Kanak-kanak menangis teruk selepas melihat rekaan unik helmet ini di lampu isyarat .

Cerita Seram Info ISU SEMASA

Keselamatan jalan raya perlu dipatuhi dengan mengenakan topi keledar atau helmet bagi yang menunggang motosikal. Sama juga seperti pemandu kereta, mereka juga perlu memakai tali pinggang keledar untuk mengelakkan sebarang insiden dan menjaga keselamatan jalan raya. Oleh itu, kita dinasihati supaya wajib mematuhi peraturan jalan raya. 

Kanak-kanak yang masih kecil memang suci pemikirannya dan disebabkan ini jugalah gelagat mereka ni selalu buat kita terhibur. Baru-baru ini, tular video di Twitter yang memaparkan seorang budak kecil menangis ketakutan semasa menunggang motosikal dengan ayahnya apabila ternampak helmet yang menakutkan telah mencuri tumpuan. 

Dia dilihat menangis sebab takut tengok tiba-tiba ada wajah manusia di belakang kepala seorang penunggang motosikal di hadapannya yang juga sedang menunggu isyarat lampu hijau.

Rupa-rupanya, ‘wajah’ manusia tu hanya lah rekaan unik sebuah helmet yang digunakan oleh penunggang motor tersebut.

Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila topeng penunggang motosikal yang berada di depan mereka itu mempunyai corak topeng muka yang mempunyai rambut dan cermin mata. 

Video tersebut juga telah mendapat sejuta tontonan daripada warganet di media twitter yang kebanyakannya mengatakan mereka turut terhibur dengan gelagat adik itu. Min pun kesian tengok dia takut tapi tak tahan nak gelak sebab kelakar terutamanya bila tengok banyak kali. 

Mana la brader tu dapat topi keledar unik ini. Kalau ternampak topi keledar ni pada waktu malam, tak cukup tanah la jawabnya tekan minyak sebab terkejut. 

Sumber: Rumah IBS.

5 Fakta Mengejutkan Mengenai Kejadian Yang Tidak Diingini Di Jalan Raya.

COVID-19 menjadi pandemik utama dunia menjangkiti lebih 27 juta mangsa dan meragut hampir sejuta nyawa hingga kini. Namun, ada lagi punca kehilangan orang kritikal sekian lama berlaku tetapi tidak diambil serius masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih 1.2 juta pemergian setiap tahun di seluruh dunia dan 20 hingga 50 juta mengalami kecederaan disebabkan kejadian yang tidak diingini di jalan raya.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan 10,382 kes kejadian jalan raya berlaku di seluruh negara dalam tempoh 32 hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini.

Daripada jumlah kejadian yang tidak diingini dilaporkan ini, 145 pemergian direkodkan. Walaupun statistik kejadian menunjukkan penurunan positif hingga 70 peratus berbanding sebelum PKP dikuatkuasakan, kadar pemergian ini bukan sesuatu harus dibanggakan kerana kemusnahan lebih besar berlaku sebelum penyebaran COVID-19 lagi.

Kajian baru-baru ini mendedahkan beberapa faktor kejadian jalan raya yang mengejutkan secara global.Semua orang berfikir mereka adalah pemandu yang baik, tetapi sebenarnya kejadian kereta berlaku tidak kira apa tahap pemanduan anda. Jadi, apa yang menyebabkan kejadian yang tidak diingini ini?

1) Orang-orang yang obes lebih cenderung untuk kehilangan nyawa dalam perlanggaran kereta

Berfikir untuk memulakan untuk menurunkan berat badan?

Berikut adalah sebab utama untuk memulakannya secepat mungkin.Kajian mendapati pemandu obes adalah 78% lebih cenderung untuk kehilangan nyawa dalam perlanggaran kereta berbanding pemandu-pemandu dengan berat badan normal.

Menurut UC Berkeley’s Safe Transportation and Research Education Center (SafeTREC), obesiti mungkin menjadi faktor dalam kejadian kenderaan yang membawa maut.Melalui penyelidikan yang dijalankan, para penyelidik mendapati individu yang mempunyai klasifikasi obesiti tahap I Pertubuhan Kesihatan Sedunia (BMI 30.0 ke 34.9) adalah 21% lebih cenderung untuk kehilangan nyawa berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Mereka yang berada dalam obesiti tahap II (BMI 35 ke 39.9) adalah 51% lebih cenderung untuk kehilangan nyawa, dan mereka yang berada dalam tahap paling tinggi, obesiti III (BMI 40.0 ke atas), adalah 80% lebih cenderung untuk kehilangan nyawa akibat kejadian yang tidak diingini berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Apakah penjelasan di sebalik risiko tambahan ini?Para penyelidik percaya bahawa bahagian bawah badan pemandu-pemandu obes ditolak lebih ke hadapan semasa impak sebelum tali pinggang keledar mencapai pelvis kerana lebihan tisu lembut, manakala bahagian atas badan kekal dihalang. Ini menghentikan pemandu daripada bergerak ke hadapan, yang boleh menyebabkan kecederaan maut, menurut para penyelidik tersebut.“Ini menambah satu lagi item dalam senarai panjang akibat-akibat negatif obesiti,”penulis utama, Thomas M. Rice, pakar epidemiologi Transportation Research and Education Center di University of California, Berkeley, memberitahu New York Times. “Ia satu lagi sebab untuk turunkan berat badan.

2) Telefon mudah alih mungkin bukan penyebab kebanyakan kejadian yang tidak diingini.

Bercakap di telefon ketika memandu adalah dilarang dan ia dipercayai secara meluas sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kecelakan pada kereta. Namun begitu, satu kajian yang dijalankan oleh Carnegie Mellon University (CMU) dan London School of Economics and Political Science mencadangkan yang bercakap di telefon ketika memandu tidak meningkatkan risiko perlanggaran.

Data kajian yang dianalisa daripada kebanyakan pembekal utama telefon mudah alih dan laporan-laporan insiden mendapati yang penggunaan telefon mudah alih tidak semestinya meningkatkan risiko perlanggaran seseorang individu.

Apakah sebab di sebalik penemuan yang bertentangan ini?Menurut Saurabh Bhargava, pembantu profesor sains sosial dan keputusan di Dietrich College of Humanities and Social Sciences CMU, para pemandu mungkin mengimbangi gangguan penggunaan telefon mudah alih dengan memilih bila hendak membuat panggilan atau memandu dengan lebih berhati-hati ketika panggilan.

Namun begitu, menggunakan telefon mudah alih masih lagi satu gangguan utama ketika memandu dan ianya boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini jalan raya.Di Switzerland, Swiss Council for Accident Prevention menyatakan yang kurang tumpuan oleh pemandu-pemandu adalah sebab utama kecelakaan jalan raya yang serius.

Pemandu-pemandu kenderaan biasanya terganggu oleh telefon mudah alih, penumpang, papan iklan dan terlalu banyak tanda jalan.Menyimpan telefon anda ketika memandu adalah langkah terbaik, dan perbuatan yang sah untuk dilakukan, untuk mengelak membahayakan nyawa anda dan orang lain ketika berada di jalan raya.

3) Ciri-ciri keselamatan di dalam kereta mungkin tidak mengurangkan kejadian yang tidak diingini di jalan raya.

Baru sahaja membeli kereta baru dengan brek ABS dan beg udara di setiap tempat duduk?

Ciri-ciri keselamatan ini mungkin tidak mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini di jalan raya anda.Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Fred Mannering dari Purdue University mengenai kejadian yang tidak diingini jalan raya di antara 1992 dan 1997, didapati tiada pengurangan besar dalam insiden walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang efektif.“Orang ramai mempunyai penerimaan dalam soal tahap keselamatan.

Jika mereka berasa lebih selamat kerana beg udara dan brek, mungkin mereka memandu dengan lebih laju atau memasang dan mematikan radio lebih kerap, dengan kata lain, sebagai ganti,” kata Mannering kepada New York Times.

Para pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang dipasang di dalam kereta mereka.

4) Pemandu-pemandu kereta dipersalahkan bagi kebanyakan kejadian yang tidak diingini kepada penunggang motosikal.

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), insiden yang menyebabkan kehilangan nyawa motosikal semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan kehilangan 6,871 di Malaysia dalam 2010.

Para pemandu kereta selalu merungut mengenai sikap para penunggang motosikal yang kurang berhati-hati menyelit masuk dan keluar daripada trafik kerana turut membahayakan nyawa mereka.Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kenderaan beroda empat dan kenderaan beroda dua bertembung?

Menurut kajian Florida Department of Transportation baru-baru ini, para penunggang motosikal adalah betul. Pemandu-pemandu kereta dan trak kebanyakannya melakukan kesalahan, biasanya gagal memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan kecil.Ia berbaloi untuk memberi tumpuan lebih dan berhati-hati, terutamanya apabila laluan khas penunggang motosikal tidak tersedia.

5) Para pemandu wanita Malaysia lebih marah tetapi kurang mengalami kejadian yang tidak diingini berbanding lelaki.

Para pemandu wanita Malaysia didapati lebih marah berbanding lelaki sebagai pemandu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Namun begitu, walaupun tahap kemarahan mereka tinggi, pemandu wanita mengalami kurang perlanggaran dan kehilangan nyawa di jalan raya. Karen Goonting, penyelidik MIROS dan pakar psikologi berkata, walaupun dengan kecenderungan mereka untuk berasa lebih marah, terdapat kurang pemandu-pemandu wanita terlibat dalam insiden kerana mereka biasanya menyimpan rasa marah mereka.

“Lelaki lebih cenderung untuk bertindak dengan kemarahan mereka dan meluahkannya secara fizikal, berbanding wanita. Ia juga mungkin faktor budaya. Biasanya ia tidak diterima bagi wanita Asia untuk bersikap agresif secara terbuka,” kata beliau kepada The Star.

Sumber: Astro Awani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *