Terkejut disebabkan 1 kes baru covid 19 New Zealand terus lock down semula.

berita

New Zealand antara negara yang kurang mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 dan boleh dikatakan sudah hampir bebas dari wabak itu. Malah, negara itu sebelum ini telah menyambut Hari Kebangsaan yang turut disertai dengan Perdana Menteri iaitu Jacinda Ardern selepas mencatatkan bilangan sifat Covid-19.

Tidak seperti beberapa negara lain, New Zealand memberikan tindak balas yang agak pantas.

New Zealand melaksanakan sekatan pergerakan serta-merta selama tujuh hari selepas mengesan satu kes Covid-19 jangkitan tempatan, disyaki varian Delta, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Perdana Menteri iaitu Jacinda Ardern memerintahkan perintah berkurung selama tujuh hari selepas terdapat kes positif di bandar itu. Ardern berkata, New Zealand yang tidak merekodkan sebarang jangkitan dalam komuniti sejak enam bulan lalu, tidak boleh memandang ringan apabila melibatkan varian Delta.

Penduduk Auckland hanya dibenarkan keluar rumah jika perlu dan tempat awam tidak dibenarkan beroperasi. New Zealand memiliki jumlah penduduk seramai 5 juta telah mencatatkan lebih 2,000 kes positif COVID-19 sejak awal penularan wabak itu dengan 26 kes pemergian dicatat.

Pemimpin itu memetik masalah dihadapi Australia untuk mengekang varian yang amat mudah berjangkit itu bagi menyokong tindak balasnya terhadap kes yang dikesan di Auckland melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun.

New Zealand akan menjalani perintah berkurung bermula selasa 11.59 p.m , Kata Ardern. Penduduk Auckland tidak dibenarkan meniaga, hanya beberapa kedai dan farmasi sahaja beroperasi. Kata Ardern, Kemungkinan akan ada beberapa kes baharu berkaitan kes ini. Walaupun kami sudah berusaha sebaik mungkin, penularan tempatan tetap berlaku.

Perancangan awal adalah untuk New Zealand dikenakan sekatan pergerakan selama tiga hari mulai malam ini, manakala Auckland dan Coromandel berhampiran dikenakan sekatan seminggu.New Zealand dipuji kerana tindak balasnya terhadap virus korona dengan hanya 26 pemergian dalam populasi seramai 5 juta orang.

Bagaimanapun, program vaksinasi negara itu kurang berkesan dengan hanya 20% penduduknya telah mendapat dos penuh.

Ardern berkata, New Zealand antara negara terakhir di dunia yang merekodkan varian Delta dalam komuniti, namun menganggap perlu untuk mengandaikan ia telah ‘sampai’ ke negara itu walaupun keputusan makmal untuk mengesahkannya hanya akan diperoleh esok.

Menurut kenyataan dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan New Zealand, bidang minat profesionalnya adalah pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit.

“Di New Zealand, terdapat hubungan antara sains yang hebat dan kepimpinan cemerlang, dan kedua-dua ini adalah tersangat berkesan. Saya sangat kecewa dengan negara yang mempunyai sumber sains terhebat di dunia, seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta kebanyakan di Eropah, namun berada di belakang New Zealand yang mempunyai sumber yang terhad,” kata Profesor Michael Baker.

Kredit: Freemalaysiatoday

Bandar Unik New Zealand

Dengan populasi 1.45 juta, Auckland menempah tempat teratas sebagai bandar paling ramai penduduk di New Zealand.Auckland bertindak sebagai pintu masuk perdagangan ke New Zealand. Auckland juga telah diundi sebagai salah satu daripada bandar-bandar yang paling mudah didiami di dunia.

Jika diberi pilihan memilih lokasi percutian di New Zealand, sudah tentu Auckland menjadi tarikan pengunjung serata negara.  Penuh dengan tempat menarik yang indah dan pemandangan cantik, ia berdekatan dengan Pelabuhan Manukau (barat) dan Pelabuhan Waitemata (ke timur) serta mempunyai daerah pusat bandar yang agak sibuk.

Gelaran “City of Sails” pada pusat ketibaan yang penuh dengan budaya ini diberikan kepada Auckland kerana pelabuhan dan ekonomi negaranya amat maju.

Anda juga dapat menyaksikan pelbagai tarikan pelancong seperti monumen, gelari, muzium, pantai dan lain-lain lagi.  Berikut adalah tempat menarik di Auckland sesuai dikunjungi pelancong.

3 Tempat Yang Paling Cantik Di Auckland,Percutian Indah Anda.

1.One Tree Hill

Jika ada seorang yang gemarkan melihat pemandangan hijau yang menakjubkan, One Tree Hill adalah tempat menarik di Auckland terbaik untuk anda kunjungi. Ia adalah sebuah bukit yang letaknya di tengah Taman Cornwall yang penuh bunga dan pohon-pohon. Selain berjalan kaki menikmati keindahan alam, anda juga boleh melihat haiwan seperti biri-biri di sekitar kawasan ini. Menarik kan?

2.  Muzium Auckland

Di Auckland, anda akan mendapati banyak muzium. Senarai muzium Auckland yang agak besar di bawah tujuan tempat-tempat percutian super sejuk yang menarik penjelajah dari semua peringkat umur dan menyebabkan mereka membuat agenda mereka untuk acara bertenaga di New Zealand.

Sekiranya anda pencinta sejarah, tempat menarik di Auckland ini amat rugi jika dilepaskan. Berkunjung ke sini pada siang hari membolehkan anda melihat pelbagai hal-hal sejarah yang turut dipamerkan di luar muzium juga seperti meriam, monumen dan lain-lain lagi.

Muzium Memorial Perang Auckland mempamerkan sejarah masyarakat, sejarah semula jadi dan tentera New Zealand. Seperti namanya, muzium itu pada asalnya dibina sebagai penghormatan kepada semua penduduk tempatan yang hidupnya hilang semasa Perang Dunia Pertama. Ia telah diubahsuai dan diubah menjadi rumah bagi artifak Maori dan Pasifik, pameran bersejarah dan koleksi arkib yang luas.

Anda juga dapat menjiwai budaya orang Maori serta menimba ilmu berkaitan Negara New Zealand sejak pertempuran perang dunia I lagi seperti Galipoli sehinggalah peristiwa Perang Dunia kedua. Ia juga dikenali sebagai Muzium Memorial Perang Auckland.  Menarik bukan?

3. Waitemata Harbour

Waitemata Harbour adalah destinasi utama jika anda ke laut Auckland, New Zealand. Pelabuhan Waitemata ini berhampiran dengan bandar Auckland & Jambatan Harbour Auckland.

Jika anda ingin mendapatkan pemandangan bandar Auckland yang mempersonakan, anda boleh singgah ke Pelabuhan ini. Anda pasti tidak akan menyesal dengan keindahannya.

Waitemata Harbour adalah sebuah lautan dan persisiran pantai yang menghubungkan pusat bandar Auckland ke daerah utara.  Laluan air ini juga digunakan untuk pelayaran serta memudahkan kuasa ekonomi negara New Zealand.

Anda boleh menikmati pemandangan indah dan berjalan-jalan ke Quay Street, Princes Wharf dan juga ke terminal feri. Dari situ, anda mungkin berpeluang melihat pulau-pulau Teluk Hauraki.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk singgah ke destinasi di atas semasa anda bercuti di New Zealand. Anda pasti tidak akan menyesal. Tapi jangan lupa suntik vaksin dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *