Mula mula nampak terhibur tapi lama lama lain pula jadinya. Kini Hafiz Hamidun pula tampil bersuara dengan fesyen pelik ke PPV.

Covid 19 Dunia

Jarang keluar punya pasal, ramai yang mengambil peluang untuk bergaya sakan ketika mendapatkan vksin. Daripada berpakaian kostum dinasour, jadi hantu sampailah bergaya dengan tuala di kepala bukan main sakan lagi orang ramai dilihat berfesyen untuk pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV).

“Pakai elok-elok ambil vksin”

Tapi dalam seronok bergaya, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tertarik untuk menegur sesetengah individu supaya mengenakan pakaian yang bersesuaian ketika mendapatkan vksin. Selebriti itu turut menasihatkan orang ramai untuk kekal bersederhana dan tidak perlu membuat gimik di tempat awam.

“Pakailah elok elok untuk ambil vksin. Vksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua. Saya tak tahu adakah ia ‘marketing strategy’ (strategi pemasaran) atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pula,”

nah hantu pun vksin! kamu yg antiv4cc tu lebih teruk dari hantu

Sebelum ini, terdapat beberapa buah video yang tular di sosial media mengenai pelbagai fesyen yang dikenakan oleh orang awam ketika berkunjung ke PPV bagi mendapatkan vaksin telah mendapat perhatian warganet. Sumber : Harian Metro

Niat Wanita Ini Cuma Nak Memudahkan Mak Ambil Vaksin. Sekali Tak Sangka Pula Ramai Yang Tempah Baju Mesra Vaksin.

Kisah baju kurung mesra vaksin itu tular di laman Twitter Husna. APABILA sudah tiba giliran untuk menerima vaksin, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran kita. Paling penting tentunya pakaian yang sesuai untuk dipakai bagi memudahkan proses suntikan nanti. Begitu juga wanita ini yang meraih perhatian warganet ini apabila dia menghasilkan baju kurung ‘mesra vaksin’ buat ibunya.

Menurut Nadhiratul Husna Abdul Haris, 27, dia mendapat idea itu setelah ibunya, Noraishah Sumirih, 57, mengadu mengenai pakaian yang akan dipakai ke pusat vaksin. “Mak cakap tak tahu nak pakai baju apa, baju memang banyak cuma tak boleh sinsing lengan. Mula-mula saya bagi idea suruh pakai cardigan. Tapi saya terfikir, macam tak best pula. Kalau boleh nak pakai baju lawa-lawa, ambil gambar selepas disuntik vaksin. Jadi saya jahit baju kurung dengan zip sorok pada kedua-dua bahagian lengan.

Husna bersama suami dan anaknya yang berusia lima bulan.

“Kebetulan memang mak ada hantar kain untuk saya jahit baju. Walaupun idea tu saya rasa mengarut pada mulanya, tapi Alhamdulillah ia siap juga,” ujarnya. Mesra disapa Husna, dia yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang mendedahkan baju itu tidak sempat digayakan ibunya yang berada di Perak untuk suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada Ahad.

Namun katanya, dia berharap baju itu dapat dipakai oleh ibunya ketika menerima suntikan kedua vaksin pada tarikh seterusnya yang akan ditetapkan. “Saya baru pos baju itu, tapi mak tak sempat nak pakai untuk suntikan pertama.
Saya pula duduk di Pulau Pinang, mak di Perak. Harap mak dapat pakai baju ini untuk suntikan kedua nanti,” ujarnya.

Setakat ini ada dalam 100 mesej, dan 30 pasang tempahan baju sudah disahkan.

Dalam pada itu, penangan posting tular mengenai baju kurung mesra vaksin di laman Twitter turut membuka peluang rezeki buat dirinya. Dedah Husna, dia dihujani mesej orang ramai yang meminta agar tempahan baju itu dibuka segera. “Saya mula-mula hanya kongsi di Instagram, sekadar melawak. Kemudian ramai komen positif. Jadi saya kongsikan pula di Twitter.

Ibu dan bapa Husna.

“Boleh dikatakan 100 peratus komen positif. Ramai yang reply minta buka tempahan. Jadi pada Sabtu saya secara rasmi buka tempahan. Setakat ini ada dalam 100 mesej, dan 30 pasang tempahan baju sudah disahkan. Saya harap dengan inisiatif yang saya wujudkan ni dapat menggalakkan golongan wanita, ibu-ibu terutamanya serta memudahkan urusan frontliner sepanjang proses vaksinasi,” ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Husna baru sahaja tinggalkan kerjayanya sebagai pembantu arkitek di sebuah firma di Pulau Pinang pada Disember tahun lalu.

Antara baju yang pernah dijahit oleh Husna.

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia lima bulan ini sudah lama minat menjahit, namun mula melakukannya secara serius sejak awal tahun ini. Untuk rekod, posting viral Husna di Twitter sehingga kini meraih hampir 15,000 ulang kicau (Retweet).

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Peminat Kpop Kongsi Journey Ambil Suntikan Vaksin. Sekali Ini Pula Yang Warganet Minta Padanya.

Gempak ! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video kisah perjalanan seorang pemuda yang teruja untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19. Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny’s Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pesakit Covid-19 menjadi perhatian warganet.

“Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak,” komen seorang warganet berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok. “Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) vaksin.” “Nak pergi (ambil) vaksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem.” antara komen-komen warganet lain.

Zani selepas discaj dari PKRC di Maeps, Serdang.

Pemuda berkenaan, Muhammad Izzani Islahuddin memberitahu, dia merupakan bekas pesakit Covid-19 selepas dijangkiti virus itu tanpa gejala pada 1 Februari lalu. Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, Selangor selepas mengalami gejala ketika hari ketujuh menjalani kuarantin di rumah.

“Setelah tiga bulan dijangkiti Covid-19, saya berpeluang untuk menerima suntikan vaksin. Saya tahu pesakit Covid-19 yang telah pulih mempunyai risiko untuk dijangkiti semula. Vaksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Zany pada mulanya berasa sedih apabila dijangkiti Covid-19.

Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jangkitan itu di tempat kerja. “Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian.

Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin

“Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dugaan yang menimpa saya,” ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan suntikan vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu.

Zany (kiri) bergambar kenangan bersama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin di PWTC.

Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pada 2 Jun. “Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima suntikan vaksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video.

“Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin,” katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu. Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Zany mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video ‘survivor’ sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih Covid-19. “Patutnya nak buat selepas ‘survive’ dijangkiti Covid-19. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang. Bila tiba janji temu untuk ambil vaksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pesakit Covid-19 kepada penerima suntikan vaksin Covid-19. Tak sangka video ‘journey’ saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop,” katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *