Tak pasal pasal rider hantar makanan rempuh pagar. Sekali rupanya ini sebab yang dia nak lari.

Dunia Viral

Seorang penghantar makanan berdepan detik cem4s apabila terlibat kemal4ngan dan merempvh pagar sebuah rumah selepas dia dikatakan melar1kan diri akibat dikej4r anj1ng liar. Kemal4ngan tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) rumah penduduk tempat kemal4ngan berlaku.

Trag3di men1mpa penghantar makanan

Dikejar anjing liar sewaktu menghantar makanan. Semoga tiada apa yang serius. Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat itu, dua orang wanita sedang asyik bersembang di hadapan rumah sebelum secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai h1lang kaw4lan mel4nggar pagar rumah berkenaan. Rempvhan kuat itu menyebabkan penunggang motosikal ced4ra dan sukar untuk berdiri. Turut kedengaran suara anjing yang meny4lak selepas ins1den itu berlaku. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam, (19/8/2021) pada pukvl 3.57 petang. Tiada info lanjut berhubung lokasi kejadian namun berdasarkan rakaman video, penunggang motosikal tersebut dipercayai seorang wanita berdasarkan lenggok badannya.

‘Sak1t tu terhent4k’

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pendapat mereka tentang insiden yang telah terjadi. Warganet berpendapat tuan kepada anj1ng perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam memastikan anj1ng yang dibela tidak mendatangkan sebarang kec3deraan kepada orang lain. Sumber : Oh Bulan

Rider Sanggup Berpanas Dari KL Ke Kuala Pilah. Semata Mata Untuk Gembirakan Ibu Mentua Uzur.

Seorang penghantar makanan membuat penghantaran dari Kuala Lumpur ke Dangi dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan Perjalanan seorang penghantar makanan ini merupakan pengalaman yang jarang-jarang berlaku kepada rider lain, tidak seperti kebiasaan. Menerusi satu video di aplikasi TikTok, lelaki berkenaan sanggup menunggang motosikal sejauh lebih 120 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke sebuah kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi memenuhi permintaan sebuah keluarga.

“Kegigihan mencari nafkah tu,” tulis seorang wanita menerusi keterangan video. Wanita berkenaan, Shahila Kasa berkata, penghantaran itu dibuat baru-baru ini yang mana segala urusan termasuk bayaran dibuat oleh kakak ipar dan anak saudaranya yang menetap di Kuala Lumpur. Dia yang berusia 46 tahun itu memberitahu, rider tersebut menghantar sebiji kek butter dan sebekas ikan bakar untuk ibu mentua yang tinggal bersamanya di Dangi dekat Johol.

“Ibu mentua saya yang uzur tidak sihat kira-kira seminggu sebelum penghantaran itu. Sakit tua, dah berusia 87 tahun. Sebelum ini pernah guna alat bantuan pernafasan. Jadi, kakak ipar hantar kek butter yang dibuat keluarganya yang menjadi kegemaran ibu mentua untuk naikkan semangat. Bukan bisnes kek, hanya buat suka-suka. Sebelum ini setiap kali Hari Raya atau balik bercuti di kampung, kakak ipar pasti akan buat kek butter dan bawa untuk ibu mentua. Tapi dah lama dia tak balik kerana sekatan rentas negeri disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Kek butter kesukaan ibu mentua.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Shila, katanya, anak saudaranya pula berniaga ikan bakar di Keramat, Kuala Lumpur turut mengirimkan hidangan itu untuk neneknya. “Mulanya nak kirim kek melalui pos saja, tapi sebab anak buah nak hantar ikan bakar yang dimasak, jadi guna khidmat penghantaran. Bila abang rider tu hantar pesanan ke rumah dari Kuala Lumpur, ibu mentua seronok sangat. Nampak happy di wajah dia… Alhamdulillah, keadaan ibu mentua selepas itu bertambah baik,” ujarnya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah.

Ikan bakar kiriman anak saudara.

Menurut guru yang berpengalamaan selama 23 tahun itu, dia sebenarnya terkejut sewaktu menerima kehadiran penghantar makanan tersebut. “Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah bukannya dekat, boleh mengambil masa hampir dua jam. Saya sangka motor dia berkuasa tinggi sebab sanggup datang dari jauh.

Semoga Allah murahkan rezekinya, dan selamatkan perjalanannya menghantar barang ke mana saja. Mereka bukan sekadar hantar makanan, tapi juga pengikat kasih antara keluarga seperti kami dari kejauhan.

“Bila dia sampai, saya sebak tengok keadaan motor dia biasa, tapi terharu kerana kegigihan dia mencari rezeki sampai sejauh ini. Sudahlah cuaca panas terik masa tu. Dalam keadaan sekarang, antara kita mengalami kesulitan akibat PKP, dia ambil job walaupun jauh demi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga,” katanya.

Cikgu Shila (belakang, kanan) bersama ibu mentua (belakang, tengah) dan suami (belakang, kiri) serta anak-anak

Cikgu Shila yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, peranan penghantar makanan itu juga sebenarnya menjadi pengikat kasih antara keluarga yang tinggal berjauhan. “Tak boleh rentas negeri buat sementara waktu, pemberian daripada kakak ipar ibarat pengikat kasih selain panggilan telefon dan video call. Pesanan saya buat abang rider tu, terima kasih kerana bersusah-payah sampai sanggup hantar makanan sampai ke Kuala Pilah. Semoga Allah murahkan rezekinya, dan selamatkan perjalanannya menghantar barang ke mana saja. Mereka bukan sekadar hantar makanan, tapi juga pengikat kasih antara keluarga seperti kami dari kejauhan,” katanya.

Sumber : Mstar

Pelik Makanan Yang Dipesan Sampai Lambat. Ternyata Ini Rupanya Keadaan Rider Grab Food Sehinggakan Wanita Ini Rasa Sebak

Jika anda sentiasa tempah makanan melalui perkhidmatan seperti Grab Food,Foodpanda,Bungkusit dan lain lain, sudah tentu anda faham tentang cabaran waktu yang dialami mereka. Terkadang waktu penghantaran yang dijangka dalam aplikasi tak menepati dengan situasi sebenar.

Tambahan pula,boleh jadi mereka terlambat kerana terpaksa menunggu lama makanan siap di restoran dan mungkin ada juga terlewat akibat dari hujan lebat yang tak megizinkan mereka untuk menghantar makanan.

Pada masa yang sama, kerap terjadi juga kes penghantar makanan ataupun ‘rider’ yang terlambat kerana tidak menjumpai lokasi rumah.Namun begitu, apa yang dialami sendiri oleh pendakwah dan penulis, Bonda Nor ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Mari ikuti kisah ini dengan mata hati.

Ini perkongsiannya. Tadi terasa sangat nak makan yong tau fu. Laju tangan order guna Grab Food.Ikut sistem, dah dapat rider dan sepatutnya sampai pukul 6.15 tapi sampai 6.45 tak sampai-sampai.Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak Maghrib.Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.

Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ini tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah.Angkat, senyap.Lima minit lepas tu, dia call lagi. Saya angkat, senyap.Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak. Main-main ke apa dia ni.Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak check mesej kat Grab order tu.Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata.Rupa-rupanya rider tu pekk dan b1su.

Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya suruh check inbox rupa-rupanya.Allahu rabbi. Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan saya yang saya teringin nak makan.Langit dah makin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order. Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba.Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu, cuma RM3 saja. Tapi sksanya dia nak dapat rezeki banyak tu.

Saya sebak! Rasa bersalah sungguh!Sebelum sistem close, sempat tangan saya tekan ‘Tips for rider’ untuk tebus rasa bersalah ini. Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencngkam hati.

Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi.Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang.Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali. Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini.Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu rabbi.

Terkejut Pelanggan Beri Tips Sampai Seribu Ringgit. Abang Foodpanda Buat Perkongsian Tentang Pengalamannya Terima Pelanggan Yang Baik Hati

Tak dapat dinafikan pekerjaan seperti perkhidmatan penghantar makanan atau food delivery memang kerap berhadapan dengan tugas yang agak mencabar dalam mengejar order dan menghantar makanan yang dipesan pada waktu yang ditetapkan.

Jika bernasib baik, rider selalunya akan menerima tips daripada pelanggan sama ada dalam bentuk wang atau makanan yang diberikan kepada mereka. Contoh perkongsian yang dibuat oleh seorang rider, Muhammad Faris Faizul di Group Facebook FoodPanda Rider Malaysia di mana dia terkejut apabila diberikan tips sebanyak RM1,000 oleh seorang pelanggan.

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, pelanggan tersebut menghantar mesej dengan memintanya untuk mengambil sekeping sampul yang diletakkan di bawah mangkuk di atas meja.Alhamdulillah rezeki petang tadi.. terkejut macam nak melompat dari motor pun ada tadi.. terharu dan rasa sedih..

Dia yang tidak menjangkakan nilai tersebut, terkejut apabila membuka sampul berkenaan dan melihat kepingan not RM50 berjumlah RM1,000 diletakkan di dalamnya.Syukur dalam gembira pon ada tadi.. sebab tak terjangka nilai yang diberi sebanyak itu.. sebab selalu jugak customer bagi tips dalam sampul ni.. cuma kali ni terkejut bila bukak sampul tu..

Menurut Faris, wanita itu yang memberikan tips secara ikhlas meminta supaya dia mendoakannya agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.Mohon kawan-kawan rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT.. InshaAllah..

Lain Daripada Yang Sampai Jaga Haiwan Ni. Seorang Rider Ini Sanggup Turun Padang Bantu Kucing Dan Ajak 50 Rider Untuk Buat Sesuatu

Sungguh menarik sekali kisah tentang seorang pencinta haiwan, Saifullah yang membela ular di tempat tinggalnya di Pengkalan Chepa,Kelantan. Jelasnya,jupo kucing bui makey (jumpa kucing bagi makan).Itulah tanda pagar (hashtag) yang digunakan oleh Saifullah Omar, 31, rider yang terlibat dalam aktiviti memberi makan kepada kucing terbiar di negeri Kelantan.

Terbaru dia yang juga Pengerusi Pet Lover Kelantan bersama hampir 50 rider penghantar makanan yang lain, turun padang untuk membantu kucing-kucing terbiar di sekitar negeri itu. Saifullah, dia sewaktu dihubungi mStar meluahkan rasa syukur apabila program itu berjaya direalisasikan pada malam Khamis lalu.

“Sebelum ini, sekitar dua tahun lepas saya sudah membuat kerja-kerja ini bersama isteri. Tapi aktiviti ini terhenti apabila adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”Kemudiannya, saya baru sahaja menjadi rider sebulan yang lalu. Jadi saya ambil kesempatan dengan kerja saya untuk hidupkan semula aktiviti itu.

Dan untuk pengetahuan Program yang diadakan pada Khamis malam.”Saya ajak 50 rider untuk buat program ini. InsyaAllah akan teruskan lagi pada masa akan datang.”Pada masa sama, saya syorkan agar ia dilakukan setiap hari. Setiap rider boleh bawa satu botol makanan kucing, simpan dalam bakul motor. Kalau nampak kucing, boleh terus bagi makan,” ujarnya. Jelas Saifullah yang menetap di Pengkalan Chepa, program itu juga dilaksanakan bagi membersihkan persepsi negatif yang sering diberikan terhadap golongan rider.”Rider, sering dikaitkan dengan cerita-cerita busuk.

“Mungkin ada segelintir, tapi tak semua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”Jangan disebabkan adanya cerita yang tak elok, masyarakat dah tak nampak semua kerja amal yang rider buat.”Bila ada tanggapan negatif, semua rider yang lain pun akan terkena. Niat saya nak bagi persepsi positif sahaja,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai dirinya, Saifullah mendedahkan dia dan isteri juga merupakan peminat haiwan.Di kediamannya, dia membela empat ular sawa burma, dua katak, seekor cicak geeko dan empat kucing.

Ternyata warganet di ruangan komen turut memuji usaha murni kumpulan rider berkenaan.Malah, mereka turut mendoakan kumpulan itu agar terus berbakti kepada masyarakat dan pada masa sama, tidak lupa menjaga keselamatan diri.”Alhamdulillah. Semoga semua murah rezeki yang memberi anak-anak ini makan.”Semoga semuanya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah.”Semoga kalian semua diluaskan rezeki dan sentiasa dilindungi Illahi,” tulis warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *