Ini lupanya sebab kenapa cadar dan tuala mandi di hotel kebanyakannya berwarna putih.

Amalan Info Pengetahuan tips

Menginap atau menyewa hotel merupakan perkara asas bagi individu yang melancong ke sesuatu tempat bagi mendapat tempat untuk tidur.

Kebiasaanya, para pelancong yang menginap di hotel akan disajikan dengan pelbagai kemudahan seperti berus gigi, sabun, towel, dan sebagainya.Tetapi, adakah anda perasan bahawa setiap hotel yang kita menginap, warna pada cadar dan towel kebiasaanya bewarna putih.

Menurut Mentalfloss, hotel suka menggunakan cadar putih supaya dapat mengesan kekotoran dengan lebih cepat. Bayangkan jika katil mempunyai cadar yang lebih gelap, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang kekotoran yang terdapat pada cadar tersebut seperti kutu busuk, Oleh itu, dengan cadar yang berwarna cerah, anda akan lebih yakin dengan tahap kebersihannya yang mungkin baru saja dicuci.

Jika menggunakan warna yang gelap, ia pasti sukar buat mereka untuk mengesan kotoran dan menyebabkan cadar mudah dihinggap kutu.Oleh itu, cadar atau towel yang bewarna putih akan mempercepatkan kerja mengesan kotoran dan menjaminkan keadaan bilik yang bersih.

Pemulaan pengunaan kepada cadar putih:

Menurut artikel itu, idea itu dimulakan oleh seorang pemuda bernama Westin pada tahun 1990-an dan mendapat sokongan daripada Naib Presiden Reka Bentuk Hotel dan Sheraton, Erin Hoover.

Menurut pemuda itu, penggunaan cadar putih mampu menghasilkan kesan ‘halo’ yang bermaksud pandangan positif seseorang melalui pandangan pertama.

Jika menggunakan barangan putih, maka orang akan dapat melihat kebersihan hotel tersebut, sekaligus mencipta reaksi positif dalam kalangan pengguna.

Selain itu, penggunaan cadar putih juga mampu memudahkan kerja-kerja pembersihan dan tidak perlu risau jika warnanya luntur selepas cucian.

Oleh itu terjawablah segala persoalan dalam benak fikiran. Walaupun ia dilihat remeh, namun ia juga merupakan strategi bagi menarik perhatian pengguna untuk lebih yakin terhadap kebersihan sesebuah hotel.

Dari sudut logistik pula, cadar yang berwarna putih dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kedua-duanya, iaitu cadar dan tuala boleh diletakkan di dalam bekas basuhan yang sama tanpa takut warna akan luntur.

Hotel menggunakan teknologi dobi terkini, termasuk mesin ultrasonik yang dapat memecahkan kotoran. Mereka juga membuat beberapa kali kitaran basvhan. Oleh itu, “kesan halo” adalah sesuatu yang mungkin anda perlukan untuk membuat tempahan.

Empat langkah selamat pastikan tahap kebersihan bilik hotel.

Norma baharu yang perlu dipraktikkan oleh rakyat bukan sahaja bertujuan mengelak dari terkena jangkitan COVID-19 malaha ia merupakan amalan yang baik dalam usaha memelihara tahap kebersihan diri dan juga persekitaran.

Nilai murni ini perlu diamalkan dan menjadi contoh kepada anak-anak dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, sekiranya anda perlu check-in ke hotel atau ‘airbnb’ atas urusan tertentu, ada beberapa langkah selamat untuk menjaga kesihatan yang perlu kita semua lakukan.

Jom kita baca tips perkongsian daripada @Public Health Malaysia ini

1. Pilih hotel atau motel yang mematuhi Standard Operating Procedure (SOP).

2. Sediakan cecair disinfeksi atau bawa spray disinfeksi. Produk ini boleh didapati dengan mudah di farmasi dan juga pasaraya.

3. Anda digalakkan untuk membersih dan menyahkuman dengan cara menyemburkan spray pada tombol pintu, tandas, katil dan permukaan yang sering di sentuh seperti sliding door dan tingkap.

4. Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit bagi tujuan mendapatkan pengudaraan dan pencahayaan yang secukupnya.

Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak hotel bagi membersihkan bilik jika anda berasa tahap kebersihannya meragukan.

Pengguna tidak tahu siapa yang menggunakan bilik sebelum ini. Ambillah langkah pencegahan dan berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sumber: themalayapost.

5 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah.

Bagaimana kalau dekat luar sana, sebenarnya ada cara untuk dapatkan bilik hotel dan juga tempat penginapan dengan harga yang lebih murah! Orang yang tahu teknik dan rahsianya, mereka dengan senang hati boleh pergi bercuti pada bila-bila masa. Asalkan ada rasa nak bercuti, terus mohon cuti dan buat persiapan untuk percutian tersebut.

Mereka ini tak perlu bimbang untuk bayar kos penginapan yang menjadi salah satu daripada kos yang paling tinggi yang perlu diambil kira ketika pergi bercuti. Jadi dalam perkongsian kali ini ialah tips yang mungkin anda boleh gunakan bagi mendapatkan bilik hotel dengan harga yang lebih jimat berbanding kebiasaan.

Cara-cara untuk dapatkan tempat penginapan, sama ada bilik hotel ataupun homestay dengan harga yang lebih rendah dari kebiasaan.

1. Buat perbandingan harga antara laman web Online Travel Agent (OTA) dan tawaran.

Tips yang paling biasa anda dengari. Kalau nak dapatkan tawaran harga yang paling menarik, cubalah buat perbandingan harga terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, diluar sana terdapat banyak laman web Online Travel Agent yang anda boleh gunakan bagi tujuan membuat tempahan bilik hotel. Setiap laman web yang berbeza, menyediakan tawaran yang pelbagai bagi memastikan orang ramai membuat tempahan melalui website mereka.

2.Pilih hari biasa dan pertengahan bulan.

Hari biasa seperti Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis selalunya tak ramai orang nak bercuti pada masa tersebut. Lagipun hari-hari tersebut adalah hari bekerja.

Jika anda pilih pertengahan bulan, yang mana bulan tersebut tidak ada kena mengena dengan cuti umum mahupun cuti sekolah, anda boleh dapat harga yang lebih rendah.

3. Cari hotel yang menawarkan tawaran penuh

Tawaran penuh yang dimaksudkan ini ialah, seperti tawaran tempat letak kereta percuma, sambungan wifi, sarapan pagi dan lain-lain kemudahan.

Ada banyak juga hotel-hotel murah yang kita boleh tempah melalui OYO, tidak menyediakan kemudahan yang disebutkan tadi. Contohnya kemudahan tempat letak kereta percuma. Kita sama ada terpaksa meletakkan kereta di tempat letak kereta berbayar ataupun terpaksa tanggung risiko dengan meletakkan kereta di tepi-tepi jalan.

Mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan hotel yang menawarkan pakej All-In, kerana ia mungkin lebih menjimatkan wang anda, berbanding anda terpaksa dapatkan servis secara berasingan.

4. Pertimbangkan untuk menginap selain di hotel

Kalau selama ini anda hanya menginap di hotel, apa kata kali ini kita tukar sedikit. Kita menginap di tempat penginapan jenis guesthouse ataupun homestay.

Sekarang ini ada banyak homestay yang dibina dikawasan kediaman jenis kondominium. Apabila menginap di homestay yang terdapat dikawasan seperti ini, kita dapat nikmati juga kemudahan tambahan seperti tempat parking kereta yang selamat, ada swimming pool, kemudahan gym, tempat bersukan dan sebagainya.

Dari segi harga, ia juga lebih menjimatkan, sebabnya satu kondo boleh jadi ada 3 buah bilik. Anda hanya perlu sewa sebuah kondo sahaja berbanding 4 buah bilik hotel jika bercuti dalam jumlah yang ramai. Lepas tu pandai-pandailah bahagi-bahagikan kos untuk lebih jimat.

Untuk cari homestay, ramai yang syorkan anda gunakan laman web Airbnb, homestay.com, Agoda.com ataupun Booking.com.

5. Cari kawasan kejiranan yang kurang popular dan jauh sedikit dari tempat tumpuan pelancong.

Jika anda memilih untuk berjimat ada boleh pilih tempat yang jauh sikit, anda boleh dapat tempat menginap dengan harga serendah RM50 untuk satu malam. Tipsnya ialah pilih lokasi yang jauh sedikit daripada kawasan tumpuan pengunjung, namun pada masa yang sama, janganlah terlalu jauh hingga menyusahkan anda pula.

Melainkan kalau anda mempunyai kenderaan sendiri ataupun ditempat anda bakal pilih itu nanti, mempunyai sistem pengangkutan yang bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *