Dilahirkan dengan kaedah operasi. Bayi terkecil di dunia keluar dari hospital lebih setahun dirawat.

berita Dunia tips

Seorang bayi terkecil di dunia yang dilahirkan dengan berat 212 gram (7.5 auns), akhirnya keluar dari hospital setelah lebih dari setahun menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.

Seramai 15 million bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.

Kwek Yu Xuan yang digambarkan sebagai ‘pejuang kecil’, seberat sebiji epal ketika dilahirkan melalui kaedah operasi di Hospital Universiti Nasional Singapura pada bulan Jun tahun lalu.Walaupun saiznya kecil dan dilahirkan empat bulan pramatang, dia masih hidup dan dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital setelah 13 bulan dengan berat 6.3 kilogram (kg).

Menurut , pihak hospital percaya bahawa dia adalah bayi paling ringan di dunia yang selamat dari kelahiran pramatang.

Pemegang rekod sebelumnya yang paling ringan di dunia adalah bayi lelaki seberat 230 gram yang dilahirkan di Jerman, menurut rekod Pendaftaran Tiniest yang dikendalikan oleh University of Iowa.

Ibu bapanya, Kwek Wee Liang dan Wong Mei Ling, keduanya 35, kelihatan lega ketika memegang Yu Xuan pada 9 Julai lalu ketika membawanya keluar dari hospital.

Mereka pada awalnya telah merancang untuk melahirkan Yu Xuan di Malaysia, tempat di mana anak lelaki mereka berusia empat tahun dilahirkan, tetapi Wong terpaksa menjalani operasi setelah mengalami tekanan BP tinggi semasa kehamilannya.

Wong melaporkan pada akhbar Singapura Straits Times bahawa “Saya tidak menyangka akan melahirkannya dengan cepat dan kami sangat sedih kerana Yu Xuan dilahirkan begitu kecil.”

“Tetapi kerana keadaan saya, kami tidak mempunyai pilihan. Kami hanya berharap dia terus membesar dan sihat.”

Jururawat yang menjaga Yu Xuan, Zhang Suhe, mengatakan bahawa dia tidak dapat mempercayai ketika melihat bayi itu dibawa ke unit rawatan intensif neonatal.

“Saya sangat terkejut sehingga saya bercakap dengan profesor di jabatan yang sama dan bertanya adakah dia boleh mempercayainya?

“Selama 22 tahun saya menjadi jururawat, saya belum pernah melihat bayi kecil yang baru lahir ini,” kata Zhang.

Hospital Universiti Nasional mengatakan bahawa bayi yang dilahirkan empat bulan sebelum waktunya seperti Yu Xuan mempunyai kadar untuk hidup sekitar 70 peratus.

Yu Xuan diletakkan di dalam ventilator untuk membantunya bernafas kerana paru-parunya belum berkembang sepenuhnya dan kulitnya juga begitu nipis dan rapuh.

Dr Yvonne Ng merupakan seorang perunding kanan di jabatan neonatologi, berkata: “Penjagaan hariannya adalah perkara penting terutama untuk dua minggu pertama kehidupan bayi itu.

“Kami perlu berinovasi dan mencari beberapa kaedah baharu untuk menjaga bayi yang kecil ini kerana ini adalah pertama kali kami mengendali seseorang yang sekecil ini.”

Jururawat turut menghasilkan lampin khas untuk Yu Xuan kerana lampin bayi saiz normal terlalu besar sehingga menutup keseluruhan badannya.

Segala usaha bagi menyelamatkan Yu Xuan tidak berakhir di sini apabila penjagaan rapi diperlukan bagi memastikan Yu Xuan selamat dan sihat walaupun selepas dia keluar dari hospital.

Keadaan Yu Xuan berbeza dengan penyakit paru-paru kronik dan ibu bapanya mesti meletakkan dia di dalam ventilator di rumah untuk membantunya bernafas.

“Saya harus berterima kasih kepada jururawat yang telah merawatnya sejak sekian lama, mereka benar-benar menjaganya.

”Kami sangat gembira kerana semua orang datang untuk melihatnya keluar dari hospital. Pasukan ini seperti keluarga,” kata ibu Yu Xuan.

Bil hospital bagi rawatan Yu Xuan mencapai sekitar RM 848,000 ($ 200,000) tetapi dibayar melalui dana orang ramai yang telah meraih sekitar RM 1,272,000 ($ 300,000).

Tambahan kepada wang itu dibahagi kepada dua untuk penjagaan masa depan Yu Xuan dan yang selebihnya dikembalikan ke platform Give Asia untuk membantu keluarga lain.

Hospital Universiti Nasional dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, menceritakan semula perjalanan menakjubakan Yu Xuan ketika dilahirkan tahun lalu.

”Bayi Yu Xuan hanya 212 gram, hampir seberat sebiji epal besar ketika dia dilahirkan menerusi kaedah operasi kecemasan pada bulan Jun tahun lalu.

”Setelah 13 bulan di Unit Rawatan Rapi Neonatal kami, bayi Yu Xuan keluar dari rumah dengan baik. Dia mungkin bayi paling ringan di dunia yang selamat dari kelahiran pramatang.

“Kami gembira untuk pejuang kecil ini dan keluarganya, dan bangga dengan penjagaan yang diberikan oleh pasukan kami. Keinginan terbaik kami kepada Little Yu Xuan agar dia terus membesar dengan sihat dan berjaya menghadapi cabaran setiap hari,” kata kenyataan.

Sumber: Siakap Keli.

5 Tips Penjagaan Bayi Pra Matang. No 5 Ramai Tak Tahu!

Kebanyakan bayi yang dilahirkan adalah dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu dalam usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum pada 37 minggu, maka usia kandungan ini dikatakan pramatang. Kejadian bayi pramatang sangatlah berbeza-beza di setiap negara. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.

Bayi pramatang ini terjadi kerana pecah ketuban awal yang mana disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban, kelahiran bersalin tidak cukup bulan, pernah mengalami kelahiran pramatang, kandungan lebih daripada satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya, uterus dan serviks yang luar biasa, kandungan yang mempunyai komplikasi seperti tekanan BP tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.

Keadaan fizikal bayi pramatang lebih lemah jika dibandingkan dengan bayi normal. Perhatikanlah keadaan bayi, jika ada perubahan yang ketara sila rujuk kepada pakar.

Kajian mengatakan bahawa bayi pramatang akan tidur 15 hingga 22 jam selepas keluar daripada hospital. Bayi akan banyak menangis apabila semakin hampir dengan tarikh atau hari sepatutnya bayi itu lahir.

1. Perhatikan Keadaan Bayi

Bayi pramatang masih lagi tidak tahu buat apa-apa. Oleh itu, anda haruslah memerhatikan si kecil ini supaya dia tidak lemas dalam keadaan apa jua. Seperti yang kita tahu, bayi pramatang ini lahir kurang daripada 37 minggu.

Keadaan fizikal bayi pramatang lebih lemah jika dibandingkan dengan bayi normal. Perhatikanlah keadaan bayi, jika ada perubahan yang ketara sila rujuk kepada pakar.

2.Posisi Tidur Dan Pegang Bayi

Sediakan tempat tidur bayi dengan gulungan selimut tebal seperti bentuk U. Letakkan bayi pramatang seperti posisi di dalam Rahim. Kelebihan kedudukan ini ialah bayi akan merasa seperti dipeluk dan tidak akan mudah terperanjat.

Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.

Bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.

3. Susu Ibu

Susu ibu susu terbaik dunia yang terbukti secara klinikal mengandungi nutrien dan zat penting untuk bayi. Sama seperti bayi normal, susu ibu juga makanan terbaik bagi bayi pramatang.

Jika anda tidak dapat menyusukan bayi pramatang, berbincanglah dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan alternatif lain. Susu ibu dapat melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Selain itu, ia dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Susu ibu juga membantu dalam meningkatkan kecerdikan bayi pramatang dan ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

4.Sentuhan Ibu

Tips penjagaan bayi pramatang juga adalah anda harus memastikan bayi pramatang ini berada dalam keadaan stabil dan selamat ialah melalui sentuhan ibu. Peluklah mereka dengan erat, ia tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu dan anak.

Selain itu, sentuhan ibu penting kerana ia boleh diibaratkan bayi terasa seperti dalam kandungan. Sentuhan adalah cara sederhana ibu untuk berkomunikasi dengannya.

Oleh sentuhan  ibu adalah bahasa pertama bagi bayi, sentuhan itu merupakan wujudnya kasih sayang seorang ibu pada bayi yang telah lama ia nanti-natikan. Jadi tidak hairanlah jika ketika bayi lahir, seorang ibu akan bergegas untuk menyentuh bayinya dengan penuh rasa kasih sayang.

5. Elak Bayi Tidur Dalam Buaian

Kadang-kadang bukan ibu bapa yang biasakan anak tidur buaian, tapi  kehendak pengasuh atau taska yang menjaga anak. Jadi ibu bapa pun turutkan sahajalah kerana niatnya nak memudahkan kerja mereka.

Walaupun perkara ini memudahkan kerja tetapi ia tidak baik untuk bayi pramatang. Hal ini demikian kerana sentuhan ke kulit adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi pramatang dan membantunya membiasakan diri dengan payudara.

Perkara ini juga kerana jika bayi itu sudah terbiasa dengan tidur dalam buaian, ia akan menjadi sukar untuk didekati dan sering kali mahu untuk dibuai. Buaian ini juga boleh menjadi suatu risiko kecederaan kepala bayi yang mampu untuk merosakkan otaknya.Ia juga boleh menyebabkan pemergian kerana akibat bayi pramatang mudah terkejut ketika sedang tidur. Oleh itu, biasakanlah anak untuk tidak tidur di dalam buaian.

Buat mana-mana ibu bapa mempunyai bayi pramatang ,disini mendoakan yang terbaik untuk anak anda itu. Kekal kuat dan jangan lupa untuk jaga kesihatan anda sama, ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *