Dah lewat malam pun masih lagi semangat bekerja. Warganet terhibur lihat gelagat frontliner hilangkan tekanannya.

Viral

Menjadi frontliner bukanlah perkara yang mudah. Mereka terpaksa tinggalkan kehidupan mereka demi menjaga pesakit-pesakit bagi pekerja penjagaan kesihatan. Ada yang terpaksa memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang panas untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti Covid. Bukan semua orang mampu jadi frontliner. Tapi lain pula dengan cerita kalini. Dalam kepayahan yang dihadapi oleh mereka, ada juga pekerja garis hadapan yang gembira dengan kerjanya. Siap menari-nari lagi ye.

“Seronok betul tengok dia orang ni”

Semalam, dalam perkongsian @Rafi.Aimann, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya.  Dalam video tersebut, Rafi menunjukkan enam orang rakan frontliner nya sedang menari mengikut rentak lagu Tiktok. Mereka merupakan pekerja barisan hadapan yang ditugaskan di Pusat Belia Antarabangsa Cheras. Walaupun mereka bekerja hingga lewat malam tapi mereka masih kelihatan bersemangat. Aksi yang ditunjukkan dalam video tersebut buat warganet yang menontonnya geli hati. Ada yang panjat tong sampah dan ada juga yang menari sambil angkat tong sampah. Min pun terhibur tengok. Haha.

“Ramainya bagi support

Rata-rata warganet yang menonton video yang mendapat lebih daripada setengah juta tontonan ini memberi kata-kata semangat kepada mereka. Ada yang mengucapkan terima kasih kerana membantu dalam menangani kes Covid di Malaysia. Thank you frontliner! Min tertarik untuk berkongsi beberapa komen daripada warganet tentang video ini.

Meskipun kerja yang dilakukan mereka agak mencabar, namun ianya mengajar mereka erti peng0rbanan. Warganet berharap agar ramai lagi anak muda yang turut serta dalam aktiviti sukarelawan dengan niat yang baik. Jangan mengalah, kami sentiasa ada di belakang. Fighting! Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *