Rupanya ini sebab 69 peratus rakyat Malaysia mahu terus berkerja di rumah.

ISU SEMASA Uncategorized

KETIKA negara masih berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran pandemik kebanyakan pekerja di negara ini masih mengamalkan bekerja dari rumah dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di tempat kerja. Implikasi pandemik banyak mengubah norma dalam sistem pekerjaan, dengan istilah bekerja dari rumah (BDR) tidak asing lagi.

Pun begitu, selepas hampir dua tahun negara dilanda wabak, adakah pekerja di negara ini sudah bersedia untuk kembali bekerja di pejabat atau sudah selesa bekerja dari rumah?

Tinjauan 1H Workmonitor 2021 di Malaysia yang dilakukan oleh Randstad Malaysia baru-baru ini mendapati 69 peratus responden menyatakan mahu meneruskan bekerja dari rumah sehingga vaksin Covid-19 diedarkan secara menyeluruh. Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata syarikat swasta dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja maksimum apabila kerajaan membatalkan arahan pematuhan dasar 30 peratus bekerja dari rumah mulai esok.

Angka peratusan itu adalah paling tinggi di rantau ini diikuti Singapura, China dan Hong Kong masing-masing mencapai 67, 45 dan 48 peratus.

“Pelaksanaan kali pertama BDR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac tahun lalu, memberi tempoh mencukupi untuk perkhidmatan membuat beberapa pengubahsuaian terhadap cara kerja di luar pejabat. Daripada tinjauan yang dijalankan 1H Workmonitor 2021, Kaji selidik itu dilakukan bagi mendapat maklum balas mengenai sentimen dan persepsi terbaharu tenaga kerja terhadap pasaran pekerjaan tempatan.

Kaji selidik itu dilakukan bagi mendapat maklum balas mengenai sentimen dan persepsi terbaharu tenaga kerja terhadap pasaran pekerjaan tempatan.

Menerusi kaji selidik yang sama, tujuh daripada 10 responden di negara ini juga mengatakan bahawa mereka akan berasa lebih selamat sekiranya semua rakan sepejabat menerima dua dos lengkap vaksin dan angka ini lebih tinggi berbanding tinjauan sama di Singapura iaitu 61 peratus.

Sementara itu, bagi responden yang perlu bekerja di pejabat ketika pandemik, 55 peratus daripada mereka mengatakan sentiasa berasa berisiko dijangkiti Covid-19.

Hampir tiga daripada lima responden atau (59 peratus) pula memberitahu tahap produktiviti mereka menurun kerana sering berasa tertekan apabila bimbang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja selain akan membahayakan kesihatan keluarga di rumah. Meskipun bimbang tentang soal kesihatan dan keselamatan, satu daripada dua responden (47 peratus) mengatakan majikan mereka telah memberi insentif untuk mereka mendapatkan vaksin Covid-19.

“Kita tidak boleh mengambil risiko walaupun dengan kehadiran vaksin kerana jumlah mereka yang menerima suntikan masih lagi rendah,” katanya. Pada masa yang sama , majikan seharusnya memberi fokus kepada mempersiapkan diri bagaimana untuk kembali bekerja selepas wabak itu berakhir.

“Jelas bahawa ramai lebih produktif dan kurang tertekan ketika bekerja dari rumah, jadi pilihan itu adalah lebih baik ketika ini.

Dengan kajian yang dijalankan dapat disimpulkan sangat penting bagi majikan untuk mula fikirkan masa depan pekerja, keperluan dasar kerja baru, pelaburan digital dan sebagainya untuk membolehkan bekerja secara hibrid dan meningkatkan produktiviti pekerja dengan lebih baik,”, Katanya.

Tinjauan Randstad 1H Workmonitor dibuat pada Mac 2021 melibatkan 34 pasaran di seluruh dunia dengan minimum 400 responden.

Langkah Pencegahan COVID-19 di Tempat Kerja

Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes. Namun kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan.

Negara terus mencatatkan pertambahan beberapa kluster baharu Covid-19 antaranya daripada kluster tempat kerja.

KKM menasihatkan para majikan untuk memastikan langkah-langkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja 1. Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer. 2. Pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa. 3. Amalan penjarakkan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan.

4. Elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit (confined space). 5. Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place). 6. Amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation). 7. Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar, terutamanya di ruang guna sama;

Majikan juga disaran proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti oleh pekerja di tempat penginapan mereka seperti berikut,1.Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;. 2.Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakkan sekurang-kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain; 3.Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai. 4.Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan. .5.Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang sama;. 6.Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan.

Bagi pekerja-pekerja pula, adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan semasa di tempat kerja dengan menjaga keselamatan diri, memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan atau fasiliti gunasama dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan kadar segera sekiranya bergejala. Elakkan datang bertugas bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan dapatkan pemeriksaan segera.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *