Terkejut bila Natiqah dedahkan kini dah sah berpisah dengan Aman Ra. Rupanya ini punca buat ramai yang terkedu.

artis

Isteri kepada penyanyi rap Aman Ra, Naqitah Rahmat tampil memberi pencerahan mengenai status rumah tangga mereka. Menurut Natiqah, dia dan Aman Ra telah sah berpisah namun tidak didedahkan tarikh. Perkara terbabit dikongsikan menerusi hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya pada lewat malam Isnin.

Seperti yang dah dimaklumkan status perkahwinan antara saya dan bapa kepada anak-anak saya telah sah berpisah. Bukanlah nak besarkan, sekadar nak tutup apa yang telah dibuka before . Saya belajar untuk bersuara, untuk terbuka, untuk face the realiti dan terima realiti dalam keadaan yang sangat bergelut dengan bermacam emosi . Saya bukan orang yang saya kenali selama ini .

Siapa salah siapa betul siapa yang mula siapa yang melaratkan semua tu dah jadi sejarah. Segala jasa baik segala tindakan yang tak disenangi saya serahkan segalanya kepada yang Maha Esa. Dalam pada itu, Natiqah mengakui banyak yang dia pelajari sepanjang menghadapi kesukaran sebagai seorang ibu dan anak.

Bagaimanapun, dia memilih untuk terus pandang ke hadapan dan enggan menjadikan perpisahannya itu sebagai pengakhiran. Memang betul banyak sangat impak apabila struktur kekeluargaan hancur tetapi ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih ada banyak pilihan kehidupan, masih ada banyak jalan masih ada lagi panjang masa jika diberi Allah rezeki umur yang panjang.

Dari lubuk hati saya dengan rasa rendah diri saya minta maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya saya manusia biasa yang banyak kekurangan. Saya belajar, sebagai seorang ibu, anak, ahli keluarga dan seorang wanita. Banyak saya belajar walaupun perjalanannya sukar. Apa yang penting saya belajar dari apa yang terjadi .

Dengan itu juga , saya hanya mahu pandang ke hadapan. Tak mahu lagi toleh kebelakang. Dan segala yang terjadi telah saya anggap sebagai sejarah yang menjadi pengajaran untuk saya menjadi lebih baik untuk masa hadapan. Kepada semua wanita, jangan berhenti. Teruskan. Ini perjalanan bukan destinasi. Ada kehidupan yang lebih baik dihadapan menanti.

Terdahulu, Natiqah tampil mendedahkan kisah kecurangan suaminya bersama seorang wanita lain sehingga menjejaskan rumah tangga mereka. Dakwa Natiqah, suaminya sudah empat kali melafazkan terhadapnya sebelum ini.

Sumber: Instagram @natiqahrahmat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *