Ramai yang tertanya bila suntikan vksin buat kanak kanak dan remaja. Sekali ini penjelasan dari KJ.

Dunia ISU SEMASA

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas dan menurut perkembangan terbaru yang disahkan oleh menteri penyelaras Khairy Jamaluddin, ia akan melibatkan kalangan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun yang akan dimulakan pertengahan September nanti. Pengesahan ini dilakukan oleh Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di akaun Twitternya selepas dikatakan tular berkenaan satu surat pekeliling yang ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham di aplikasi WhatsApp mengenai program berkenaan.

Menurut laporan FMT, surat pekeliling yang tular tersebut telah ditandatangani oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham dan ia ditujukan kepada pengarah kesihatan negeri dan hospital. Dikhabarkan, kandungan surat berkenaan adalah tentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluas kepada semua remaja berusia 16 dan 17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan.

Menerusi pengesahan yang dibuat oleh Khairy sebentar tadi, pemberian vaksinasi ini turut melibatkan mereka berumur 12 hingga 17 tahun dan ianya akan diberikan secara berfasa, bergantung kepada bekalan vaksin yang sedia ada. “PICK akan mula memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 12-17 tahun dengan urutan keutamaan berikut:
1) 12-17 mempunyai masalah kesihatan tertentu
2) 12-17 tanpa masalah perubatan berdasarkan peningkatan usia.”

Difahamkan juga, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan membuat pengumuman rasmi berkenaan pemberian vaksin kepada golongan ini pada minggu hadapan, ini termasuklah garis panduan klinikal serta cara perlaksanaannya.

Kes Covid 19 Di Selangor Paling Tinggi. Terkini Kerajaan Selangor Setuju Untuk Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar Besaran. Rupanya Ini Tarikh Ppv Mula Dibuka.

Disebabkan kes yang terlampau tinggi di Selangor sejak akhir-akhir ni, kerajaan negeri Selangor setuju untuk buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara besar-besaran di sekitar negeri tersebut. Perkara ini telah dibincangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.

Usaha ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut. Selain itu, PPV ini akan dibuka bermula minggu kedua bulan Jun ini. “Hasil perbincangan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” menerusi satu kenyataan bersama menurut Sinar Harian.

Melalui perkembangan lain pula, Amirudin dan Khairy turut ada berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca yang agak kecoh tempoh hari. Ujar mereka lagi, bagi individu yang terkesan dengan perubahan janji temu mahupun tidak bersetuju dengan vaksinasi AstraZeneca tersebut akan diberi janji temu yang baru.

Tambahnya, kerajaan negeri memaklumkan bahawa akan melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) iaitu bagi golongan tanpa akses digital atau mendaftar vaksin secara offline.

“Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut. “Jadi, terdapat beberapa individu yang menerima temu janji vaksinasi selain AstraZeneca terlebih dahulu, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan mereka.

“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak Imunisel bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca,” Selain itu juga, di aplikasi MySejahtera akan ada satu ciri tambahan dibangunkan dalam masa terdekat.

Hal ini bagi membolehkan individu menerima janji temu baharu bagi menggantikan janji temu terdahulu, serta boleh bagi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera. “Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini,” katanya. Sama-sama kita doa supaya usaha ini dipermudahkan, serta kes jangkitan Covid 19 ini berkurang.

Boleh Ke Bersenam Setelah Disuntik Vaksin Covid 19. Ini Kata Doktor Pakar Yang Wajib Anda Tahu.

Program vaksinasi COVID-19 sedang giat dijalankan di seluruh dunia. Malaysia juga tak ketinggalan. Semakin hari, jumlah penduduk yang divaksinasi semakin bertambah. Ada yang dah lengkap kedua-dua dos, ada yang baru suntik dos pertama, dan tak kurang juga yang masih ‘beratur’ menunggu giliran untuk dos pertama.

Selalunya, penerima vaksin akan disuruh berehat seketika selepas menerima suntikan. Mungkin ada di antara kita yang terbiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan tak boleh diam lama-lama. Bagi anda yang terus nak pergi bersenam lepas divaksin, ini perkara yang anda patut tahu.

Kesan sampingan vaksin COVID-19

Boleh bersenam atau tidak selepas divaksin itu bergantung kepada kesan sampingan dan keadaan si penerima. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesan sampingan selepas suntikan vaksin termasuk nyeri, kemerahan dan bengkak pada bahagian yang disuntik.

Sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual. Menurut CDC, kesan sampingan ini mungkin dialami selama satu atau dua hari. Ia juga mungkin berdampak kepada aktiviti harian anda, termasuk bersenam. Tapi jangan panik dulu. Jika anda mengalami kesan sampingan selepas disuntik, ini bermakna vaksin tersebut sedang bertindak balas dengan sistem imun anda.

Boleh ke bersenam lepas suntik vaksin?

Menurut Dr David Wayles, pakar sakit berjangkit, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda ingin bersenam sejurus selepas mendapat suntikan. Namun, kualiti senaman anda mungkin berkurang akibat ketidakselesaan yang dialami selepas disuntik. Walaubagaimanapun, menurut pakar pulmonologi, Dr Humberto Choi, tiada bukti yang menunjukkan bersenam selepas divaksinasi akan mengurangkan keberkesanan vaksin tersebut.

Sumber: Health

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Isu Influencer Dapat Vaksin Awal. Ini Respon Dr Say Dan Ini Perkembnga Dirinya Dan Isteri

Tular semalam apabila sebuah portal mengatakan bahawa Hospital Serdang memberikan vaksin kepada beberapa influencer. NAmun begitu, Dr Noor Hisham menafikan hal tersebut. Dan terbaru, Dr Say atau nama penuhnya Shazril Shaharuddin memberikan pandangan tentang hal itu.

Ini kata kata dari Dr Say, Cukup laju ampa update berita terkini naa. Yg terlepas kapal, ada berita menyatakan Hospital Serdang berhasrat memasukkan 3 influencers dalam penerimaan pertama vaksin esok.

Terus terang sy cerita, kalau boleh, memang sy nak sesangat dapatkan vaksin COVID-19 ni seawal mungkin dengan niat agar sy dapat galakkan lebih ramai join Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tapi saya sedar kedudukan saya.

Mengulas isu ‘influencer’, Dr Say akui tidak sabar menerima suntikan vaksin Covid-19 namun sedar kedudukannya memandangkan beliau merupakan seorang doktor yang tiada ‘direct contact’ dengan pesakit Covid-19.Kat klinik yang saya biasa locum, saya deal mostly kes sakit kepala, sakit sengugut, demam biasa dan demam nak MC. Terjumpa pesakit Covid jarang sekali. Jadi sy sedar kalau say nak minta vaksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan Covid everyday.

Kata beliau , dia dan isterinya kategori dalam fasa pertama kerana merupakan barisan hadapan namun isterinya yang kini hamil tidak dibenarkan mengambil suntikan vaksin ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu giliran disuntik.

Owh menjawab soalan ampa, saya bukan influencer nak potong line tu plus DG dah bagitau yang so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang themselves untuk menggalakkan staff frontliners mereka mengambil vaksin COVID-19. Cukup2 la sebar berita palsu ni, ampa tak penat ka?

Dr Say juga memberitahu bahawa dia akan memuat naik foto dengan bangganya jika sudah menerima vaksin Covid-19 ini. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata turut sama rasa teruja menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *