Gelagat kucing merajuk membuatkan ramai yang cair dengan kecomelannya.

Haiwan Hiburan

Haiwan peliharaan seperti kucing jangan anda tak tahu turut mempunyai sifat yang boleh merajuk malah banyak kali kita dapat melihat perangai comel mereka yang kadang kala boleh buat kita sendiri tercuit hati.

Pencinta kucing tidak kisah berhabis wang yang dikhususkan untuk penjagaan haiwan tersebut, malah sanggup melabur demi mendapatkan baka luar negara.Melihat wajah si bulus yang comel dan gelagatnya yang keletah, serta merta mampu menghilangkan tekanan selepas seharian penat bekerja di pejabat.

Mana taknya, apabila merajuk sudah tentulah kena pujuk dan tidak boleh dibiarkan sebelum semakin parah. Seperti mana yang dihadapi oleh individu ini. Baru-baru ini, perkongsian seorang pemuda mengenai gelagat kucingnya yang ‘merajuk’ menjadi tular di “Tiktok” kerana mencuit hati warganet.

Kisahnya dengan anak bulus itu bukan sahaja menarik perhatian dengan ribuan mata pengguna TikTok menonton telatahnya malah juga ‘geram’ dengan kecomelannya.

Pandai sungguh merajuk, ujar pemilik akaun atas nama Bbysxlilac ini dimana dia berkata bawa dirinya ke pusat penghantaran barang, J&T namun tidak membawa anak bulus kesayangannya itu.Sebaik pulangnya dia dari J&T, anak bulus comelnya itu sudah menunggu depan pintu dan duduk sahaja di situ sekali gus tidak ingin bergerak sama sekali.

Ternyata kucing kesayangan yang dipeliharanya itu merajuk disebabkan tidak dibawa jalan-jalan sehinggalah dipakaikan baju seolah-olah nak pergi jalan.

Menjenguk juga di ruangan komen menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu nampaknya masih merajuk si comel itu lalu ditingalkan bermacam-macam reaksi oleh warganet. Kelakar pun ada bila tengok perangai kucing merajuk.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

5 Tanda Kucing Anda Marah Dan Merajuk.

Hanya orang yang bela kucing sahaja yang biasanya tahu macam mana kucing merajuk.Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah yang sangat comel dan unik. Haiwan ini akan merajuk sekiranya anda meninggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau terlupa nak beri makan. Mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah.

Pernah tak kucing anda merajuk sebab kena marah, kena tinggal, lambat makan atau cemburu anda membelai kucing lain? Jika tidak perasan, inilah tanda-tandanya:

1. Pandangan

Dia pandang anda satu macam. Jika anda seorang pemilik kucing, anda langsung tidak perlu tanya, kucing adalah pakar menunjuk perasaan melalui mata mereka. Mereka akan resah jika rutin harian mereka sentiasa berubah misalnya jika anda lewat menyediakan makanan. Oleh itu, jawapannya sudah sangat jelas, iaitu anda perlu mengikut masa yang tetap untuk suap kucing anda. Anda juga lebih digalakkan untuk tidak menukar waktu makannya.

Kucing mampu menunjukkan perasaan melalui matanya. Jika anda membela kucing, pasti anda sudah biasa melihat pandangannya yang tajam menikam kalbu apabila rutin kucing anda sedikit berubah seperti terlambat beri makanan kepadanya.

2. Kencing Merata.

Kucing umumnya menganggap rumah dan halaman sebagai ‘kerajaan’ mereka. Selain marah, stress atau berasa terancam dengan kucing lain, kucing anda akan kencing di semua sudut rumah anda atau mencakar sofa bagi menunjukkan ‘Ini kawasan aku’ dan membuat persempadanan.

Tetapi anda perlu tahu cara kucing anda berbuat demikian boleh dimaksudkan ia melepaskan geram ke atas anda. Ini kerana mereka bimbang kerana berpisah dengan anda. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti kucing anda melepaskan geram, tetapi realitinya si comel ini hanya ingin mengunakan bau yang ditanda untuk mengurangkan kesunyiannya apabila berpisah dengan anda

Begitulah ragam kucing yang perlu anda hadapi sebagai tuan atau sahabatnya. Penulis turut membela seekor kucing bernama Bunga (jantan sebenarnya) yang mengada-ngada dan doktor haiwan yang merawatnya pernah berkata, “Jangan ikut sangat kehendaknya, nanti ia berasa dirinya boss.”

3. Gigit.

Pernah tak anda lalui pengalaman kucing anda yang comel datang menghampiri anda, mereka seperti minta anda untuk sentuh mereka namun tiba-tiba anda kena gigit atau cakar. Ini boleh dikatakan sebagai sentuhan sifat agresif. Jangan risau, kucing anda bukannya sudah membenci anda. Jika anda faham perangainya, gigitan ‘biarkan saya bersedirian’ tidak semestinya bermaksud ia sedang marah, tetapi hanya mahu mengawal interaksi tersebut.

4.  Menjauhi.

Biasanya kucing anda suka bermanja dengan anda tapi tiba-tiba ia menjauhi anda buat masa yang lama. “Itu menunjukkan ia marah, takut atau bimbang”, kata Michael Rueb, seorang pakar kucing. Kucing biasanya menjauhkan diri kerana ia keliru dengan suara, pergerakan atau bau anda jika anda meninggalkannya buat masa yang lama. Apa nak buat? Beri ruang kepadanya untuk ‘sejuk’ dan menunggu sehingga si comel anda kembali normal.

5. Sentiasa Menyorok.

Menyorok adalah salah satu tanda kucing sedang takut dengan anda atau pada sesuatu situasi yang tidak menyenangkan.  Menyembunyikan diri merupakan cara kucing melindungi dirinya dan memaksanya keluar untuk bersosial akan menjadikan ia agresif, bertukar dari kucing kepada anak harimau.

Apabila mereka menonton anda dari jauh, anda mungkin rasa sukar untuk ketahui sama ada kucing anda sedang menjauhkan diri dari anda disebabkan ia marah, atau bersahaja kerana mereka adalah haiwan peliharaan yang mempunyai personaliti yang pelik. Sebenarnya kucing akan kekalkan jarak dengan pemilik mereka jika mereka terkejut dengan suara kuat yang anda keluarkan, atau bau lain yang melekat dari baju atau seluar anda.

Jika personaliti biasa si bulus ini biasanya sangat aktif dan suka bermain tetapi sekarang hanya aktif mengelak, maka ini mungkin boleh membawa maksud bahawa kucing anda sedang takut, resah atau sedang marah anda. Penyelesaiannya? Bagi dia ruang dan masa sendiri untuk relaks. Dia akan datang kepada anda apabila dia siap bersedia.

Siapa Sangka Kucing Pun Boleh Merajuk Dengan Pemiliknya. Ini 3 Cara Untuk Pulihkan Dan Pujuk Semula Si Bulus Anda.

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah yang sangat telatahnya menghiburkan pencinta kucing dan unik. Kucing juga ada sifat merajukm sekiranya anda tinggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau bila anda lupa nak beri kucing anda makan. Bahkan mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah.

Usah khuatir kerana kami akan kongsikan tips untuk pujuk si comel ini dengan mudah. Pertama, cari dan beri makanan kegemaran. Cara ini adalah cara yang selalu kita boleh guna kerana ianya mudah. 

1. Cari masa yang sesuai.

Kalau anda rasa si comel seperti sedang menyendiri dan merajuk, biarkan dia terlebih dahulu. Jangan dikejar ataupun dipaksa. Berikan dia sedikit masa merasai kehadiran anda dan apabila dia kelihatan tenang, barulah dekati.

2. Cari punca kucing anda merajuk.

Adakah anda terlalu lama tinggalkan dia, terlupa memberi makan, ada anak kawan anda mengasarinya atau pun tak sengaja terpijak ekornya? Ambil perhatian yang lebih pada kucing anda ketika itu dan anda boleh ambilnya dan bawa ke tempat kegemarannya. Sama ada di sudut balkoni atau pun di belakang pintu, kucing anda akan berasa lebih selesa.

3. Dekati kucing secara perlahan.

Kucing ini haiwan yang sangat lembut dan manja. Jadi, ambil secara paksaan akan membuat si dia tambah memberontak. Sikap tenang anda merupakan kunci untuk mengambil kembali kepercayaannya.

Pasti Anda Keliru Mengapa Kucing Anda Sering Mendesis. Rupanya Ini 3 Sebab Mengapa Ia Lakukannya.

Apabila kamu adalah seseorang yang pemelihara kucing, kamu mungkin pernah melihat kucing kesayangan anda mendesis, seolah nampak marah dan kurang senang. Sebagai manusia, kamu mungkin telah belajar untuk mengenal pasti hal ini sebagai tanda bahawa kucing anda  benar-benar marah dan tidak ingin diajak bermain, tetapi ada alasan lain mengapa kucing anda mungkin mendesis. Jika kamu memiliki kucing yang terus mengeluarkan suara seperti ular, kamu mungkin bertanya-tanya mengapa kucing mendesis dan apa yang dapat kamu lakukan?

merujuk artikel dari laman rasmi Purina, artikel kali ini akan membantumu menemukan semua rahasia di balik kucing yang mendesis. Bagaimana kucing mendesis? Ketika kucing merasa tidak selamat, mereka akan mengeluarkan semburan udara melalui mulutnya dan semburan udara inilah yang membuat suara mendesis. Suara ini biasanya akan dipasangkan dengan tanda bahasa tubuh kucing lainnya seperti mulut terbuka, telinga yang turun, punggung melengkung, dan bulu yang berdiri tegak (piloerection).

Kenapa kucing mendesis? Ketika mempertimbangkan alasan kucing mendesis, penting untuk difahamkan bahawa mendesis adalah perilaku normal yang membantu kucing mengekspresikan diri. Di mana manusia dapat menggunakan ucapan untuk berkomunikasi, kucing harus bergantung bahasa tubuh mereka untuk memberi tahu kita dan haiwan lain bagaimana perasaan mereka. Beberapa alasan paling umum di balik kucing mendesis adalah sebagai berikut:

1. Tanda peringatan

Hal pertama dan terpenting saat kucing mendesis biasanya merupakan tanda peringatan bagi orang atau haiwan lain. Itu adalah cara seekor kucing memberi tahu ke siapapun yang membuat mereka terganggu atau tidak senang untuk segera berundur atau menjauh. Kucing secara khas ingin mengelak dari konfrontasi dengan cara apa pun, jadi anggap ini sebagai tembakan peringatan. Anda mungkin melihat kucing anda mendesis ketika ada kucing lain dekat dengannya, saat induk kucing memiliki anak kucing untuk dilindungi, atau jika doktor haiwan mencuba untuk menangani mereka. Menurut PetsMD, jenis kucing mendesis ini paling sering terjadi pada kucing yang tidak dikumuhkan ketika mereka mencari calon pasangan. Mereka mendesis untuk tidak hanya menyuruh yang lain mundur, tetapi juga untuk menunjukkan perkara terhebat mereka, iaitu gigi tajam mereka.

2. Mereka kesakitan

Kadang kala ketika kucing kesakitan, ia akan mendesis jika kamu menyentuh bahagian yang sangat sensitif pada tubuhnya. Juga, kucing anda bahkan mungkin tidak membiarkan anda mendekatinya dan kucing yang mendesis dapat terjadi setiap kali kamu mencuba mendekatinya.

3. Ketidaktahuan

Kucing menyukai hal-hal yang tidak asing baginya yang membuatkan mereka rasa selamat di rumah. Oleh kerana itu, kadang-kadang kucing anda mendesis mungkin disebabkan oleh benda baru dalam lingkungannya, seperti mainan atau furniture baru, hal itu kerana dapat membuat kucing anda merasa cemas. Jika ini terjadi, kamu harus perlahan-lahan memasukkan barang baru ke dalam rumah untuk membantu mereka terbiasa.

Sumber- Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *