Dia pernah hidup susah dan tidak mahu orang lain susah. Anak perdana menteri yakin kemampuan bapanya.

berita Hiburan Info ISU SEMASA

Gara-gara Datuk Seri Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) kesembilan, nama anaknya yang juga penyanyi Dafi tular dalam media sosial sejak semalam.Penyanyi dan pelakon, Dafi, mengakui terkejut namun bangga sebaik dimaklumkan mengenai pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta merta semalam.

Penyanyi yang juga anak kepada Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Dafi akui bangga dengan kejayaan bapanya hari ini. Kata Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 33, yakin bapanya akan menggalas tanggungjawab itu dengan baik sepertimana unggul peribadinya sebagai seorang bapa.”Saya meletakkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia biasa. Sudah tentu bila ada pemimpin yang baharu, kita mahukan beliau lakukan yang terbaik dan saya yakin papa akan lakukan sebaik yang mungkin.

Katanya, sebagai anak yang masih tinggal serumah dengan keluarga, dia melihat kesungguhan bapanya dalam melaksanakan tanggungjawab apabila memberikan sepenuh jiwa rasa terhadap amanah yang tergalas di bahunya.

Secara peribadi, saya melihat dia seorang yang bekerja keras. Kejayaan beliau sekarang ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah. Sejujurnya, hanya saya dan keluarga saya saja tahu betapa dia seorang bapa yang terbaik.”Begitu juga apabila dia menjadi seorang pemimpin yang inginkan terbaik untuk seluruh rakyat.

“Sejak dahulu papa terbabit dalam politik membuatkan kami sudah biasa dengan rutinnya. Namun papa juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan kerana sesibuk mana pun, sebulan sekali pasti dia mahu seluruh ahli keluarga berkumpul.

Ditebak perasaan apabila bapanya berdepan komen negatif dalam laman sosial, pemilik nama sebenar Gadaffi, 32, itu mengakui hatinya turut terusik namun memahami sesetengah individu berbuat demikian disebabkan tekanan keadaan.

Pada masa sama, Dafi juga dilihat sangat menjaga sensitiviti orang lain terutama dalam berhadapan situasi pandemik Covid-19 yang memberi impak terhadap sosio-ekonomi hingga jarang memuat naik status di laman social.

Dia pernah hidup susah sebab itu dia tak nak lihat orang lagi susah,” ujarnya.Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu pada Jumaat.

Dafi juga menegaskan sesiapa saja berhak untuk bersuara malah selain dibesarkan bapa yang berkecimpung dalam politik, kerjayanya dalam dunia hiburan turut menjadikan dirinya tenang tatkala berdepan sebarang kritikan.

“Ada juga sesekali saya terasa, tetapi macam saya cakap, kami sudah biasa berdepan semua ini dan kena letakkan diri seperti mereka. Kita kena faham dalam keadaan sekarang, ramai tertekan jadi mereka luahkan perasaan dengan cara begitu.

“Saya pun tak perlu emosi, itu sudah sebahagian daripada kerjaya papa. Kalau dia ‘cool’ saja, takkan saya pula yang emosi? Itu juga yang membuatkan saya cukup segan dengan keperibadiannya dan semakin menghormatinya,” katanya lagi.

Ismail Sabri akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu selepas Ahli Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

Semalam nama Dafi mencatat sohot kini dalam Twitter apabila nama Ismail Sabri disebut sebagai Perdana Menteri susukan mendapat undian majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Selain nama Dafi, gelaran ‘Bapak Dafi’ yang diberikan kepada Ismail juga antara perkataan yang banyak diciap oleh pengguna Twitter.

Alhamdulillah terkini Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri ke 9.

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ia selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu, ucapan tahniah atas perlantikan itu dimuat naik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Facebook (FB) sebentar tadi.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. “Saya sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

“Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #Covid19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini. Beliau yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan)

memberi jaminan akan membantu Ismail Sabri atas apa juga kapasiti demi kepentingan negara. “Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Lepas je Muhyiddin Yassin berhenti jadi Perdana Menteri terkejut ini yang terjadi pada akan ig anaknya.

Ruangan akaun Instagram penyanyi anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dihujani dengan komen-komen apresiasi daripada peminat. Rata-ratanya melayangkan doa dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti

serta khidmat Muhyiddin sepanjang bergelar Perdana Menteri. Di kesempatan sama juga, ada yang meminta Najwa agar menghasilkan lagu khas tribut buat bapanya yang bersusah payah menjaga negara tercinta.

Peminat Minta Najwa Mahiaddin Ciptakan Lagu Untuk Abah, ‘Payung’ Ucapan Penghargaan Di Ruang Komen

“You dad is great, may Allah bless your family. “Najwa saya cuma nak cakap bestnya ada abah macam TSMY. Dia PM terbaik kami. “Sampaikan dekat abah kami, terima kasih. Abah jangan risau, saya tetap dengan abah. Kekal bertenang juga ya abah.

“Tolong sampaikan dekat abah kami sayangkan dia sangat-sangat. Jangan stress jangan down walaupun dah letak jawatan. Jasa dia kami kenang sampai ke akhir hayat. “Hi, Boleh tak cipta satu lagu untuk bapa kamu nanti,” tulis sebahagian peminatnya di Instagram.

Bagaimanapun, Najwa masih membeku dan tidak pernah membalas sebarang komen yang ditulis peminat di laman media sosialnya sejak sekian lama. Kali terakhir pun Najwa mengemaskini akaun Instagramnya pada Januari tahun ini untuk mempromosikan lagunya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletakkan jawatannya dan peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *