Ramai yang kagum dengan bekas pelajar MRSM ini. Kini merupakan antara orang penting di TESLA.

Viral

Jadi salah seorang tulang belakang di syarikat besar merupakan impian bagi semua orang. Nak-nak syarikat besar yang berpangkalan di luar negara. Di situ, kita boleh peroleh banyak pengalaman selain dapat banggakan nama Malaysia di persada dunia. Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia telah menjadi bualan hangat di media sosial kerana beliau merupakan salah seorang jurutera di sebuah syarikat peneraju kereta elektrik dunia dan tenaga bersih iaitu TESLA yang terletak di Amerika Syarikat (AS). Bestnya kerja overseas!

“Siapa dia ni?”

Menurut perkongsian Dr Zulkifli Hussain di Facebooknya, Fakhirah atau nama sebenarnya Fakhirah Khairuddin merupakan bekas pelajar batch pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra, Besut, Terengganu.

Fakhirah melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di University of California dalam bidang Kejuruteraan Angkasa dan kemudian peringkat Ijazah di universiti yang sama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Patutlah TESLA ambil dia bekerja, pandai sangat.

“Dia memang layak”

Kini, Fakhirah sedang bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di TESLA dan menetap di California. Kejayaan Fakhirah Khairuddin bekerja sebagai pengajar latihan robotik dikongsikan melalui akaun Facebook, Dr Zulkifli Hussain Kejayaan pelajar ini yang bergelar jurutera di syarikat gergasi TESLA sedikit sebanyak menjadi bualan netizen di media sosial.

Dalam satu perkongsian di Twitter oleh @JatIkhwan, beberapa warganet sempat memuji dan mengucapkan tahniah kepada Fakhirah atas pencapaiannya sebagai Jurutera di syarikat TESLA di ruangan komen posting tersebut. Kisah kejayaan Fakhirah diharap menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda untuk lebih berminat dalam bidang sains, teknologi, jurutera dan matematik. Lobak Merah sentiasa mendoakan Fakhirah yang terbaik. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana saja. Sumber : Lobak Merah

Walaupun Pasangan Kurang Upaya Ini Hilang Kerja Tetap Boleh Raih Sampai RM12k. Rupanya Ini Rahsia Mereka.

NASIB tidak menyebelahi sebahagian rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19, terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Bagi satu pasangan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, impaknya telah dirasai lebih awal, kira-kira dua bulan lalu apabila restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Berat mata memandang, berat lagi bahu! Itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan nasib Mohamad Yusri Azis dan isteri yang hilang sumber pendapatan tetap, hingga kisah mereka menjadi tular. Yusri, 28, berkata, dia dan isteri, Nur Jannah Tan Jia Hui, 29, yang baru dikahwininya pada bulan lalu, bekerja di sebuah restoran berkonsepkan ‘dine-in’ di Johor, sejak akhir 2019.

Produk sambal hitam dijual Yusri dan isteri.

“Terkejut juga bila restoran tu terpaksa ditutup, memang sedih. Tapi kami akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang,” katanya. Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sosio-Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan seorang rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.

Yusri yang berasal dari George Town, Pulau Pinang bagaimanapun bersyukur minat mereka dalam perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes ‘top up’ dan menjadi ‘dropship’ pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.

“Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan ‘kedai dalam talian’ menerusi platform e-dagang, sejak 1 Jun lalu. Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutama golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah,” ujarnya.

Sambutan jualan produk di luar jangkaan.

Menjual produk sambal hitam menerusi platform e-dagang popular, pasangan itu tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan di peringkat permulaan. Menurut Yusri, dia bagaimanapun tidak menyangka posting yang dibuatnya di laman Facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian dari pelbagai platform.

“Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, order boleh cecah 100 pek sehari! Dalam tempoh seminggu, jualan sambal hitam cecah 1,000 pek dengan jualan kira-kira RM12,000. Syukur Alhamdulillah, memang kami tak sangka apatah lagi sekarang tengah PKP,” katanya dengan nada teruja.

Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya kita mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu?

Selain sambal hitam, katanya, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan, termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang. “Alhamdulillah, satu berita baik buat kami yang sebelum ini terkesan dengan penutupan restoran tempat kami bekerja. Memang terkejut kerana kami baru berniaga secara tetap. Kami masih dalam proses belajar bisnes, dan mengalu-alukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama kami,” tambahnya.

Yusri (kanan) dan isteri berminat dalam bisnes sejak di universiti.

Dalam pada itu, Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya benar-benar berminat. “Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu? Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan. Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes, boleh saja melakukannya secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba,” katanya. Sumber : Mstar

Pak Cik Kurang Upaya Teringin Nak Beli Sesuatu Ini Tapi Kekurangan Wang. Sekali Ini Tindakan Daripada Gadis Tersebut.

Effa Asyifa memberikan sebuah kipas secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya yang datang ke kedai miliknya. Mungkin bagi sesetengah orang, harga bagi sebuah kipas elektrik tidaklah mahal dan masih mampu dimiliki. Namun tidak bagi mereka yang benar-benar datang daripada keluarga susah yang terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk memiliki barangan keperluan rumah. Begitu juga dengan kisah lelaki tua ini yang dikongsi oleh seorang pemilik kedai kipas di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

“Saya dah nak tutup kedai, tiba-tiba pakcik ni datang nak beli kipas. Dari jauh kelihatan seperti pernah lihat susuk tubuh lelaki ini. Ya Allah, pakcik yang pernah viral jual cili sebelum ni di area Kepala Batas! Saya pernah nampak pakcik ni Orang Kelainan Upaya viral di (Facebook) Penangkini dan Komuniti Kepala Batas, cuma dah tak jumpa posting tu. Tak pernah selisih langsung sebelum ni, dalam hati memang ada niat nak beli cili pakcik ni. Alhamdulillah hari ini Allah datangkan pakcik ni sendiri. Saya kena kuat untuk tak menangis depan pakcik ni. Saya pura-pura tak sedih depan pakcik,” kongsi pemilik kedai bernama Effa Asyifa ini.

Perkongsian Effa Asyifa mengenai kisah seorang lelaki OKU yang datang ke kedainya untuk membeli kipas angin.

Menurutnya, lelaki tua tersebut meluahkan hasrat untuk membeli sebuah kipas yang ‘lebih laju’ memandangkan bahang cuaca yang agak panas pada ketika ini. Namun lelaki tersebut berterus terang dan memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kipas yang diidamkan. Ujar Effa Asyifa, dia dengan senang hati mengambil keputusan untuk memberikan kipas tersebut secara percuma kepada lelaki orang kurang upaya ini berkenaan dengan niat mahu bersedekah.

“Allah nak suruh saya kumpul pahala ni pakcik. Saya nak pahala tu pakcik, saya ikhlas bagi dekat pakcik. Dah lama saya cari pakcik tapi hari ni pakcik mai sendiri kedai saya. Saya yakin tak akan menitiskan air mata depan pakcik tapi saya kecundang. Kaki palsu pakcik tercabut masa nak hidupkan enjin motor tu. Allah Allah Allah. Menitis air mata saya. Saya tolong masukkan semula kaki pakcik,” ujarnya.

Saya banyak merungut akan kekurangan sedangkan saya sempurna fizikal. Walaupun diri serba kekurangan tapi pakcik insan yang hebat di mata saya.

Menurut wanita ini lagi, dia terlalu bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki tua berkenaan yang membuatkan dirinya lebih insaf dan bermuhasabah. “Saya banyak merungut akan kekurangan sedangkan saya sempurna fizikal. Walaupun diri serba kekurangan tapi pakcik insan yang hebat di mata saya.

“Anak, pakcik tak tau nak bagi apa dekat anak ni. Pakcik doakan perniagaan anak maju, rezeki melimpah ruah… anak-anak sihat?” “Err saya tak kahwin lagi pakcik. “Ya Allah pertemukan anak ni dengan bakal suami yang baik Ya Allah. Sampai sekarang air mata saya tak henti-henti berjurai,” ceritanya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 300 shares di Facebook.

Effa Asyifa mendapat pujian daripada warganet di atas tindakannya memberikan kipas percuma kepada lelaki kurang upaya berkenaan.

Sementara itu rata-rata warganet turut memuji tindakan mulia wanita berkenaan yang langsung tidak berkira terutama dengan golongan kurang berkemampuan. Alhamdulillah, inilah yang agama mahu. Terbaik dik… kita yang sempurna sepatutnya membantu yang kurang sempurna.

“Selalu jumpa pakcik ni dekat petronas Bertam Perdana. Pakcik ni suka berniaga pokok depan jalan nak keluar Petronas tu. Alhamdulillah kalau terjumpa selalu sedekah tapi dia suruh ambil pokok dia jual tu. Semoga yang memberi dan yang menerima sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan juga akhirat. Suka dengan semangat gigih pakcik. Berusaha dengan kudrat sendiri dari suka meminta-minta walaupun ada kekurangan,”demikian antara komen warganet. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *