Tular kucing yang mempunyai misai hipster. Tak sangka sebabkan ini pun boleh tarik perhatian pencinta kucing.

Haiwan Kehidupan kucing

Kucing yang hampir berusia dua tahun ini sememangnya suka bergaya di hadapan kamera. Model kucing semulajadi ini dikenali sebagai kucing yang sweet dan bahagia di samping pemiliknya Sabrine dan Romain.

Menurut Bored Panda, Gringo adalah,

“Seekor kucing yang gembira, penuh dengan kehidupan serta personaliti yang baik. Ia suka bermain sepanjang hari dan sepanjang malam, sedikit nakal seperti memanjat langsir, mencakar sofa dan melompat ke pasu tanaman.”

Dari corak unik kucing siam sehinggalah corak seakan kek marble dan belang-belang tabby sememangnya seekor kucing itu unik dengan cara mereka yang tersendiri.Bagi kucing British Shorthair bernama Gringo ini, ia mempunyai corak misai yang sempurna membuatkan pencinta kucing tertarik apabila melihatnya.

Jom tengok kecomelan Gringo si abang misai ni:-

10 Kucing Unik Dan Terkenal.

1.Monty

Kenalkan Monty yang dijumpai tuannya, Michael Bjørn dan Mikala Klein pada 5 tahun yang lalu di pusat penjagaan kucing. Tuan asal Monty meletakkan ia di pusat kerana mereka mempunyai terlalu banyak kucing. Monty berada di penampungan untuk waktu yang sangat lama, tanpa ada yang tertarik mengadopsinya karena penampilannya.

Monty mendapatkan penampilan yang unik dari kelainan kromosom. Monty tidak memiliki tulang hidung; oleh karena itu, ia memiliki wajah yang lebih datar dan lebar. 

Meskipun kekurangan tulang hidung membuat dia banyak bersin, Monty sehat dan bernafas normal. Selain dikenal karena penampilannya yang unik, Monty adalah duta kucing lain yang memerlukan keperluan khusus.

Monty juga mempunyai masalah dalam kawalan urinnya. Disebabkan itu Monty akan terkencing secara tidak sedar semasa ia tidur. Walaubagaimana pun tuan Monty tetap menyayangi dengan sepenuh hati.

2. Lil Bub

Kenal tak dengan Lil Bub? Lil Bub ni tersangatlah terkenal. Instagram Lil Bub saja ada 1.9m pengikut. Lil Bub ni terkenal sejak ia diselamatkan oleh Mike Bridavsky semasa ia kecil pada tahun 2011.Lil Bub adalah kucing terkenal yang dikenal karena penampilannya yang unik. Sering disebut sebagai ‘anak kucing’, Lil Bub .

Lil Bub digelar “perma kitten” yang bermaksud ia kelihatan seperti bayi sehingga bila bila. Berat Lil Bub hanyalah 3.9 pound.Lil Bub tidak mempunyai gigi, ketidaksempurnaan tulang rahang (punca kenapa lidahnya selalu terkeluar) dan dianggap sebagai kucing kerdil.

Lil Bub adalah seekor kucing betina.Jangan terkejut yea Lil Bub mempunyai jenama baju, mug dan bag sendiri, ehh ada kedai sendiri lah senang cerita. Untuk pengetahuan semua, tapi Lil Bub sudah pun tiada dia pergi pada usianya 8 tahun.

3. Honey Bee.

Kenali Honey Bee, kucing buta yang suka mengembara berjalan kaki (hiking). Kini menetap di Seattle, Honey Bee yang asalnya dari kepulauan Fiji. Tuannya Sabrina Ursin, menemui dan jatuh cinta pandang pertama apabila melakukan tugasan sukarelawan di klinik haiwan dan pusat penyelamatan kos rendah bernama Animals Fiji.

Honey Bee sering meronda sekeliling kawasan luar semasa ia berada di Fiji, namun sejak menetap di kawasan bandar besar Seattle, Honey Bee agak sukar untuk meneruskan aktiviti kegemarannya itu. Sejak dari itu Sabrina dan suaminya Jonathan mula melatih tali (leash train) bersama Honey Bee supaya mudah untuk membawa Honey Bee merasai pengalaman berjalan-jalan di kawasan luar semula.

Bermula dari perjalanan yang pendek sekitar kawasan kejiranan dan taman, Honey Bee terus mencabar dirinya untuk menghadapi jalanan yang lebih sukar dan sekarang ia sudah menawan gunung

4.The Grumpy Cat

Nama sebenarnya ialah Tardar Sauce. Grumpy cat ialah seekor kucing betina. Ia menjadi tular kerana rupanya yang seakan-akan mempunyai stress yang sangat berat. Hihi. Namun keadaan ini adalah kerana ketidaksempurnaan tumbesaran rahang dan juga ia sejenis kucing kerdil sama seperti Lil Bub.

Grumpy dilahirkan di Morristown, Arizona pada 4 April 2012 bersama tuannya Tabatha Bundesen.

Grumpy menjadi tular sejak gambar-gambar disebar dan disunting menjadi parodi. Seperti gambar di bawah.

Menurut Tabatha, walaupun rupanya sangat pemarah, 99% Grumpy adalah seperti kucing normal yang lain.

5. Hero.

Siapa tak kenal dengan Hero atau Iyo ni yang menerima nasib malang dipotong kedua kaki hadapannya hanya kerana mencuri ikan. Meskipun Hero kini sudah tiada (pergi kerana leukaemia), kisahnya tetap menjadi ingatan kita semua. Hero merupakan icon pencetus pencinta haiwan terutamanya kucing.

saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya”. 

“Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik”. Cerita Mohd. Hairey Yahya atau Papa Hero.

Kisah Hero menyentuh hati semua rakyat Malaysia terutamanya semua pencinta haiwan. Harapnya dengan kisah-kisah yang yang di kongsi pada post ini dapatlah membuka hati semua manusia untuk menyayangi haiwan tidak kira la keadaannya. Mereka juga makhluk di dunia ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *