Pemuda jumpa duit RM405k dalam peti ais yang dibeli online. Sekali bila beri pada polis ini pula yang berlaku pada dirinya.

Viral

Seorang lelaki menemukan wang  bernilai RM405,203 yang dijumpai di bawah sebuah peti ais lama yang dibeli atas talian (online). Menurut laporan agensi MBC News, lelaki itu menjumpai kira-kira 2,200 keping wang kertas ketika sedang membersihkan peti ais tersebut. Namun, dia lantas terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan pada 6 Ogos lalu. Polis telah memulakan siasatan untuk menentukan sumber wang itu dan buat sementara waktu kesemua wang itu disimpan oleh pihak berkuasa.

Rata-rata Warganet Bangkang Kenapa Duit itu Dipulangkan

“Omg! Pls la…beli online kot…tu awk punya la tu…kenapaaaa? Kenapaaaaaa? Geram plak aku jujur x btempat ni…piang nya lahai.” – Izati “Aduhh knpe ko bagi polis .sah2 polis tu yg amek KOT . Ko ni pon .da terang2 rezeki tuu.kesian. Awak terlalu jujur dlm keadaan .baiklah hahaha .Rapi awak akan dpt ganjarannye nanti insyallah .allah itu melihat” – Ruhaya “Ish²… ini mesti jarang tengok movie kannn… tak tahu kegunaan duit rezeki terpijak… mohon suruh dia tonton cite jutawan fakir cukup la…. Hmmm kbye.” – Azlan

“Betul bang kena amanah.. Duit tu bkn hak milik kita.tuan dia pun tercari2 tu. biar org kata setiap yg jumpa bkn hak milik kita Allah nk uji kita tu.” – Shanti “Bagus tips. Bile perompak masuk rumah mungkin diorang pon tak expect duit dlm tu. Nak2 plak simpan dlm tupperware aiskrim letak kat freezer. Diorang ingt ikan temenung dlm tu.” – Razak “Dh beli peti kn?? Maksudnye beli smua la..apa2 yg ada dalam tu..huhu..mcm bundle la…Bli ketul. pecah ketul jumpa duit.nk serah polis jugk ke duit tu?” – Salman “Dia lebih kurg la akak yg jumpe makcik hilang duit rm1000 tu..sebab kesian dia share la duit rm1000 yg dia jmpe kt makcik tu…kongsi rezeki katanya” – Linda

“Ok la.. Dlm tempoh 6 bulan klu xder yg tuntut dpt balik kat org yg jumpa tp tolak cukai jer, klu ada yg menuntut, owner kena bg pampasan 5-20% kat org yg jumpa. Klu duit tu ada kaitan dgn jny4h dpt kat kerajaan. Win win situation juga la kan.. Undang2 Singapore.” – Madir

Pembeli dan Penjual Ditahan Bantu Siasatan

Penjual dan penghantar peti ais itu turut ditahan untuk memberi memberi kenyataan bagi membantu siasatan. Seorang pegawai polis, bercakap kepada MBC News, menyifatkan kes tersebut tidak masuk akal kerana melibatkan satu jumlah wang yang besar.

Undang-undang memberi hibah kepada penjumpa

Dalam pada itu, agensi portal Allkpop pula melaporkan bahawa Akta Hilang dan Jumpa negara itu mewajibkan wang itu diberikan kepada orang yang menemuinya sekiranya pemilik itu tidak muncul dalam tempoh enam bulan. Walau bagaimanapun, pihak yang memperolehi mesti membayar 22 peratus cukai daripada jumlah wang berkenaan. Sekiranya pemilik wang dapat dikesan, pihak yang menjumpainya akan diberi pampasan antara lima hingga 20 peratus. Namun, sekiranya wang tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan jny4h, wang tersebut akan diserahkan kepada dana negara. Kredit : detikfinance, allkpop, Ohbulan

Tular Telefon Hilang Lebih 3 Hari. Sekali Boleh Pula Jumpa Di Dalam Peti Ais Dan Siap Dalam Keadaan Macam Ni Lagi.

Misteri kehilangan telefon bimbit milik seorang kanak-kanak terjawab apabila telefon bimbitnya dijumpai berada di dalam peti ais. Apa yang lebih melucukan, apabila kanak-kanak ini sempat memberikan jawapan ‘bernas’ di sebalik mengapa dia berbuat demikian.  Aduh memang buat hal lah adik!

Kisah tersebut dikongsikan seorang ibu dari Indonesia dikenali sebagai Indah Kumala menerusi beberapa buah video di laman TikTok. Pada mulanya, telefon bimbit milik anaknya telah hilang selama tiga hari dan dia ketika itu sama sekali tidak dapat mengenal pasti akan keberadaan telefon bimbit itu.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila dia menjumpai telefon bimbit anaknya itu yang sudah beku berikutan tersimpan ‘lama’ di dalam peti ais. Si anak ‘bertuah’ ketika itu menjawab peti ais digunakan sebagai solusi bagi mengelakkan daripada telefon bimbitnya daripada terus panas.

Sudah 3 hari telefon anak hilang. Ternyata sudah jadi keras macam ais batu. Katanya, biar tak sering panas sebab itulah dimasukkan ke dalam peti ais. Menerusi video lain yang dikongsi, kanak-kanak itu dilihat beberapa kali cuba untuk menghidupkan telefon bimbitnya namun, telefon itu sama sekali tidak boleh digunakan lagi. Berbicara lebih lanjut, si ibu juga sempat menjelaskan kepada netizen telefon bimbit tersebut hanya digunakan anaknya bagi menonton YouTube bukannya digunakan semata-mata untuk bermain permainan yang terdapat di dalamnya.

Sumber: Indah Kumala & https://ohbulan.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Disebabkan Anak Sering Main Telefon Bimbit. Ibu Prank Dengan Lakukan Ini Dan Tak Sangka Ini Reaksi Dari Anak.

Seiring kemajuan teknologi pada zaman moden ini, ketagihan terhadap telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak merupakan satu masalah yang membimbangkan di negara kita. Begitulah seperti video tular yang dikongsi oleh seorang ibu dikenali sebagai Nikiysaa menerusi aplikasi TikTok ini. Dalam video pendek itu, kelihatan anak lelakinya sedang tidur dengan nyenyak sambil ibunya menconteng kelopak matanya seolah-olah kelihatan lebam. Difahamkan lagi, tindakannya itu bertujuan untuk menakutk4n dan mengelakkan anaknya daripada ketagihan gajet.

Takutkan anak supaya tidak ketagih gajet

Sebaik sahaja bangun dari tidur, anaknya terus menangis apabila mellihat matanya yang lebam setelah diconteng oleh si ibu. Apa yang lebih melucukan, apabila si ibu sempat menawarkan telefon bimbitnya kepada si anak namun, si anak menolak dan terus menangis ketakutan.

Bagus idea ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi lucu terhadap gelagat ibu dan anak terbabit. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji idea bernas ibu berkenaan.

Bah4ya handphone untuk mata kanak2

Nak try juga

Cas bateri handphone dia 2 hari sekali

Sumber: TikTok nikiysaa_acikk | OhMyMedia

Ramai Yang Suka Cara Farah Lee Didik Anak Sampai Kan Ada Yang Nak Belajar Cara Dia Didik Anak. Farah Dedahkan Dia Tak Pernah Paksa Anak Solat Tapi Selalu Ajak Solat Bersama.

Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mahu mengajar anaknya, Maream mendirikan solat. Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Farah memaklumkan dia tidak pernah memaksa Maream mendirikan solat tetapi sering mengajaknya.

“Bangun-bangun nak solat subuh dengan omma, lepas tu ambik iqra nak baca. Farah tak pernah paksa Maream solat atau baca iqra. Tapi selalu ajak. Sebab saya tahu bila dorang buat sebab nak buat, baru ada ‘hati’.“Macam iqra ni, baru beberapa kali sahaja dia baca tapi cepat je ingat.

Dan Farah terus fokus pada makhraj yang tepat. Solat pun sama, bila dia bersedia dia sendiri akan tanya macam mana nak buat, apa yang harus diungkapkan,” tulisnya. Tambah Farah lagi, cara itu bukanlah kerana terlalu memanjakan Maream sebaliknya ia merupakan satu proses pembelajaran buat anak perempuannya.

“Hari itu masa bulan puasa, dia tiba-tiba nak hafal doa buka puasa. Dia minta Farah tulis dalam rumi atas kertas. “Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas tu dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat. “Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang.

Dia pun gembira sebab tak dipaksa-paksa, tengking-tengking. Jadi pembelajaran berlaku dengan lebih mudah dan efektif. “Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, tetapi belum lagi. Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab ia adalah satu proses.

Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” coretnya. Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji cara Farah mendidik anak selain menyatakan hasrat untuk mempraktikkan cara pembelajaran tersebut.

“Sebab follow kak Farah Lee adalah sebab nka belajar cara kak Farah didik anak. Sebab semua perkara perlu ilmu yang bagus,” tulis @momoland.01“Selalu semak bagaimana @farahlee_ membesarkan Maream berdasarkan Islamic parenting,

terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami,” komen @mugi_laksonoFarah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar namun berpisah pada 17 Ogos 2016.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang berusia 6 tahun 10 bulan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Banyak Berkongsi Kisah Anaknya Dan Banyak Lagi. Farah Lee Sekali Lagi Meraih Perhatian Ramai Bila Dia Berkongsi Tentang Nafkah Anak

Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulis Farah Lee.Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah berpisah dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.

“Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah berpisah anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan

well-being anak-anak untuk kita,” tulisnya lagi.Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” tulisnya lagi.

Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar ‘bebelan’ pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.Namun ramai yang tinggalkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya berpisah pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *