Rupanya Zain Saidin pun kena. Che Ta bongkarkan apa yang Azwan Ali dah buat pada dia dan suami.

artis

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Rozita Che Wan, 49, atau Che Ta memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Jalan Travers, di sini, hari ini berhubung laporan polis yang dibuat pengacara kontroversi, Azwan Ali terhadapnya.

Che Ta ketika ditemui berkata, dia hadir untuk memberi keterangan berdasarkan apa yang dilaporkan Azwan sebelum ini. “Saya sudah berikan kerjasama yang baik dengan pihak polis dan ia berjalan lancar,” katanya. Bagaimanapun, Che Ta enggan mengulas lanjut mengenai laporan polis dibuat Azwan Ali yang mendkwa Che Ta menulis kenyataan berunsur ftnah terhadap pengacara terbabit.

Che Ta yang ditemui selepas selesai memberikan keterangan berkata, peguamnya menasihatkan supaya tidak bercakap apa-apa sehinggalah perkara ini selesai. Terdahulu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar tiba di IPD berkenaan pada jam 12 tengah hari ditemani suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin dan pengurusnya, Afeeq Wahab.

Kedua-dua mereka turut diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Isu terbabit tercetus apabila Azwan menerusi akaun Twitter memberikan komen keterlaluan terhadap gaya pemakaian Che Ta ketika mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), baru-baru ini.

Dia juga menulis perkataan kurang sopan terhadap Che Ta dan ibunya, Zabedah Saad membuatkan Che Ta hilang sabar. Che Ta berkata, dia sebenarnya tidak mahu perkara itu berpanjangan dan atas sebab itu, dia tidak membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman sebelum ini.

“Tapi dia (Azwan) yang buat laporan polis terlebih dulu. Saya datang sini beri kenyataan. Tengoklah proses seterusnya,” katanya. Katanya, seboleh-bolehnya dia tidak mahu mencari musuh dalam industri hiburan ini. “Kita hanya manusia. Nabi Muhammad SAW pun boleh ampunkan orang yang caci maki Baginda. Apatah lagi kita yang tiada apa-apa. Dia pun dalam industri yang sama.

“Kenapa kita nak kena ada musuh? Semua tahulah sekarang akhir zaman. Kenapa nak buat musuh. Tak berbaik tidak apa jangan nak ada musuh. Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun. “Kita tak pernah brblah. Zain pun diambil keterangan. Dia mengata Zain tapi Zain tak balas. Kalau dia teruskan ambil tindakan, kita ikut arus dan selesaikan secara undang-undang. Kalau nak saman pun bukan ambil masa yang singkat untuk selesai,” katanya.

Che Ta mengakui hubungan dia dengan Azwan selama ini berlangsung seperti biasa tanpa ada sebarang masalah. “Saya jadi tetamu program Lagu Cinta Kita (LCK) yang dihoskan Azwan. Kemudian kami jumpa dalam program Pong Pang Rizalman Raya.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jun lalu, kami terb.abit untuk program masakan YouTube Rosix. Ketika itu semuanya okey. “Dia kata dah pindah. Apabila dah siap rumah nak ajak datang. Sampailah nampak dia muat naik hantaran mengena perkara ini, tapi tiada ambil t.indakan,” katanya.

Che Ta berkata, dia kemudian memadam semula balasan itu selepas perasaannya kembali tenang. “Biasalah kita dalam keadaan marah. Bila dah cool saya malas nak layan dan malas nak berpblah serta panjangkan cerita,” katanya. Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat,

Azwan menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya adalah berunsur ftnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. Dia bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM 5 juta kepada Che Ta yang mewakili lima juta pengikut Instagram Che Ta.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *