Biar betul dekat shopee dah hampir 32k unit terjual. Sekali pemuda ini dedahkan apa keistimewaannya.

Dunia Kehidupan

Warganet kalau bab bab kongsi barang murah, memang terbaik! Barang keperluan rumah ke, barang deko ke, barang untuk para ibu ke mesti akan ada yang bagi review dan share dekat media sosial kan? Seperti satu perkongsian di Facebook ni yang pastinya akan buat geng mak-mak happy sebab produk ni membabitkan kebersihan rumah dan paling penting, memudahkan serta puas hati.

Dah lebih 32,000 unit terjual di Shopee

Kalau korang teka vacuum, yes you got it right! Sebelum ni macam-macam jenama cordless vacuum dah pernah viral dan seperti ramai tahu selalunya memang harga ‘kayangan’, kan? Tapi, kali ni vacuum jenama PerySmith katanya mula dapat hati ramai pengguna!

Seperti perkongsian lelaki ini, pada asalnya dia hanya mengikut kehendak isteri yang mahukan vacuum tersebut dan terkejut bila dapat tahu produk tu dah terjual lebih 32,000 unit di Shopee! Wife dah banyak kali cakap nak beli cordless vacuum brand PerySmith ni. Aku tanya apa yang best sangat model ni? Macam dah sedia skrip fuh laju je dia jawab satu2 suction 19000pa, bateri tahan berapa lama, tapi paling aku terkejut kat shopee dah jual 32 ribu unit! Maknanya model ni ramai yg beli. Takpe kita belikan..”

“Tudiaaaa… licin habuk satu rumah.”

Kalau tak cuba, tak tahu kan? Haa itulah yang lelaki tersebut experience sebab katanya bila vacuum tu dah sampai dia sendiri pun sama-sama teruja. Memang vacuum tu buat dia amazed sebab katanya habis licin habuk satu rumah! Menurutnya lagi, sejak ada produk tersebut memang dia sendiri pantang nampak habuk dalam rumah, terus on vacuum! Tudiaaaa… licin habuk satu rumah. Memang suction power, bunyi pun slow je & paling penting ringan sangat. Betul la perempuan kalau nak beli apa-apa dia ‘study’ dulu yg mana bagus, murah ke tak.”

“Tak rugi beli ye dak. Auto rajin bila ada vaccum ni…”

Perkongsian di Facebook page itu mendapat lebih 5,500 shares dan melalui ruangan komen boleh dilihat ramai wanita tag pasangan masing-masing memberi hint untuk beli vacuum yang sama. Apatah lagi, sekarang tengah sale dekat Shopee dan Lazada dengan harga bawah RM300 je! Ada juga beberapa warganet yang turut miliki vacuum Kaden Pro K2 itu kongsikan pengalaman pakai produk tersebut. Kata mereka, memang tak menyesal beli dan performance vacuum itu juga memuaskan.

Kalau korang dah lama aim nak beli vacuum tanpa wayar, mungkin inilah masanya sebab alang-alang tengah sale tu kan. Tak perlu jenama kayangan pun takpe, asalkan performance power! Kebetulan, admin ada juga beli cordless vacuum jenama ni. Walaupun bukan model yang sama, tapi tak sabar nak tunggu parcel sampai! Sumber : Lobak Merah

Waktu Pandemik Ini Pasti Ramai Yang Ingin Dekorasi Rumah Sendiri. Ini Lubuk Buat Anda Yang Ingin Mencari Barangan Rumah Yang Baru Dengan Harga Murah.

Siapa kata duduk rumah waktu pandemik ni tak boleh buat aktiviti mendekorasi atau menambahbaik kan rumah? Memandangkan sekarang ni kebanyakkan kita terpaksa bekerja dari rumah dan ada juga belajar dari rumah, boleh kata hampir 24 jam hanya berada di rumah. Jadi semestinya banyak idea-idea tercetus dan barangan yang perlu kita tukar untuk bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Dah lah jimat, berbaloi pula tu”

Sebenarnya banyak benda boleh menjimatkan tenaga dan penggunaan bil elektrik walaupun kita 24 jam di rumah. Sebagai contoh, tukar kepada “Air-conditioner Inverter”. Bila dah sentiasa ada di rumah, semestinya untuk lebih selesa nak buat kerja atau belajar, kita akan gunakan air-cond. Tapi mesti terpaksa pakai jimat-jimat sebab takut bil akan tinggi. Jadi caranya, jom tukar kepada jenis inverter air – cond yang lebih menjimatkan.

Begitu juga dengan peti sejuk. Peti sejuk juga ada yang jenis inverter tau. Jadi dengan menggunakan inverter ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bil elektrik korang. Tukar kepada yang besar lagi bagus, dapat simpan makanan snek-snek banyak sikit. Sambil buat kerja, sambil bersnek.

“Lebih besar, lebih selesa”

Keselesaan juga penting untuk kita dan keluarga. Sebagai contoh bila kita bekerja dari rumah ni, tentunya perlu tempat yang sesuai untuk buat kerja, jadi apakata tukar kepada sofa yang lebih selesa dan besar. Boleh lah lepas buat kerja, kita amik masa berehat sekejap untuk melegakan segala urat2 atau stress. Orang kata “take 5”.

Selain dari itu, “meeting” juga benda yang tak dapat di elakkan. Untuk lebih keselasaan, TV screen besar juga boleh di gunakan. Bila besar, memang terasa puasnya. Alaa, tak rugi juga tukar tv kepada lebih besar sebab anak2 juga boleh guna untuk tonton Tv Pendidikan dan pada hujung minggu boleh gunakan untuk tonton movie kegemaran kita bersama keluarga.

Penggunaan gajet yang lebih canggih juga salah satu yang perlu di ambil kira. Mana taknya, kebanyakan urusan kita, menggunakan komputer riba dan telefon pintar untuk menyelesaikan tugas. Jadi, lebih tukar dan cari spesifikasi yang lebih besar memory nya, yang lebih tahan penggunaan bateri dan sebagainya.

“Jadi pengguna yang bijak”

Kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dengan berbelanja ketika ada tawaran yang dijalankan. Jangan risau, di COURTS kini sedang menawarkan pelbagai tawaran hebat antaranya rebat segera sehingga RM340, ekstra diskaun 34% untuk unit ke-2 untuk barangan tertentu, tawaran percuma, percuma penghantaran dan banyak lagi sehingga 24 Mac 2021. Tertakluk terma dan syarat.

Dekorasi Ibunya Sangat Meriah Sehingga Sanggup Untuk Mengecat Basikal Lama Untuk Jadikan Hiasan. Mereka Mendapat Perhatian Warganet Di Laman Media Sosialnya.

Keadaan di halaman dan dalam kediaman itu yang menerima pujian ramai warganet. Aktivitimenghias rumah sememangnya sinonim dengan kaum hawa khususnya bagi yang bergelar sebagai suri rumah.

Terbaharu, tular di aplikasi TikTok beberapa video memaparkan dekorasi luar biasa sebuah rumah teres di Sungai Petani, Kedah. Selain halaman dan kawasan pagar yang meriah dengan bungan-bungaan, ia turut diserikan dengan pelbagai perabot serta props sehinggalah ke dalam rumah.

Menurut Wawa Zaini, video yang dikongsi merupakan kediaman keluarganya yang mana ia dihias sendiri seratus peratus oleh ibunya, Paridah Abdullah, 54, yang turut dikenali sebagai Mak Ndak dalam kalangan kenalan terdekat.

“Kami memang dah lama menetap di rumah tu, sejak saya kecil lagi dah 20 tahun rasanya. Dulu satu unit sahaja, kemudian beli satu lagi unit sebelah dan digabungkan, sebab tu nampak luas sikit. Mak pula memang minat dekorasi. Dari zaman dia anak dara lagi. Sekarang adik-adik saya pun dah besar, boleh fokus pada hiasan. Tapi memang dah lama dia minat,” ujarnya kepada mStar.

Kata Wawa, dekorasi ini dihasilkan 100 peratus oleh ibunya.

Menurut Wawa, dia yang menetap di Kuala Lumpur sekadar berkongsi video persekitaran rumah keluarganya di TikTok dan tidak menyangka ia akan meraih perhatian ramai. Mengakui terkejut dengan reaksi yang diterima, Wawa akui bersyukur apabila pujian-pujian yang ditinggalkan turut memberi kegembiraan buat ibunya yang juga suri rumah sepenuh masa.

Dekorasi tu memang 100 peratus dia buat. Saya tolong angkat-angkat barang je.

“Ada satu je komen yang cakap dekorasi tu nampak serabut. Yang lain kebanyakan cakap cantik. Ada juga yang tanya, kanak-kanak tak usik ke? Mak dah ada lima cucu. Tapi mereka pun dah terbiasa, setakat sentuh-sentuh je lah. Tapi tak pernah sepahkan.

Wawa (kanan) dan kedua ibu bapanya.

“Bila video halaman rumah tu viral, saya tunjuk pada mak komen-komen warganet. Dia pun gembira, seronok. Lepas tu kami buat video tunjuk kawasan dalam rumah dengan dapur pula. Saya sendiri pun dah terbiasa dengan dekorasi macam tu, tapi untuk saya sendiri, saya suka hiasan moden dan simple,” ujarnya. Imbas Wawa, ibunya cukup komited dalam usaha mencantikkan rumah dan sanggup melakukan pelbagai kerja sendirian.

Hiasan-hiasan yang dibuat oleh ibu Wawa di kediaman mereka.

“Macam hiasan basikal tu. Ia sebenarnya basikal buruk. Tapi mak cat semula dengan warna putih. Kerusi pun macam tu juga. Dekorasi tu memang 100 peratus dia buat. Saya tolong angkat-angkat barang je. Ayah pun support mak buat dekorasi,” ujarnya lagi. Sehingga kini, beberapa video dekorasi kediaman ibu Wawa yang dikongsi di TikTok menerima lebih 300,000 tontonan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *