Ditidurkan bukanlah suatu pengakhiran buat pesakit Covd 19. Namun ini penjelasannya.

Covid 19 Dunia

Pesakit Co­vid-19 diberikan bius untuk ditidurkan bukan bermakna mereka sudah tiada harapan untuk sembuh daripada jangkitan wabak berbahaya tersebut. Pensyarah Jabatan Kejurute­raan Bioperubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nahrizul Adib Kadri berkata, ia sebaliknya kaedah untuk merawat pesakit yang mengalami jangkitan teruk.

“Istilah ditidurkan bukan perkara baharu. Ini sebenarnya prosedur biasa. Pesakit menjalani operasi juga ditidurkan. Ditidurkan bermaksud memberi pesakit bius sehingga tidak sedarkan diri. Namun, dalam kes Covid-19, ia khusus untuk mereka yang mempunyai kandungan oksigen sangat rendah dan tidak mampu dinaikkan selepas diberi oksigen tambahan menggunakan topeng oksigen,” katanya.

Nahrizul Adib berkata, pesakit ditidurkan kerana tiub pernafasan perlu dimasukkan ke saluran trakea dan proses itu tidak dapat dilakukan dalam keadaan pesakit sedang sedar. Menurut beliau, semasa tidur mesin bantuan pernafasan akan menjaga pernafasan pesakit dan dalam masa sama menambah oksigen ke dalam dr4h.

“Selepas oksigen dalam dr4h stabil, pesakit akan disedarkan. Proses itu bukan secara mendadak sebaliknya bius dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pesakit terjaga,” katanya. Sementara itu, Pakar Anes­tesiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Ina Ismiar­ti Shariffuddin berkata, pesakit ditidurkan kebiasaannya dalam kalangan pesakit kategori empat atau lima. Menurut beliau, pesakit kate­gori ini memerlukan bantuan pernafasan dan oksigen lebih daripada biasa akibat kegagalan organ terutamanya paru-paru, jantung dan buah pinggang.

“Apabila tahap oksigen rendah dan mengalami kegagalan pernafasan, kebiasaannya mereka dibius untuk ditidurkan. Jika tidak diberi bantuan pernafasan boleh menyebabkan komplikasi hypoxic ischaemic encephalopathy iaitu otak gagal berfungsi. Oksigen perlu sampai ke otak kerana lama kelamaan pesakit berisiko berhenti bernafas. Kadar ideal oksigen dalam badan sepatutnya melebihi 95 peratus. Pesakit akan mula bernafas dengan laju dan tercungap-cungap untuk badan me­ningkatkan lagi kadar oksigen yang diperlukan organ di dalam tubuh manusia bagi berfungsi sepenuhnya. Ketika ini, pesakit perlukan bantuan oksigen dan jika perlu, diintubasi,” katanya. Tambah beliau, pesakit ditidurkan supaya mereka tidak berasa sakit dan melawan proses ventilasi kerana situasi itu boleh menyebabkan tr4uma pada paru-paru. Sumber : K!Online

Gara Gara Rentas Negeri Dan Ziarah Aidilfitri. 2 Keluarga Ini Punca Cetus Kluster Terbesar Di Negeri Ini.

Peningkatan kes c0v1d-19 di negara ini ternyata membimbangkan kita semua. Saban hari, ribuan kes dilaporkan sehingga kita kini berada dalam pelaksanaan ‘total lockdown’ sejak 1 hingga 14 Jun ini. Terbaharu, 19 individu daripada dua keluarga yang positif covid-19 akibat rentas negeri dan ziarah Aidilfitri menjadi punca jangkitan di tiga buah kampung di Hulu Terengganu, Terengganu. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pandemik itu kini telah mereb4k sehingga mencetuskan Kluster Kampung Matang yang disifatkan kluster terbesar di Hulu Terengganu setakat ini.

“Hasil siasatan menunjukkan berlakunya rentas negeri sebelum raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya daripada dua keluarga. Selepas Aidilfitri mereka masuk kerja dan tanpa disedari menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti seterusnya menjangkiti individu lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata, Kluster Kampung Matang kini telah merebak ke tiga buah kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat selain kluster itu juga masih aktif. Menurutnya, setakat ini seramai 127 kes positif dikesan dari kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke lima dengan 725 orang kontak rapat. Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah kampung manakala sebanyak 975 sampel yang diambil masih menunggu keputusan.

“Kita akur, j4ngk1tan dalam keluarga agak sukar dibendung namun apabila melibatkan beberapa keluarga, jiran tetangga dan pejabat akhirnya merebak hingga ke beberapa buah kampung, perkara ini amat kita kes4l dan mar4h. Jika keadaan begini berterusan dan kluster baharu tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster itu serentak? Jika keadaan begini berterusan mampukah kita landaikan lekuk epid dalam masa dua minggu ini?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi menegaskan, kawalan kendiri amat penting dilakukan pada masa ini. “Kawalan kendiri sangat penting. Jika kita kekal duduk rumah kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Insya-ALLAH, pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat,”katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Yang Khuatir Sekiranya Muncul Kluster I Sinar. Terbaru Tular Notis I Sinar Boleh Dipohon 15 Disember Ini Sehinggakan Menjadi Bualan Orang Ramai

Baru-baru ini, tular di media sosial kononnya notis daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengatakan bahawa orang awam kini boleh membuat permohonan i-Sinar bermula 15 Disember 2020. Notis yang dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP tersebut telah menimbulkan kejutan kepada orang ramai sehinggakan ramai yang menyerbu cawangan KWSP di tempat masing-masing tanpa memastikan kesahihan berita terbabit.

RAMAINYERR ORANG BERATUR KAT KWSP….Sumber Orang Awam (Cawangan KWSP)Tular satu nota ditampal bila i-sinar KWSP…KWSP yang mengumumkan baru membuka cawangan mereka di seluruh negara bermula hari ini walau bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan mengenai pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang digembar-gemburkan itu. 

Menurut Harian Metro, orang ramai menyerbu premis KWSP berkenaan seawal 8 pagi itu juga mula merungut kerana ada yang sudah menunggu hampir 40 minit namun masih tidak dapat masuk ke dalam premis kerana terlalu ramai yang menunggu giliran masing-masing.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” kata Noraini Sahid, 37.

Dalam pada itu, dia juga menambah kemudahan dalam talian walau bagaimanapun tidak menjadi pilihan kerana bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.Seorang pelanggan bernama Nur Ishak Abd Rahim, 26 memberitahu yang dia terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat berurusan kerana jumlah ahli yang menunggu terlalu ramai.

Dia juga bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.Pihak KWSP perlu ambil langkah elak orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu mencegah penularan Covid-19. Kita tidak tahu siapa pembawa,” katanya.Uish harap ramai-ramai tu jagalah penjarakkan sosial. Kita tak mahu benda lain pulak yang jadi nanti. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *