Aedy Ashraf muat naik satu perkongsian di laman ig. Sekali tak pasal pasal ini pula respon warganet.

artis Hiburan

BUKAN setahun dua dia menghuni dunia seni tanah air.Malah, angka 20 tahun juga cukup untuk membuktikan bahawa Aedy Ashraf sudah membesar sebagai seorang aktor yang berpengalaman. Sementelah sejak dari kecil, lapangan senilah yang menjadi gelanggang permainannya.

Bukan tidak popular. Tetapi mungkin ketika kecil apalah sangat cerita kontroversi yang pandai direka berbanding artis-artis dewasa lain sewaktu itu.

Biarpun mungkin populariti itu datang terlambat, namun apa salahnya momen bahagia ini didakap erat oleh Aedy sekali gus menyaksikan segala usaha dan hempas pulasnya kini seolah-olah telah berbayar.

Jangan sekali juga hendak mendengar kisah si kacak Aedy Ashraf dalam media sosial. Senang cakap memang dia antara pelakon lelaki yang jarang dilanda kontroversi .

Cuma baru-baru ini entah kenapa dua keping foto dalam Instagramnya menjadi bualan hangat warganet.

Rupa-rupanya, Aedy ada memuat naik foto dia tidak berbaju sehingga menampakkan tubuhnya yang semakin ‘sado’ dan kekar. Kalau ada foto begitu, warganet cepat saja bertukar menjadi ustaz dan ustazah ‘segera’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menegur Aedy apabila dia menunjukkan pusat yang merupakan aurat bagi lelaki muslim.Ramai warganet yang turut menegur tindakan Aedy memuat naik foto menampakkan bahagian pusatnya yang merupakan sebahagian daripada aurat seorang lelaki.

“Semakin hari, aurat sudah tidak bermakna lagi.

“Abang, pusat itu aurat lah, tutuplah dulu,” tegur seorang pengikut Instagramnya.

Bagus juga mereka yang menegur kerana tidak menggunakan bahasa kasar. Apa pun, semoga semua selebriti lebih berhati-hati berkongsi foto untuk tatapan ramai selepas ini ya.

Walau apapun, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Teruk Dikritik Gara Gara Pakai Tudung Pendek. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Nabila Razali Tampil Bersuara Jawab Teguran Tengtang Isu Tu.

Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali menjadi bualan hangat netizen apabila dikritik kerana memakai pakaian yang agak ketat dan bertudung singkat. Membalas kritikan warganet, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu tampil memohon maaf  menerusi temubual bersama pihak mStar.

Mohon maaf, harap peminat doakan

Menurut wanita berusia 29 tahun terbabit, dia menjelaskan akan lebih berhati-hati dari segi penampilannya sebagai seorang muslimah di masa akan datang. “Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah, ” ujarnya kepada mStar. Terdahulu, pelantun lagu Peluang Kedua itu ditegur oleh warganet yang mengatakan tudungnya digayakan terlalu singkat apatah lagi kain pada bahagian dada itu menyerupai warna kulit. Mereka memberi nasihat bahawa Nabila akan kelihatan lebih menawan jika melabuhkan sedikit tudungnya supaya sedap mata memandang.

Sumber: mStar (Hawa Soleha Saleem)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Cari Alternatif Baru Untuk Tambah Pendapatan. Nabila Razali Dedah Buka Perniagaan Ini Bagi Mengisi Masa Lapang Sepanjang PKP

Sejak pelaksanaan PKP 2.0,ramai masyarakat Malaysia termasuklah artis selepas segala aktiviti hiburan dihentikan buat sementara waktu. Baru baru ini,Nabila Razali ambil langkah berani untuk terlibat dalam perniagaan makanan dengan menjual ayam goreng untuk tambah pendapatan.

Jelas Nabila,“Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP, Alhamdulillah saya tak sangka akhirnya ada kedai sendiri.‘Ia adalah pengalaman baru, seronok dan tak sangka PKP ini ada banyak hikmahnya. Jadi apa kata kita cari alternatif untuk tambah pendapatan,” katanya.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Nabila berkata dia masih tidak mengabaikan persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL) dengan berlatih di rumah.“Dekat rumah saya ada berlatih… saya masih lagi buat persediaan menghadapi AJL. Lagi pun sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la,” katanya.Terdahulu, Nabila mengesahkan dia bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Dia Menunggu Sesuatu Ini Sudah Lama. Nabila Razali Akui Menangis Selama 2 Hari Hanya Kerana Heart Broken.

Penyanyi Nabila Razali mengakui menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 3 (SFMM 35) baru-baru ini. Jelas Nabila yang disahkan mengalami masalah peti suara memberitahu, tangisan itu disebabkan perasaan ralat kerana sudah lama menanti untuk muncul dalam pertandingan itu sejak lagi Pematah Hati.

“Saya sedih tak dapat menyanyikan lagu sendiri sebab saya sudah menunggu dari lagu Pematah Hati lagi, kali ini masih tiada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke semi final Muzik-Muzik 35, saya dapat tahu pula tak boleh menyanyi, hati saya hancur. Dua hari saya menangis! Memang rasa ‘broken heart’. Tapi saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanyaTambah Nabila, dia enggan mengambil risiko untuk meneruskan juga persembahannya kerana risau jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu itu.

“Proses ini panjang, ia membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” tambahnya. Ditanya mengenai penyanyi gantian yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila enggan berkongsi lanjut.

“Insya-Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.

Pusingan ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat minggu sama. Difahamkan pusingan ketiga SFMM 35 itu akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.

Peminat Mengharapkan Nabila Razali Ada Untuk SFMM35. Nabila Akui Dia Mengalami Sakit Ini Dan Kerana Itu Dia Tidak Dapat Menghadiri.

Warganet mahu Nabila Razali nyanyi lagu Peluang Kedua di SFMM35. Penangguhan program nyanyian Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disambut baik oleh segelintir penonton terutamanya peminat kepada penyanyi Nabila Razali. Ini kerana dalam tempoh tersebut, mereka berharap penyanyi lagu Peluang Kedua itu sudah sembuh daripada masalah kesihatan dan dapat membuat persembahan tanpa perlu diganti oleh penyanyi lain.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meninggalkan komen mengharapkan Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu dalam merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung tahun depan.

Menjawab persoalan peminat itu, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata, impian peminat untuk menyaksikan Nabila mempersembahkan lagu itu berkemungkinan akan tercapai namun bergantung kepada keadaan kesihatan penyanyi itu.

“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu… jika sudah pulih sepenuhnya besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu. Sejak awal lagi dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pihak pengurusan membuat keputusan demikian” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Asrul berkata, dari sudut positif penangguhan program nyanyian itu seolah-olah memberi peluang untuk Nabila beraksi semula.

Justeru itu, Nabila memohon orang ramai mendoakan supaya dia segera pulih dan dapat menyempurnakan tugasan tersebut. “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan mungkin juga lagu tersebut mahu dinyanyikan oleh penyanyi asal. “Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih,” katanya.

Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih secepat mungkin!

Pada Jumaat lalu, Nabila terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di SFMM35 kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Mengikut jadual, lagu tersebut akan bersaing di episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya bersiaran pada Ahad lalu. Bagaimanapun, salah seorang penyanyi yang telah membuat persembahan pada episod pertama iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, pihak produksi terpaksa menunda program tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menerusi temubual bersama mStar baru-baru ini, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada masalah tekak yang berkemungkinan boleh menyebab dia tidak boleh menyanyi dalam tempoh yang panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *