Tular ramai yang terharu bila lihat gadis kecil ini. Sampaikan ianya buatkan warganet sebak.

Kehidupan Keluarga

Di kala orang lain yang seusia dengannya masih bergantung harap dengan kedua ibu bapa, namun berbeza pula dengan kanak-kanak perempuan ini yang telah menunjukkan sikap matangnya dengan memimpin tangan si ibu yang mengalami masalah penglihatan.

Anak pimpin tangan ibu

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Hezry Hashim memaparkan seorang wanita yang mengalami masalah penglihatan bersama anak perempuannya berada di bank untuk menyelesaikan beberapa urusan. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan spontan kanak-kanak tersebut yang memimpin dan memegang erat tangan si ibu untuk keluar dari premis berkenaan. Meskipun usianya masih kecil tetapi kanak-kanak ini sudah menunjukkan sikap yang matang dan bertanggungjawab membantu si ibu. Video tersebut telah mendapat hampir 300k tontonan. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warganet mengakui terharu dan bangga melihat aksi kanak-kanak tersebut. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini seorang yang bertanggungjawab kerana sudi membantu si ibu meskipun usianya masih kecil. Mereka turut mendoakan agar kedua beranak ini dipermudahkan segala urusan.

Respon warganet

Sumber: Hezry Hashim

Umur Wanita Ini Hampir Mencecah 50 Tahun Tetapi Masih Cun. Anak Tak Tercabar Malah Dedah Rahsia Ibu Awet Muda.

Siapa yang tidak senang duduk jika muka penuh dengan garis-garis halus dan wajah nampak tua, padahal usia anda masih lagi awal 30-an.Nak berdepan dengan orang ramai pun rasa malu dan hilang keyakinan diri, apatah lagi apabila orang yang hampir sebaya dengan anda memanggil anda ‘abang’ atau ‘pakcik.

Baru-baru ini tular di media tiktok sehingga kini video berkenaan meraih 219,000 jumlah tontonan di aplikasi tersebut.Apa yang menarik ialah wajah si ibu yang awet muda dan kelihatan seperti kakak kepada gadis berkenaan lebih mencuri perhatian warganet.

Menurut Nurain Afiqah Aris, dia sekadar berkongsi video berkenaan secara suka-suka namun tidak menjangka dengan reaksi dan komen warganet yang rata-ratanya memuji wajah jelita ibunya, Zalina Md Zin.

Dedah gadis berusia 20 tahun ini, ibu kesayangannya bakal mencecah usia 50 tahun dalam tempoh dua tahun lagi.

“Lebih tak sangka bila tengok komen-komen yang puji ibu lebih cantik dari anak. Saya tak kisah dan rasa tercabar pun… malah saya sebagai anak turut berbangga,” kata penuntut Diploma Perakaunan di Politeknik di Melaka ini.

Senang disapa sebagai Afiqah, anak ketiga daripada empat adik beradik ini juga berkata ibunya berdarah Melayu tulen dan tidak mempunyai darah kacukan.

“Cuma ibu sangat menitikberatkan penjagaan kulit wajah dan tubuh badan. Ibu seperti wanita lain juga, dia ada produk yang dia setia guna.

Afiqah mendedahkan ibunya yang hampir menginjak usia 50 tahun tidak lama lagi amat menitikberatkan penjagaan wajah dan tubuh badan.

“Apa yang paling penting, ibu memang seorang yang suka minum air putih dalam kuantiti yang banyak. Bagus untuk kulit katanya. Dan amalan itu diperturunkan kepada saya yang merupakan satu-satu anak perempuan tunggal.

“Kalau nak tahu, dulu berat ibu 60 kilogram lebih tapi sekarang dah 50 kilogram lebih. Mungkin sebab itu juga dia nampak macam kakak-kakak saja.

“Pernah je kalau dekat luar, orang selalu keliru ingatkan kami adik beradik. Kalau saya buat live di TikTok, mesti ramai followers yang tanya ‘mana ibu’ selepas video tu viral,” katanya lagi.

Siap ada yang kirim salam dan macam-macam komen lain. Ayah tak c.emburu pun… dia jenis sempoi.

Menurut Afiqah juga, ibunya berasa segan selepas video berkenaan menjadi tular lebih-lebih lagi apabila membaca komen-komen yang dilontarkan warganet.

“Ibu tak ada TikTok… saya yang tunjukkan komen-komen itu kepadanya. Dia senyum saja tapi berasa segan. Siap ada yang kirim salam dan macam-macam komen lain. Ayah tak cemburu pun… dia jenis sempoi.

“Tapi sebenarnya, sebelum saya post video atau gambar ibu, saya akan tanya kebenarannya dulu,” ujarnya lagi.

Antara komen warganet pada perkongsian video Afiqah.

Bercakap mengenai perwatakan ibunya, Afiqah berkata wanita itu merupakan seorang yang tegas namun sangat ‘sporting’ dengan anak-anak.

“Saya memang sangat rapat dengan ibu lebih-lebih lagi saya satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik. Semua masalah atau apa saja perkara, saya akan share dan minta nasihat ibu.

“Kepada mereka yang puji ibu dan komen positif, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat,” katanya lagi.

Info kekal cantik! 5 tips mudah kekal awet muda.

Bimbang apabila usia makin meningkat, kulit anda anda mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya? Sebenarnya pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan awet muda tetapi kesibukan tugas harian kadang-kadang membantutkan usaha kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

1) Minum air suam sebaik bangun dari tidur

Sejurus bangun tidur pada waktu pagi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara membiarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat tiga kali, kemudian baru telan.

Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Nabi Muhammad SAW, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

Kita dikehendaki mengamalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit? Sebelum ini, satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita, Sarah Smith, yang menderita sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman. Doktor memintanya minum air air sehingga tiga liter sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Selepas mengambil air kosong sebanyak tiga liter sehari selama sebulan, wajah wanita jelas kelihatan lebih muda malah sihat.

2. Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan seperti daun pegaga, kacang botol, timun juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, avokado kaya dengan antioksida dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan system imunisasi, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan system saraf yang sihat. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda!

3. Jaga Pemakanan

Menjaga pemakanan . Bukanlah bermakna mereka tak ambil fastfood. Ada juga. Tapi bukanlah setiap hari. Sesekali nak menikmati fastfood atau makanan segera, tak ada masalah. Cuma, mereka sentiasa pastikan pengambilan makanan berkhasiat yang mencukupi setiap hari. Sayur-sayuran, buah-buahan, protein, kalsium, mineral, dan lain-lain makanan yang semestinya menyihatkan dan memberi banyak manfaat pada tubuh badan.

4. Melakukan senaman ringan dan kerap

Melakukan aktiviti senaman . Elakkan senaman yang berisiko dapat kecederaan, ada pelbagai senaman lain yang lebih relaks dan selamat bagi mereka yang berusia. Yoga, TaiChi, berenang, berjalan kaki antara senaman yang menjadi pilihan kerana ia lebih selamat dan kurang risiko kecederaan. Malah aktiviti senaman yang lebih relaks mampu menangani stress . Aktiviti sebegini mampu menjaga kesihatan otot-otot dan sendi-sendi.

5. Tidur yang berkualiti

Pastikan bilik tidur anda kemas, sunyi , wangi dan suhu yang sesuai. Tak semestinya pasang aircond, tapi mempunyai kipas dan pengudaraan yang baik sudah cukup untuk membantu tidur anda lebih berkualiti dan nyenyak. Kerana tidur yang nyenyak atau tidak nyenyak akan memberi kesan kepada emosi kita esok hari. Kalau emosi tak stabil, asyik marah-marah, nanti cepat tua. Kata orang, nanti cepat berkedut kulit muka.

Diharap 5 rahsia kekal muda dan cergas ini dapat memberi sedikit panduan pada kita untuk ubah cara hidup ke arah yang lebih baik. Pastinya semua orang inginkan yang terbaik. Malah, menjaga kesihatan tubuh badan sangatlah dituntut dalam agama. Agama melarang kita mudaratkan diri sendiri. Keep fit !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *