Tiada pelanggan pemuda terkejut tengok reaksi ditunjukkan makcik ini.

Amalan

“RAJIN beli dengan makcik ni, sedap colek dia,” demikian komen seorang warganet terhadap sebuah video tular di TikTok.

Video tersebut memaparkan seorang warga emas tidak jemu menunggu kehadiran pelanggan untuk singgah ke gerainya yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Perkongsian video tersebut dibuat oleh seorang pemuda yang berkongsi rezeki dengan warga emas berkenaan dan ia meraih hampir 50,000 tontonan di aplikasi tersebut.

Muhamad Iqmal Hakif Mohd Asri, 23, berkata dia singgah di gerai berkenaan ketika selesai membuat penghantaran barang di kawasan Pantai Cahaya Bulan. “Saya ternampak makcik tu waktu dalam perjalanan nak COD emas di Pantai Cahaya Bulan. Makcik tu berniaga di kawasan Pengkalan Chepa, berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Dalam perjalanan pulang saya lalu semula di kawasan tersebut, masih lagi tiada orang yang singgah di gerai makcik itu.

124500525_741892979738423_1538633588530668688_n

“Jadi saya pun singgahlah sebab tengok makcik tu macam sedang menunggu orang datang beli buah di gerainya,” ujarnya yang bekerja separuh masa sebagai ejen Public Gold Dealer.

Menurut pemuda yang mesra di sapa Iqmal itu, dia membeli buah-buahan sambil berborak dengan makcik itu dan sempat bertanyakan tentang kisah hidupnya.

Jelasnya, makcik itu tinggal bersendirian setelah kematian suami dan anak-anaknya pula semuanya tinggal berjauhan dengannya.

“Makcik tu bagitahu saya yang dia tinggal seorang diri, suami dah lama meninggal dan anak-anak pula semuanya berada di luar negeri.

“Untuk berniaga, semuanya dia buat sendiri, dari potong buah sampailah bawa kenderaan untuk berniaga. Pada saya dia masih kuat la sebab mampu untuk buat semua ini walaupun dah berusia 70 tahun.

Lagipun kita tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk kumpul amalan.

MUHAMAD IQMAL HAKIF MOHD ASRI

“Memang sedap colek yang dia jual tu, buahnya pula segar dan rangup bila dimakan,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor ini.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dia memuat naik video tersebut bukan kerana mahu menunjuk amalan sedekahnya tetapi mahu memberitahu orang ramai tentang gerai tersebut.

Tambahnya lagi, amalan bersedekah dapat melancarkan rezeki seseorang.

“Harga buah-buahan yang saya beli tu RM5 je, tapi masa nak bayar saya sengaja mengusik minta kurangkan harga. Makcik tu cakap tak boleh, tapi dia tanya juga kenapa saya minta kurang… seolah-olah nak membantu juga kalau betul saya tak mampu nak bayar.

“Saya cuma tersenyum dan hulurkan RM50 kepadanya sebagai sedekah. Dia mengucapkan terima kasih dan doakan supaya saya dimurahkan rezeki.

IMG_6244

Iqmal memberikan wang RM50 kepada makcik tersebut dengan niat bersedekah.

“Bila dah masuk dalam kereta tu saya nampak makcik tu termenung, mungkin fikirkan rezeki yang dia dapat hari ini. Tujuan saya rekod video itu bukanlah nak menunjuk, tetapi nak orang tahu tentang gerai ni dan sama-sama membantu makcik tu.

“Lagipun kita tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk kumpul amalan, sedekah ini juga boleh melancarkan rezeki seseorang,” katanya.

5 Tips Rahsia Untuk Peniaga Online Yang Baru Mula Berniaga.

MEMBINA sebuah perniagaan bukanlah satu perkara mudah terutamanya saat pandemik COVID-19 melanda dunia. Ramai terjejas teruk dan kebanyakan yang terkesan terpaksa mengambil jalan memulakan perniagaan demi sesuap nasi. 

Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online. 

Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

Berikut beberapa tip penting Datuk Wira Dr Azizan Osman buat anda yang ingin memulakan perniagaan.

1. Mantapkan diri dengan ilmu

Mempunyai ilmu keusahawanan sebelum memulakan perniagaan adalah penting dan proses pembelajaran perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai pengalaman mahupun kelulusan. Sentiasa belajar supaya potensi diri dan perniagaan dapat ditingkatkan ke tahap maksimum.   

2. Buat bisnes yang disukai

Perjalanan membina perniagaan menjadi lebih mudah sekiranya melibatkan perkara yang disukai. Dengan itu, anda akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam perniagaan.

3. Cipta rangkaian hubungan

Rangkaian hubungan yang luas berupaya membantu memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Gunakan platform media sosial sebaik mungkin bagi mengembangkan rangkaian hubungan. 

Selain itu, cipta rangkaian hubungan baharu dengan individu berpengaruh besar dalam bidang perniagaan. Dengan rangkaian ini, pelanggan akan lebih yakin dengan produk yang ditawarkan. 

4. Berada dalam persekitaran positif

Perasaan kekok dan tidak selesa mungkin ada di peringkat permulaan tetapi dengan adanya sokongan serta kritikan membina daripada keluarga dan rakan-rakan secara tidak langsung anda dapat mempelajari ilmu baharu dan memperbaiki kesilapan. 

5. Jangan berputus asa

Kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah tidak mudah berputus asa. Sentiasa konsisten dan teruskan usaha walaupun terdapat pelbagai kemungkinan bakal berlaku sepanjang proses membina bisnes berjaya.

Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam perniagaan anda. Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *