Menjelang dengan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Malaysia 2000 Jalur Gemilang dipasang di Port Dickson.

Uncategorized

Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 64/ Hari Malaysia ke 58 tahun 2021 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak covid-19 yang sedang melanda negara.

PORT DICKSON: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2021, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memasang kira-kira 2,000 Jalur Gemilang di seluruh daerah ini.

Pemasangan bendera Malaysia itu bermula hari ini sehingga 31 Ogos hadapan dari kawasan Lukut sehingga ke Linggi.

Penolong Pengarah Jabatan Perbandaran Kesihatan dan Persekitaran, MPPD, Khairil Rizal Mahtar berkata, pihaknya telahpun memasang kira-kira 700 bendera di beberapa kawasan dan berharap langkah serupa diambil oleh premis perniagaan dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

“Program pemasangan bendera ini sepatutnya kami mulakan pada hujung bulan lalu namun terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apa yang dilakukan MPPD ini adalah permulaan dan kami berharap pihak-pihak lain dapat mengikutinya. Kami turut memaklumkan kepada semua premis perniagaan untuk memasang bendera di premis masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lokasi pemasangan Jalur Gemilang di Terminal Bas Port Dickson, di sini hari ini.

Saban tahun, sambutan hari bersejarah disambut dengan gilang-gemilang, warna warni perarakan dan perbarisan kontinjen lengkap beruniform, persembahan acara dari wira-wira negara dan pameran aset keselamatan dapat dipertontonkan secara umum misalnya di Putrajaya pada tahun 2019. Rakyat dari seluruh pelosok negeri datang untuk bersama-sama berkumpul dan meraikan dengan semangat patriotisme yang membara di dada.

Namun, sambutan kali ini jauh berbeza dari sebelumnya memandangkan kita berdepan dengan norma baharu. Kita masih lagi terikat dengan pematuhan prosedur standard (SOP) tertentu malahan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berlangsung hingga hujung bulan ini. Justeru, itu pelbagai pihak khususnya masyarakat perlu cakna dengan keadaan semasa dan mematuhi peraturan yang digariskan oleh pihak kerajaan demi kebaikan bersama. Namun, aura sambutan hari kebangsaan pada tahun ini perlu dibangkitkan agar semangat patriotisme sentiasa ada dalam diri seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Khairil Rizal berkata, walaupun Port Dickson kini suram ekoran ketiadaan pelancong, ia bukanlah penyebab sambutan Bulan Kebangsaan diraikan dengan kesuraman.

“Kibaran Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2021 diharap dapat menceria dan memeriahkan Port Dickson,” katanya. – UTUSAN

Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Malaysia 2021

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan sambuat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2021 seperti diumumkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang akhbar selepas sesi turun padang secara maya bersama 39 petugas Telekom Malaysia (TM) pada 10 Julai 2021.

  • Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos 2021 (Selasa). Ianya merupakan lokasi yang sama tahun lepas
  • Sambutan Hari Malaysia 2021 pula akan diadakan pada 16 September 2021 (Khamis) di Kota Kinabalu, Sabah selepas Sibu, Sarawak menjadi lokasi sambutan tahun 2020
  • Perbarisan di Dataran Pahlawan, setakat ini belum pasti sama ada dibuat 30 minit sahaja atau satu jam atau boleh dua jam kerana bergantung penilaian risiko semasa
  • Acara Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos berkemungkinan besar juga ditiadakan seperti tahun lalu susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di lokasi sambutan.

Gambar Logo Hari Kebangsaan 2021 & 2020 Malaysia
Rasional Atau Keterangan Logo 

  1. Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
  2. Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
  3. Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
  4. Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
  5. Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
  6. Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
  7. Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.

Oleh itu, sempena Bulan Kebangsaan 2021, kibarlah Jalur Gemilang.

Tema Hari Kebangsaan 2021 & 2020 : Malaysia Prihatin

Intipati Malaysia Prihatin dipilih sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 adalah

Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.

Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia

Lagu Tema 2021 & 2020

  • Tajuk: Malaysia Prihatin
  • Penyanyi: Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul
  • Ciptaan: Dato’ Mokhzani Ismail

Lirik Lagu Malaysia Prihatin

Kedamaian
Milik Kita Bersama
Amanah Bangsa
Junjung Selamanya
Abadikanlah
Jiwa Dan Ragamu
Teguh
Sinar Cahaya
Satukan Jiwa

Semarakkan Api Cinta Di Hati
Pada Setiap Insan Kita Gapaikan
Agar Gemilang
Mekar Di Persada
Satu Langkah Satu Hati
Untukmu Pertiwi

Di Mana Bumi Dipijak
Di Situ Langit Dijunjung
Kita Gunungkan
Semangat Sejiwa
Walau Dimana Saja Berada
Makmurnya Seiringan
Agar Teguh Tulus Ikhlas Dizahirkan

Malaysia Prihatin Selamanya
Negara Bangsa Diutamakan
Khidmat Diberi Dengan Penuh Rela
Tanah Air Yang Tercinta
Namamu Harum Di Puncak Dunia
Payung Mahkota Teras Pertiwi
Di Persada Nan Gemilang

-Tamat-

Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 Hingga 2021

Berikut adalah senarai tema dan logo Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini

  • 2021 : Malaysia Prihatin
  • 2020 : Malaysia Prihatin
  • 2019 : Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
  • 2018 : Sayangi Malaysiaku
  • 2017 : Negaraku Sehati Sejiwa
  • 2015-2016 : Sehati Sejiwa
  • 2014 : Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
  • 2012 : 1Malaysia. Janji Ditepati
  • 2011 : 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
  • 2010 : 1Malaysia Menjana Transformasi
  • 2009 : 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
  • 2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
  • 2007 : Malaysiaku Gemilang
  • 2000-2006 : Keranamu Malaysia
  • 1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
  • 1998 : Negara Kita Tanggungjawab Kita
  • 1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
  • 1996 : Budaya Penentu Kecapaian
  • 1995 : Jatidiri Penggerak Wawasan
  • 1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
  • 1993 : Bersatu Menuju Wawasan
  • 1992 : Wawasan Asas Kejayaan
  • 1991 : Wawasan 2020
  • 1990 : Berjaya
  • 1988-1989 : Bersatu
  • 1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
  • 1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
  • 1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
  • 1984 : Amanah Asas Kejayaan
  • 1983 : Bersama ke Arah Kemajuan
  • 1982 : Berdisiplin Giat Maju
  • 1981 : Berdisiplin Berharmoni
  • 1980 : Berdisiplin Berbakti
  • 1979 : Bersatu Berdisiplin
  • 1978 : Kebudayaan Seni Perpaduan
  • 1977 : 20 Tahun Bersatu Maju
  • 1976 : Ketahanan Rakyat
  • 1975 : Masyarakat Berdikari
  • 1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1973 : Masyarakat Kebudayaan Malaysia
  • 1972 : Masyarakat Adil
  • 1971 : Masyarakat Progresif
  • 1970 : Muhibah dan Perpaduan

Marilah bersama Kibaran Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan 2021 diharap dapat menceria dan memeriahkan suasana kemerdekaan bersama. Jadilah rakyat Malaysia yang sentiasa bersyukur dan prihatin agar kita bersama-sama memeriahkan sambutan hari kebangsaan ke 64 ini. Semarakkan sambutan norma baharu tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa bagi mengekalkan stigma kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Kita umpama ‘serumpun bak serai, sesusun bak sireh’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *