Kucing tidur berdengkur tanda bahagia. Awas gangguan pernapasan. Salah satu yang perlu diawasi.

Haiwan Info KESIHATAN

Si bulus yang lena dibuai mimpi kebiasaannya akan tidur sekurang-kurangya 2 jam dalam satu tempoh masa dan pastinya ia merupakan antara detik bahagia buat mereka.

Siapa je yang tak bahagia kan? Lebih-lebih lagi kalau kita termimpikan sesuatu yang indah, bunyi dengkur dan titisan air liur pastinya akan muncul tanpa diduga.

Namun begitu, jika diperhatikan kucing juga boleh tidur sehingga berdengkur, sama seperti manusia. Berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda ketahui tentang dengkur pada seekor kucing.

1. Komunikasi Antara Anak dan Ibu Kucing

Dengkuran anak kucing yang berusia kurang 2 tahun merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi dengan ibu mereka.

Dengan berdengkur, ianya membolehkan anak kucing memberi isyarat kepada ibu mereka di mana mereka berada, memberitahu ibu bahawa mereka selamat dan juga sebagai petanda bahawa mereka kelaparan.

Mungkin ianya agak sukar untuk difahami oleh kita namun perlu diketahui bahawa setiap bunyi dengkur mempunyai intonasi yang berbeza dan bercampur dengan suara meow.

Ibarat kod rahsia kucing la ni kan?

2. Tanda Mereka Gembira

Sekiranya kucing anda berdengkur sambil duduk dengan matanya perlahan-lahan ditutup, iitu menandakan bahawa si bulus sedang melalui proses bahagia dan gembira.

Faktor persekitaran yang selesa dan pemakanan yang bagus telah membuatkan mereka lena tidur sambil terduduk.

Bahasa tubuh ini merupakan tanda isyarat yang ingin disampaikan kepada pemiliknya, bahawa mereka telah melakukannya dengan baik dan si bulus merasa sangat gembira.

3. Kucing Dalam Ketakutan

Dalam tidur pun boleh ketakutan? Mestilah boleh, kalau mimpi seram tak ke takut dibuatnya?

Si bulus yang sedang tidur sebenarnya boleh berada dalam ketakutan atas faktor-faktor tertentu seperti pergaduhan dan mimpi buruk.

Seiring dengan bulu berdiri, bunyi dengkur akan kedengaran apabila si bulus melalui sesuatu yang membuatkan mereka gugup atau ketakutan.

4. Menyembuhkan Kesakitan

Berdasarkan kajian, Scientific American menerbitkan di laman webnya bahawa frekuensi bunyi pada dengkur kucing ini dapat membantu menyembuhkan dan menguatkan tulang si bulus.

Para penyelidik percaya bahawa dengkur merupakan salah satu cara kucing merangsang otot dan tulang mereka tanpa mengeluarkan banyak tenaga.Ini adalah kerana, kucing menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk tidur dan berehat.Malah, setiap kali selepas mereka bergaduh mesti si bulus akan merehatkan diri dan tidur kan?

5. Sakit dan Hampir Pergi

Sekiranya kucing anda baru terlibat dengan pergaduhan dan kemudiannya mereka tidur, sebaiknya perhatikan keadaannya kerana si bulus berkemungkinan untuk sakit atapun akan kembali kepada penciptanya.

Kucing yang mengalami kesakitan atau mengalami kecederaan akan bergelut untuk sembuh dan menenangkan diri.

Maka dengan itu, kebiasaannya kucing akan mencari tempat yang tenang dan selesa, kemudian tidur sambil berdengkur untuk bertenang dan menahan kesakitan.Tanpa kita sedari, banyak kesan dan akibat yang boleh terjadi berpunca daripada kucing yang tidur berdengkur.

Gangguan Pernapasan dan Berbagai Penyebab Kucing Tidur Mendengkur.

Ada banyak hal yang boleh jadi penyebab kucing mendengkur saat tidur. Salah satu yang perlu diwaspadai adalah gangguan pernapasan. Asma,bakteri, dan lain-lain yang boleh menyebabkan kucing mendengkur. Lebih baik berwaspada sebelum adanya gangguan pernapasan jika kucing mendengkur disertai gejala lain, seperti:

  • Bersin-bersin.
  • Batuk.
  • Keluar cairan dari mata atau hidung.
  • Perubahan nafsu makan.

Lebih baik bawanya ke klinik haiwan. Meski begitu, tidak semua penyebab kucing mendengkur adalah gangguan pernapasan.

Faktor yang boleh mempengaruhi dengkur kucing.

Main, makan dan tidur merupakan tiga perkara yang sering dilakukan oleh si bulus pada setiap hari.Sedang mereka lena dibuai mimpi, kucing juga turut berdengkur sama seperti manusia tau!Ada yang berpendapat bahawa ianya normal. Mungkin juga faktor keletihan ataupun kekenyangan melampau, telah menyebabkan si bulus tidur sehingga berdengkur.

Namun jika perkara ini kerap berlaku sewaktu si bulus tidur, ianya bukanlah sesuatu yang normal kerana mereka berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan yang tidak diketahui.javascript:false

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi dengkur kucing. Senarai di bawah merupakan antara punca yang boleh dikenalpasti.

1.Jenis Baka Brachycephalic

Kucing keturunan brachycephalic seperti Parsi, Burma dan Himalaya sering cenderung untuk tidur berdengkur.

Brachycephalic berasal daripada dua patah perkataan, di mana ‘brachy’ bermaksud dipendekkan dan ‘cephalic’ pula bermaksud kepala. Secara keseluruhannya, kucing jenis Brachycephalic mempunyai tulang kepala yang pendek.

Maka dengan itu, mereka akan mengalami masalah pernafasan, dan mengakibatkan dengkur ketika tidur.

2.Berat Badan Berlebihan

Kucing yang berlebihan berat badan mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berdengkur kerana lebihan lemak yang tersimpan di saluran udara pernafasan.Sekiranya kucing anda mengalami masalah obesiti, berkemungkinan besar saluran pernafasan mereka tersumbat kerana diselaputi lebihan lemak.

Lemak yang berlebihan boleh menjejaskan organ penting si bulus dan juga akan menghalang udara daripada melepasi dengan lancar pada rongga pernafasan kucing.

Jika kucing anda mengalami obesiti, cepat-cepat berikan senaman pada mereka!

3.Masalah Pernafasan Kucing

Masalah pernafasan termasuk jangkitan bakteria, kulat dan asma juga boleh menyebabkan dengkur. Antara kesan gejala lain yang boleh dilihat adalah si bulus kerap bersin, batuk dan kurang selera makan.

Terdapat beberapa penyakit berkaitan masalah pernafasan kucing. Antaranya adalah

  • Asma
  • Bronkitis dan radang paru-paru
  • Batuk Kutu
  • Alahan

4.Tumor Polip Paranasal

Antara punca lain yang perlu diketahui adalah ketumbuhan tumor kecil pada saluran udara yang menghasilkan getaran semasa bernafas. Oleh itu, dengkuran akan berlaku dan mungkin membahayakan sekiranya tidak dirawat.

Penulis nasihatkan anda untuk dapatkan rawatan pakar di klinik vet berhampiran kerana ianya memerlukan rawatan pembedahan.

5. Objek Tersangkut Dalam Mulut

Sesekali cuba perhatikan bahagian mulut ataupun hidung kucing anda.

Mungkin ada objek luar yang tersangkut atau terselit di sekitar kawasan itu, sekaligus menyebabkan pergolakan udara pada saluran pernafasan si bulus anda.

Pelbagai jenis objek yang boleh tersangkut dan antara yang paling kerap adalah tulang ikan.

Sumber: verst

Jangan ingat si bulus tidur berdengkur bila mereka gembira je tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *