Papa dan mama akan jaga kamu sekuat kami. Aurel Hermansyah Hamil Lagi.

Amalan artis Keluarga KESIHATAN kisah rumah tangga OH PETUA selebriti

Selepas mengalami kehilangan yang dikandungnya pada bulan Mei lalu, penyanyi Indonesia, Aurel Hermansyah memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.YouTuber sensasi itu berkata, dia hanya mengharapkan doa supaya kehamilan isterinya diberi kelancaran memandangkan sebelum ini timbul pelbagai spekulasi.

Khabar gembira itu dikongsikan Atta Halilintar menerusi video rakaman imbasan ultrabunyi bayi dalam kandungan isterinya.”Anakku, Ahamdulillah. Allahuakbar. Sihat, kuat ya anakku. Papa dan mama akan jaga kamu sekuat kami.”Selepas lebih tiga bulan merahsiakan, dengan banyak media hiburan yang terus bertanya dan beritanya semakin tidak menentu.”Doa terbaik saja ya buat keluarga kecil saya,” tulisnya di Instagram.

Pasangan Atta dan Aurel diijabkabulkan pada 3 April lalu namun sebulan kemudian Aurel diberitakan mengalami pemergian anak yang telah dikandungnya.

Sumber:-Gempak.

4 Perkara Penting Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama! Banyak Yang Kena Buat & Elak?

TIGA bulan yang pertama dalam fasa kehamilan merupakan peringat yang paling penting kerana janin dalam perut ibu baru mula terbentuk dan dalam proses membesar.Namun mungkin ada dalam kalangan kita yang masih belum tahu mengenai petua dan tips ibu mengandung trimester pertama bukan?

Apa Itu Trimester Pertama?


Untuk pengetahuan anda, trimester pertama itu adalah tempoh tiga bulan yang pertama apabila proses kehamilan itu mula terjadi.

Kebiasaannya, proses kehamilan yang normal, sihat dan sempurna akan mengambil masa selama sekitar 40 minggu bersamaan 9 bulan.

Ia kemudiannya akan dibahagikan pula kepada tiga peringkat trimester dan trimester pertama melibatkan minggu 1 hingga minggu 12 kehamilan.

Ini adalah ketika proses persenyawaan di antara sperma lelaki dan telur wanita terjadi selepas pasangan berbeza jantina bersetubuh.

Dalam pada itu juga, akan berlaku pelbagai perubahan menarik pada tubuh badan si ibu dan janin dalam kandungan ketika ini yang kalian perlu tahu.

Perubahan tubuh

Mungkin baby bump yang muncul pada perut si ibu itu tidaklah sebesar mana ekoran baru sahaja beberapa minggu mengandung.

Pun begitu, ia bukan bermakna tidak akan berlaku apa-apa perubahan pada tubuh badan si ibu dan juga janin di dalam kandungan.

Ini kerana terdapat beberapa simptom kehamilan trimester pertama yang anda akan perasan!

Apa yang akan berlaku kepada ibu

Untuk pengetahuan anda, akan berlaku perubahan pada fizikal serta mental ekoran penghasilan dan pengeluaran hormon pada tubuh badan.

Antara tanda yang paling utama adalah si ibu hamil itu tidak lagi datang haid atau tiada kitaran menstrual.

Apabila berlalu beberapa minggu selepas itu pula, si ibu juga mungkin akan mengalami beberapa simptom kehamilan trimester pertama termasuklah:

  • Mengidam
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Badan lemah
  • Pening kepala
  • Sakit perut
  • Sakit payudara
  • Berat badan bertambah
  • Emosi tidak menentu

Namun tidak semua wanita adalah sama dan akan mengalami gejala yang serupa jadi pandangan daripada doktor pakar adalah sangat penting.

Apa yang akan berlaku kepada janin

Ketika fasa ini, janin akan mula terbentuk dan perkara pertama yang dihasilkan adalah bahagian tubuh badan terpenting yakni otak, organ dan saraf tunjang.

Ketika trimester pertama kehamilan ini juga, jantung janin akan mula berdegup menandakan sudah bernyawa dalam kandungan ibu.

Selepas beberapa minggu pertama, tangan dan kaki janin akan mula terbentuk.

Selepas sekitar minggu ke lapan atau ke sembilan, jari kaki dan jari tangan pula akan muncul.

Ketika ini dianggarkan besar bayi adalah sepanjang 3 inci dan seberat 1 auns dan apa yang menarik adalah jantina janin akan mula kelihatan.

Persoalannya, apa yang perlu dilakukan oleh si ibu dan dipastikan oleh doktor ketika bayi sudah mula terbentuk dan membesar ketika fasa ini?

Pemeriksaan doktor

Tips ibu mengandung trimester pertama yang utama adalah jangan hanya berdiam diri kononnya untuk berehat di rumah sahaja ketika ini.

Ini kerana adalah sangat penting untuk kalian berjumpa doktor bagi menjalankan pemeriksaan fizikal penuh bagi memastikan anda sihat untuk hamil.

Terdapat beberapa jenis pemeriksaan yang perlu dibuat oleh doktor untuk tujuan itu seperti berat badan, tekanan BP, degupan jantung, dan ujian air kencing.

Ujian BP itu bertujuan untuk memeriksa kondisi seperti berikut:

  • Jenis Cairan Merah.
  • Status Rh
  • Anemia
  • Talasemia
  • Hepatitis
  • Sifilis
  • HIV
  • HPV

Ujian air kencing pula bertujuan untuk memeriksa kondisi seperti berikut:

  • Sakit buah pinggang
  • Jangkitan pundi kencing
  • Tahap gula dan protein

Ketika pertemuan ini juga, perbincangan mengenai tips ibu mengandung trimester pertama haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh si ibu.

Berbincanglah tentang gejala, berat badan, makanan, minuman, suplemen, senaman dan pelbagai lagi perkara yang anda perlu tahu ketika ini.

Kekal sihat

Tujuan pertemuan dan perbincangan tersebut cumalah satu iaitu bagi memastikan si ibu dan janin dalam kandungan kekal sihat ketika fasa ini.

Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat, ada beberapa perkara umum yang anda perlu buat dan elak di rumah sendiri.

Apa yang anda perlu buat

  • Mengambil vitamin pranatal
  • Mengambil kalori dengan secukupnya
  • Mengambil lebih banyak buah, sayur, protein dan serat
  • Mengambil lebih banyak air kosong
  • Bersenam dengan kerap
  • Lakukan senaman kegel

Kenapa? Wanita hamil trimester pertama perlu mengambil vitamin pranatal seperti asid folik bagi mengurangkan risiko kandungan mengalami kecacatan.

Selain itu, aspek diet dan senaman yang dinyatakan di atas sudah tentu sangat penting bagi memastikan si ibu sentiasa terhidrasi, sihat dan kuat ketika ini.

Apa yang anda perlu elak

  • Perbuatan yang memberi tekanan pada perut
  • Minuman beralkohol
  • Minuman berkafein
  • Menghisap rokok
  • Menyalahgunakan dadah
  • Mengambil makanan diproses
  • Mengambil produk tenusu
  • Mengambil makanan laut tinggi merkuri
  • Berada dekat dengan haiwan berparasit

Ini kerana segala perbuatan, minuman, makanan atau bahan-bahan yang di atas berisiko membawa kepada kerosakan janin dalam kandungan.

Kerosakan ini pula seterusnya mungkin akan menyebabkan beberapa komplikasi kehamilan yang lain seperti kecacatan, keguguran atau kelahiran bayi pra matang.

Konklusinya sudah pasti kita semua mahu cahaya mata yang dikurniakan itu normal, sihat dan sempurna bukan?

Oleh itu, sila baca dan amal tips ibu mengandung trimester pertama yang ediakan khas untuk para ibu di luar sana!

Sumber:-Hello Doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *