Digelar buah dari syurga tapi tiada rasa. Perkongsian siswa ternak kelulut buat ramai tertanya.

Pengetahuan

Di bahagian-bahagian yang berlainan di dunia, anda boleh mencari makanan yang paling pelik dan eksotik, kebanyakan yang anda mungkin tidak pernah mendengar dan belum pernah ditemui.

Menurut rakaman video dimuat naik oleh pemuda ini memaparkan sebiji buah yang begitu unik mengundang pelbagai soalan daripada penonton.

Video berdurasi seminit itu meraih sebanyak 90.0k tontonan di aplikasi TikTok. Jelasnya lagi, buah itu tidak mempunyai sebarang rasa dan lebih sedap jika dijadikan jus dengan menambah bahan lain sebagai perisa seperti oren atau limau.

Apa yang menarik lagi beberapa warganet ramai yang bertanya mengenai buah itu sebab kerana mereka belum pernah nampak.Katanya”Sampai ada yang minta saya tunjukkan rupa isi buah tersebut. Sebenarnya gac fruit ni tak ada rasa apa-apa pun, kalau dimakan begitu sahaja memang tak sedap.

Katanya “Masa pakcik baru nak set up kebun ni, saya pun tertanya-tanya sebab memang tak pernah jumpa buah macam tu,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Kampung Padang Patong, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Mesra disapa Nazwan, katanya buah gac mengambil masa sembilan bulan untuk mengeluarkan hasil dan banyak terdapat di Thailand dan Vietnam.

“Ia digelar buah dari syurga kerana mempunyai khasiat yang tinggi seperti kolagen serta dijadikan supplement.

Dalam pada itu, Nazwan juga menternak kelulut di kebun bapanya yang terletak di belakang rumah mereka dan menjual madu kelulut secara online.

Menurut anak keempat daripada lima beradik ini, idea itu tercetus apabila dia teringat akan pengalaman menolong pensyarahnya, Rosnani Hassan, 49, yang mempunyai sebuah ladang kelulut di Pasir Putih, Kelantan.

Walaupun tiada asas dalam penternakan kelulut, Nazwan berguru dengan penternak kelulut berpengalaman selain membuat kajian menerusi internet bagi mengetahui lebih mendalam mengenai madu kelulut.

Nazwan juga turut berpesan “Saya cuma nak pesan kepada anak muda di luar sana tu untuk mula berbisnes, dalam keadaan sekarang ni kita nak cari kerja pun susah. Memang kena buat macam-macam untuk dapatkan duit.”

Sumber: MSTAR

Buah GAC mahal tapi berkhasiat.Jom ambil tahu.

Buah Gac atau gac fruit atau dalam bahasa saintifiknya Momordica cochinchinensis dari famili Cucurbitaceae merupakan buah yang boleh didapati di rantau Asia Tenggara yang berasal dari Selatan China ke Timur Laut Australia, termasuk Thailand, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.

Keluarga terdekat bagi buah ini ialah Momordica charantia yang dikenali sebagai pokok buah PERIA. Pokok yang tumbuh menjalar ini mengambil masa lebih
kurang 8-9 bulan untuk mendapatkan hasilnya. Lama juga kan?

Buah gac banyak ditanam di Vietnam yang disebut sebagai ɣək atau terjemahkan Gac (terjemahan klas untuk objek bulat seperti buah-buahan). Ia dikenali sebagai mùbiēguǒ (tembikai merah) dalam bahasa Cina, manakala dalam bahasa Inggeris disebut spinny bitter gourd atau cochinchin gourd. Orang Thai memanggilnya fahk khao, taw thabu di Myanmar dan di Indonesia ianya dikenali sebagai pupia atau tepurang.

Melihat kepada bentuk dan warna buah ini, memang mudah untuk mengenalinya kepada mereka yang pernah menanam atau pernah melihatnya.

Bentuk buah Gac ini adalah agak membulat atau sedikit lonjong seperti saiz bola tenis dan berwarna hijau ketika muda bertukar kekuningan apabila hampir matang dan seterusnya warna kemerahan apabila masak bergantung kepada varieti. Apa yang menarik ialah dia keluar dari rimbunan pokok yang menjalar dengan daun yang berwarna hijau. Diteliti lagi dimana pada kulit luarnya akan dilihat atau mempunyai kulit yang bergerigi iaitu seperti buah durian atau peria namun berwarna merah cerah.

Pokok buah gac mempunyai musim yang pendek dan hanya mengeluarkan buah sekali setahun sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dengan buah-buahan lain. Gac biasanya dihidangkan di majlis-majlis upacara atau perayaan di Vietnam, seperti Tết (tahun baru Vietnam) dan majlis perkahwinan.

Antara khasiat buah Gac ialah biasanya disediakan sebagai hidangan yang dipanggil gac xôi, di mana aril dan biji buah dimasak bersama beras pulut. Kini buah gac telah mula popular dan dipasarkan di luar Asia dalam bentuk jus kerana kandungan fitonutrien yang tinggi.

Secara tradisinya, gac dimakan sebagai buah-buahan manakala daunnya dimasak untuk hidangan di Vietnam, gac juga digunakan untuk perubatan. Membrane biji benih dikatakan dapat membantu dalam melegakan dan menyejukan mata dan juga untuk menggalakkan kesihatan penglihatan.

Sebuah universiti tempatan membuat kajian dimana diterbitkan satu artikel bertajuk “Pelajar PhD dedah khasiat buah Gac yang dikatakan mampu ‘panjangkan usia’.

Momordica cochinchinensis terkenal sebagai ‘buah dari syurga’ di Asia Tenggara kerana sifatnya yang dikatakan mampu memanjangkan usia, memberi semangat dan daya tahan kepada manusia. Kepercayaan masyarakat Orang Asli dimana buah Gac kaya dengan khasiat yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.

Dalam perubatan tradisional Cina (TCM), ia dikenali dengan nama Mubiezi yang dianggap mempunyai sifat penyesuaian dan penyejukan serta sering digunakan untuk merawat penyakit hati dan limpa, luka, buasir, lebam, benakak dan nanah.

Buah gac mencapai µg 380/gram lycopene jika dibandingkan dengan buah tomato yang hanya mengandung µg 31/gram lycopene. Kandungan beta-karoten dan lycopene memberikan warna oren, jingga dan merah pada buah atau sayur. Pengambilan buah atau sayur yang mengandungi lycopene mampu memperbaiki kerosakan pembuluh darah, menekan pembentukan kolestrol, ketumpatan rendah (LDL – low density lipoprotein) dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Oleh kerana kandungan yang tinggi beta-karotena dan lycopene, ekstrak gac mampu mendapat pasaran yang baik sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul lembut atau jus minuman.

Penanaman pokok gac di Malaysia masih kurang popular dan belum ada laporan dari Jabatan Pertanian menyatakan dimana ada petani yang menanam secara komersil. Semoga selepas ini lebih banyak pokok gac ditanam di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *