Pemuda terpaksa tinggalkan kerjaya di KL. Sanggup balik kampung jaga bapa yang sakit.

KESIHATAN Viral

Syah mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga bapa yang uzur. Sayu menyaksikan video dua beranak ini di aplikasi TikTok. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah realiti yang dilalui oleh seorang pemuda yang tidak pernah jemu menjaga bapanya.

Di sebalik video yang menyentuh emosi itu, pemuda berkenaan juga sanggup meng0rbankan kerjaya dan masa depannya demi bapa yang tersayang. Syahid Abdullah berkata, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai eksekutif khidmat pelanggan di Kuala Lumpur untuk menjaga bapanya di Ipoh, Perak pada akhir 2019.

“Abah (panggilan bapa) yang berusia 73 tahun tak larat sebab dah tua. Dia ada banyak sakit. Abah minta bantuan saya untuk jaga dia di kampung. Bos saya ketika itu terkejut dengan keputusan saya untuk berhenti kerja. Dia cakap kenapa nak berhenti, boleh saja transfer ke cawangan di Ipoh. Bukan saya tak nak, tapi melihatkan kedaan abah yang begitu uzur, jadi saya mahu fokus satu benda iaitu menjaga abah,” kata pemuda berusia 38 tahun itu.

Tangkap layar video Syah di aplikasi TikTok.

Lebih mesra disapa Syah, katanya, sejak itu sepanjang masa dia menjaga bapanya di rumah, sementara ibunya pula dijaga oleh abangnya. “Abah ada macam-macam sakit… di4betis, k3ncing m4nis dan dr4h tinggi, sakit tiga serangkai. Sekarang abah hidup dengan satu bu4h p1nggang selepas operasi 10 tahun lepas akibat barah. Sebelum ini abah pernah kena min0r str0k pada Julai 2020 menyebabkan kaki dia tak dapat bergerak. Sekarang kedua-dua kaki abah tak kuat untuk berjalan atau berdiri lama dan perlu pakai kerusi roda,” ujar anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Bapa Syah ketika pemeriksaan kesihatan.

Tambahnya, doktor pada Mei lalu memberitahu bapanya yang merupakan pesara kerajaan itu mengalami dim3nsia dan kemungkinan menghidap sakit Alzh3imer. “Abah hanya ingat memori lepas, yang baru dia tak berapa ingat. Benda-benda yang melibatkan nombor seperti alamat rumah, nombor telefon abah tak tahu. Doktor nasihat kena jaga-jaga sentiasa pantau abah sebab tak tahu alamat rumah, tak tahu kira duit dan nombor telefon kalau dibiarkan keluar bersendirian,” ujarnya sambil menambah dia hampir setiap minggu membawa bapanya membuat pemeriksaan perubatan.

Abah pesan apa pun yang jadi, apa dugaan yang dilalui, kita serahkan pada Tuhan. Selagi benda tu baik, kita buat

Bukan sekadar itu, dia juga perlu menjaga makan dan minum bapanya serta memberikan ubat dan mencuci luka kesan penyakit yang dialami. “Jujurnya, mula-mula dulu memang struggle tu, emosi abah kena jaga. Alhamdulillah sekarang lebih terkawal. Buat masa ini saya menjadi ejen hartanah sambilan bila ada job. Kalau ada, adalah komisyen… lagipun saya tak boleh tinggalkan abah lama-lama. Perbelanjaan kami cukup-cukup,” katanya sambil menambah sumber kewangan kini bergantung pada pencen bapanya.

Merawat luka bapa merupakan antara rutin Syah di rumah.

Syah berkata, video mengenai rutin harian menjaga bapanya di aplikasi TikTok bertujuan menunjukkan bahawa dirinya belajar dari pengalaman dan mahu berkongsi dengan mereka yang menonton. “Kalau nak jaga mak ayah kita yang uzur, kena kuat mental dan mempunyai kesabaran tinggi. Saya tak ada cuti, setiap hari kena tengok dan badan kena sentiasa sihat dan cergas. Kalau saya sakit, siapa nak jaga abah. Tinggal bersama dan menjaga abah merupakan permintaan abah. Pada saya rezeki itu luas, insyaAllah ada rezeki nanti. Abah pesan apa pun yang jadi, apa dugaan yang dilalui, kita serahkan pada Tuhan. Selagi benda tu baik, kita buat… saya akan jaga abah sampai bila-bila,” katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *