Cara kucing tidur pun membawa maksud sesuatu. Ketahui kenapa si bulus tidur dalam posisi tertentu.

Amalan kucing

Kucing sangat sukakan keselamatan apabila mereka bersembunyi dalam sesuatu. Kucing suka tidur di dalam selimut, bantal-bantal atau di mana sahaja yang ia rasa selamat dan hangat.

Kucing merupakan haiwan yang sering menghabiskan waktunya dengan tidur. Seekor kucing akan tidur selama 13-14 jam sehari untuk menyimpan tenaga.  Pasti anda pernah lihat kucing anda tidur dengan posisi yang melucukan kan? Sebenarnya posisi tidur kucing dapat mendedahkan personaliti dan perasaan kucing tersebut.

Menurut kajian juga, kucing menghabiskan 70% daripada hidupnya untuk tidur. Wow! lama betul kucing tidur kan. Dan jika anda perasan, kucing mempunyai pelbagai posisi atau gaya tidur yang berlainan, sama juga seperti kita. gaya tidur kucing

Kadang-kadang ada gaya yang kelihatan pelik dan sangat tidak selesa di mata kita, tetapi sebenarnya setiap posisi tidur membawa maksud yang tertentu.

Jom ketahui apakah makna di sebalik setiap gaya tidur kucing.

1.Melengkung seperti bentuk bulan sabit.

Ini adalah salah satu gaya tidur kucing yang biasa. Kucing kebiasaannya tidur seperti ini untuk mengekalkan kehangatan tubuhnya terutamanya pada musim sejuk. Selain itu, mereka juga mahu melindungi kawasan organ penting mereka tertutamanya bagi kucing jalanan yang sentiasa berdepan bahaya pemangsa dan musuh.

2. Tidur di dalam kotak.

Kita semua tahu kotak merupakan salah satu objek yang paling digemari kucing. Kotak dapat membantu kucing mengekalkan kehangatan tubuh mereka serta bersembunyi daripada sesuatu yang mengganggunya. Mungkin ia tidak mahu tidurnya diganggu oleh anak-anak kecil atau kucing lain di rumah anda. Mungkin juga anda sendiri yang selalu mengganggu tidurnya.

3.Terlentang.

Jika kucing anda sentiasa tidur dalam posisi ini, anda harus berbangga kerana ini menandakan ia amat mempercayai anda. Perut merupakan kawasan sensitiif dan dianggap sebagai kelemahan kucing. Kucing hanya akan tidur dalam posisi ini jika ia selesa dan percayakan pemiliknya sepenuhnya.

4.Tidur duduk.

Ini adalah salah satu gaya tidur kucing yang menandakan ia hanya mahu melelapkan mata sebentar, dan dalam masa yang sama tetap berjaga-jaga dengan keadaan sekelilingnya. Gaya ini biasa dilakukan oleh kucing jalanan supaya mereka boleh bertindak balas terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya.

5. Mata terbuka sedikit.

Pernah tak anda perasan kucing anda seakan-akan sedang tidur tetapi matanya tetap kelihatan terbuka sedikit? Ini bermakna ia mahu berehat tetapi dalam masa yang sama masih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Kucing jalanan selalunya akan berehat seperti ini supaya ia tidak diserang pemangsa atau musuh secara tiba-tiba. Jika kucing di rumah anda berehat seperti ini, mungkin ia mahu berjaga-jaga dengan ‘pengacau’ yang selalu mengganggu ketenteramannya.

6. Tutup muka dengan tangan.

Gaya ini bermaksud “jangan kacau saya”. Kucing anda sedang dalam tidur yang lena jadi cuba biarkan ia berehat walaupun posisi ini kelihatan begitu comel dan membuatkan kita geram. Kadang-kadang kucing menutup matanya untuk menghalang cahaya ketika tidur, jadi tolong tutup tingkap atau lampu dan support masa tidur kucing anda.

7. Mengiring.

Seperti gaya terlentang, kucing yang tidur dalam posisi ini bermakna ia sedang berada dalam keadaan tenang dan sedang lena. Posisi ini masih mendedahkan bahagian perutnya, jadi ini bermakna ia berasa selamat dan tidak perlu berjaga-jaga.

8. Meniarap memanjang seperti kereta api.

Kadang-kadang pasti kita perasan kucing akan tidur secara memanjang di kawasan seperti kepala sofa, tangga dan di atas tembok. Ini adalah salah satu caranya untuk berehat sambil memerhatikan kawasan sekeliling dari tempat tinggi.

9. Meniarap tegak atau ‘loaf’

Jika kucing anda tidur dalam posisi sebegini, ini bermakna ia tidak bercadang untuk tidur lama dan hanya mahu melelapkan mata seketika untuk ‘mengecas’ tenaga sebelum kembali menyepahkan rumah anda. Gaya tidur kucing ini juga bermaksud kucing anda sedang tenang dan tidak berasa terancam.

Ingatkan Kucing Tahu Makan Tidur Je. Sekali Gelagat Ini Buat Ramai Yang Terhibur.

Kucing adalah binatang peliharaan yang sangat comel. Biarpun tidak diberi akal fikiran, namun jangan terkejut, kucing ini sebenarnya haiwan yang sangat bijak! Tak percaya? Lihatlah perkongsian Mas Mona di laman Tiktok beliau ini. Kucing-kucing peliharaannya pandai memanjat dan menekan pemegang untuk membuka pintu.

Lebih mencuit hati, kucing itu rupanya membawa sekeluarga untuk masuk ke dalam rumah. Bukan itu sahaja, lepas masuk, pandai pula tutup pintu semula. Sangat menghiburkan melihat telatah satu keluarga kucing ini bukan? Warganet turut sependapat mengatakan kucing-kucing ini sangat bijak dan seorang ibu yang penyayang. Tak sangka, kucing pun pandai meniru perilaku manusia.

Komen Warganet:

Sumber : HCL.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *