai rasa nak berhenti buat video. Padahal saya tak kacau orang pun.

“Tapi saya fikir balik, saya pilih untuk lihat sudut positif. Saya ambil sebagai pembakar semangat,” ujarnya lagi.

Menurut gadis yang menetap di Marang itu, hikmah di sebalik video tular dan kecaman yang diterima, bisnes yang diusahakan juga semakin laris.

Malah katanya, dia hanya mahu mengubah nasib keluarga dengan bisnes yang dilakukan dan kini hanya memandang ke depan demi mencapai impian.

“Saya ada minta pendapat dengan founder produk yang saya jual ni, dia kata jadikan kata-kata netizen sebagai pembakar semangat.

“Alhamdulillah. Sejak viral, ramai yang nak join team saya. Sekarang saya tak perlu cari orang tapi orang yang cari saya.

“Saya join bisnes pun sebab nak ubah hidup. Dulu keluarga tak senang. Saya nak jana pendapatan untuk bantu keluarga dan adik-adik.

“Mak suri rumah, ayah pula pembantu di pasar. Sejak buat bisnes, Alhamdulillah boleh bantu sikit-sikit. Saya pasang impian untuk jadi jutawan dalam Terengganu,” ujar anak sulung daripada enam beradik itu.

SUMBER: MSTAR

3 Beradik Ini Sanggup Berpanas Tepi Jalan Hanya Untuk Lakukan Bisnes Hariannya Sambil Tiktok. Rupanya Dia Juga Lakukan Kerja Ini Sebagai Sambilan.

Tiga beradik ini memulakan perniagaan sejak PKP pada Mac tahun lalu. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk membuka perniagaan berasaskan makanan. Begitu juga dengan tiga beradik ini apabila mereka memperkenalkan popia bergedil, ‘lari’ daripada kebiasaan ramai yang sering tampil dengan menu tauhu bergedil.

Menurut Afiera Riana Agoes Riauwaldy, 29, dia secara spontan tampil dengan idea itu sebelum dua adiknya, Afiefi Riani, 26, dan Ahmad Amin, 21, turut bersetuju untuk menjadi rakan perniagaan.

“Kami tiga beradik mula berniaga masa awal PKP. Bermula secara online, bila dah stabil kami buka pula gerai pada hujung tahun 2020. Masa tu saya terfikir, nak buat apa masa PKP? Biasa orang buat tauhu bergedil, tapi saya kata why not buat popia bergedil? Idea sendiri, tak sangka pula dapat sambutan. Gerai pertama kami di Prima Saujana, Kajang. Alhamdulillah sekarang kami buka gerai kedua di Ampang,” ujarnya yang mesra disapa Afiera.

Afiera tidak kisah jika ada yang pandang rendah terhadap dirinya.

Dia yang juga seorang pelakon secara sambilan mengakui tidak kisah jika ada yang memandang rendah apa yang sedang diusahakannya pada masa ini. Malah, dia percaya pada konsep rezeki dan tidak pernah berasa malu untuk bekerja dalam suasana panas di gerai tepi jalan.

Kami tak kisah menari kat gerai, orang tepi jalan pandang, tak peduli.

“Saya minat berlakon, tapi saya tak jadikan ia sebagai kerjaya utama. Secara sambilan je. Last drama pun tahun lepas. Saya tak kisah orang pandang rendah kami berniaga tepi jalan. Nampak senang tapi susah sebenarnya. Kalau tauhu boleh sumbat, popia nak kena gulung. Tapi kadang-kadang orang pandang rendah, berniaga tepi jalan tak ada kelas… kami pun bukannya ada kedai, setakat gerai je. Saya teruskan atas sokongan mak ayah. Saya juga pernah nak putus asa sebab terlalu ramai yang jual makanan. Tapi Alhamdulillah, sekarang bisnes makin OK,” ujarnya lagi.

Popia bergedil yang menjadi sumber rezeki tiga beradik itu.

Dalam pada itu, Afiera mengakui majoriti pelanggannya merupakan pengikut di TikTok yang sering menonton video dia dan adik beradiknya.

“Saya rajin buat video kat gerai, ada yang komen negatif termasuk pertikai mengenai aurat. Saya tak kisah menari kat gerai, orang tepi jalan pandang, tak peduli, yang penting kami gembira buat kerja dan tak kacau orang.

Mereka kini memiliki dua gerai di Kajang dan Ampang.

“Biarlah apa orang nak cakap. Penangan TikTok memang power. Rezeki kami kebanyakannya dari TikTok. Bila datang gerai, mereka kata kenal dari TikTok. Sanggup datang jauh-jauh. Terima kasih kepada semua yang berikan sokongan,” ujarnya lagi. Kata Afiera, dia juga ada perancangan untuk kembangkan perniagaan itu sehingga ke Brunei dan Singapura selepas PKP berakhir kelak.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih. “Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Komen warganet yang turut sependapat dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana. “Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal, tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 393 shares. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional. “Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *