Ada yang tanya adakah Fynn akan gembira kalau orang masih tunjukkan apresiasinya dalam dunia seni ketika dia dah tiada nanti. Sekali ini yang dia jawab buat ramai setuju.

Uncategorized

Selebriti media sosial, Fynn Jamal  menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu meromantiskan kehilangan seseorang. Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin memaklumkan, kalau benar kita sayangkan seseorang yang sudah menghadap Ilahi, tidak perlu diulang dosa silamnya.

“Kalau sungguh kita sayangkan orang baik yang dah ‘pergi’, kenapa masih diulang-ulang dosa-dosa silamnya? Pakaian yang tak syarie, bulu mata palsu yang jelas haramnya dan latar lagu-lagu muzik yang hakikatnya jelas hukumnya. Tidakkah kita cukup sayang orang-orang baik yang telah pergi? Kenapa dicc4tkan penghujung keindahan pengakhirannya,” kata Fynn, 39.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, tidak salah mengenang kehilangan seseorang namun nasihatnya, tidak usah berlebih-lebihan dalam melakukan perkara sedemikian. “Berpada. Puji tak salah dan mengingat tak salah. Tapi berpada. Ingat sentiasa, syaitan sentiasa ada di luar garis berpada-pada itu. Jangan kita lupa, berhala pertama atas dunia ini terjadi apabila mengagungi orang-orang soleh secara berlebih-lebihan. Dibinakan tugu, dipuji puja, dibuat ‘tribute’ segala.

“Kalau sungguh kita kasihkan orang baik yang dah pergi, kita takkan rosakkan keindahan yang Allah SWT dah beri kepadanya,” kata Fynn dalam sesi Q&A dalam menerusi Instagram Storynya. Menjawab persoalan sama ada dia akan berasa gembira apabila suatu hari nanti tidak lagi berada di dunia namun orang masih menunjukkan apresiasi terhadap karya seninya, pelantun lagu Arjuna Beta itu berkata: “Kita perlu berhenti meromantiskan dunia dan berhenti hidup dalam penafian. Kita ada barzakh untuk difikirkan. Langkah terakhir di liang lahad, datang terus permulaan dunia abadi. Sekecil-kecil dosa tak basuh kemaluan lepas kencing pun kena ‘balun’.” Tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, sejak 2012, Fynn yang mula berhijab sejak 2016 dan terus istiqamah dengan berniqab sehingga kini bagaimanapun tidak merujuk teguran dan jawapan-jawapan pertanyaan peminat tersebut kepada mana-mana pihak. Sumber – K! ONLINE

Sampai Dkwa Nak Tularkan Perniagaan Wanita Ini. Kecewa Pelanggan Sanggup Buang Kek Hanya Sebabkan Ini.

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang individu seakan tidak berpuas hati dengan kek yang dibeli sebelum bertindak membuangnya ke dalam plastik sampah. Perkongisn tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan individu berkenaan.

Buang kek RM10 dalam plastik sampah

Berdasarkan posting yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Ain Syaf, dia mengakui agak terkilan dengan sikap seorang pelanggannya yang tergamak membuang kek yang dibelinya ke dalam plastik sampah. Menurut Ain Syaf, dia telah menerima kiriman WhatsApp daripada pelanggan berkenaan yang memaklumkan kek tersebut langsung tidak mempunyai perisa dan hanya rasa gula icing sahaja. Menurut Ain Syaf, selama dia menjual kek, individu ini adalah pelanggan pertama yang mengadu kek ‘bajet’ berharga RM10 itu tiada rasa.

Kek yang kami jual semua baru bakar. Bahan semua saya guna yang sedia putar sahaja , tiada tambah² gula lagi . Saya pun tidak tahu lah cust ni sengaja mau buat live malukan kami atau sebaliknya , total jumlah yang dia beli rm20 untuk 2 biji kek. Kamu rasa berbaloi kah saya jual kek rm10 lepas tu saya penuhkan filling kek tanpa Fresh cream? Sudah saya bagitau awal-awal saya jual kek bajet, bukan kek premium guys. Sumber: Ain Syaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *