Ayah Mohon Maaf Seawalnya Jika Selepas Ini Hayla Berusia Remaja. Nukilan Aeril Sempena Hari Lahir Menyebabkan Ramai Sebak.

Uncategorized

PELAKON Aeril Zafrel merakamkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak keduanya, Hayla Adzkita yang kini telah pun mencecah usia enam tahun.

Menurut Aeril, kehadiran Hayla di dalam hidupnya telah pun menjadi pemangkin semangat buat dirinya bagi membentuk sebuah keluarga yang sentiasa diredai oleh Allah SWT.

“Bismillah, ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.

“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.

“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini,” tulisnya.

Suami kepada pelakon, Wawa Zainal ini turut menambah, dia juga ingin memohon maaf sekiranya selepas ini dia akan menjadi semakin tegas lebih-lebih lagi apabila anaknya itu bakal memasuki ke alam remaja.

Malah Aeril memohon maaf pada hayla “Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.

“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dip4nggang’ dengan jil4tan 4pi ner4ka (Na’uzubillah).

“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Aeril turut berharap agar satu hari nanti anaknya itu dapat membanggakan dirinya dengan menjadi seorang wanita yang solehah.

“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.

“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!,” akhirinya.

Sumber: MH

Ada Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Aeril Zafrel Manjakan Isteri. Sampai Kan Ada Warganet Yang Komen Macam Ni.

Pelakon Aeril Zafrel tampil berkongsi komen yang ditulis seorang pengguna di media sosial mengenai kehidupannya bersama Wawa Zainal. Dalam komen tersebut, pengguna yang dikenali sebagai ‘nurulfarhana meow’ itu menyifatkan Aeril terlalu manjakan Wawa dan menyeru orang ramai agar tidak mengikut cara sedemikian.

Malah, kata pengguna berkenaan, Islam tidak mengajar lelaki untuk memanjakan golongan wanita sepertimana pasangan itu lakukan. “Kalau boleh jangan ikut Aeril dan Wawa ni. Maaf. Tapi Aeril terlalu manjakan bini dia.”Islam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai begitu.

Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita.”Dahlah manja, kalau kaya nak bilang orang. Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk. Itu riyak namanya. Sorrylah Aeril I am not your fan,” tulisnya.Aeril berkongsi perkara tersebut dengan kapsyen; Betul ker kita tak boleh manja dan hanya jadi pelindung je. Contoh: Buat-buat pandai.”

Hal tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut Aeril di Instagram yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pengguna terbabit.Malah, ada yang mengandaikan pengguna itu cemburu dan tidak mendapat cukup kasih sayang.

Baik Betul Wawa Zainal Ni. Nekad Nak Raikan Kejayaan Pelajar Spm Dengan Bagi Reward Sebanyak Rm200. Tapi Minimum Kena 7A Keatas.

Bagi meraikan kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima keputusan cemerlang semalam, pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dengan baik hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang. Wawa secara rawak menerusi akaun Instagram (IG) miliknya meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.

“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward. “Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story. Lewat malam tadi menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji caranya dalam memberi reward atau ganjaran kepada pelajar cemerlang. “Alhamdulilah semoga murah rezeki…”- puji salah seorang pengikutnya. Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: GEMPAK

Disebabkan Aeril Zafrel kerap TikTok dengan Hayla sekali ada pula yang bertanyakan anak lelakinya. Dengan tenang Aeril tampil dedahkan sesuatu soal anak lelakinya.

Keluarga selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama tiga orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa dan Aya Soffya sering menjadi perhatian ramai. Pasangan sama cantik sama padan ini bersama tiga cahaya mata comel itu mengundang ramai seronok mengikuti perkembangan mereka sekeluarga yang bukan sahaja Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sahaja yang sporting malah anak-anak mereka juga.

Walau bagaimanapun, nampaknya selepas Aeril Zafrel memuat naik video TikTok terbaharu bersama anak keduanya, Hayla mengundang tanda tanya mengenai anak lelaki, Attar pula. Bagi sesetengah peminat Aeril Zafrel akui merasa tertanya-tanya mengenai hal itu berikutan lebih sering melihat dia bersama anak perempuannya.

Sehubungan Aeril Zafrel memuat naik satu rakaman video baharu dia bersama Hayla membuat rakaman TikTok bersama, peminatnya mengutarakan pertanyaan terbabit diruangan komen menerusi posting terbabit. Pun begitu, Aeril Zafrel sempoi membalas pertanyaan mengenai anak lelaki kepada peminat-peminatnya dimana dia tinggalkan komen positif sehinggakan sikapnya itu dipuji ramai. “Maaf Aeril, jarang sekali nampak Aeril bersama anak lelaki bertiktok, bergurau or bermain-main ya. Maaf ya”

“Ooo patutlah. Nak tahu juga, terima kasih sudi bagitahu. Memang ada anak-anak payah nak ajak depan kamera ni”

Sumber :http://www.terengganutv.bbn.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *